Saturday, April 30, 2005

Merajuk

Petang semalam hujan lebat. Tau jer lah. Kat KL nie, time ujan memang jalan jem.

Normally sampai rumah dalam pukul 6:30 petang. Tapi semalam dekat pukul 8:00 malam baru sampai. Plan nak masak sambal udang terbengkalai...

Sampai jer rumah, aku & hubby terkam anak dulu. Tapi dia buat derk ajer. Tak nak gelak bila diagah. Pandang muka mummy & daddy pun dia tak mahu. Tapi bila dengan bibik nya bukan main dia ketawa. "Eh! Takkan Rizq marah & merajuk kut!" Sampai lah kemalam waktu aku nak tidurkan dia, dia masih very cold towards mummy & daddy.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, mood dia dah ok sikit. Tapi bila aku nak keluar pintu, Rizq mengangkat tangan dia seolah olah nak ikut kami pergi kerja. Emmm...perit rasa nya bila macam nie. Boleh ker aku MC??? hee..hee...

Riz..Rizq..baru 6 bulan dah pandai merajuk yea..Mummy & daddy will try to be home early today..

Wednesday, April 27, 2005

Income Tax

So..ari nie dah 27 April. Masih ada tiga hari lagi untuk semua orang membayar cukai pendapatan. Aku dan suami membuat keputusan untuk membayar income tax tu hari ini. RM319.00 ...jumlah yang aku kena bayar. Aaaarrrgghhh.. memang perit nak mengeluarkan duit untuk membayar cukai. Baru jer dapat gaji semalam..hari ni tak pasal pasal kena keluarkan duit. Plan bulan ni nak beli make-up terbengkalai lagi. Aku merungut sendirian. Setiap bulan ada saja yang kena bayar. Macam mana nak menabung (atau yang sebenarnya...bershopping??).

Tapi bila aku ingat apa yang pegawai income tax tu cakap aku terpaksa merelakan. Dia kata.."dah memang cukai tu sepatutnya tanggungjawab kita. Kenapa ramai sangat orang yang mengabaikannya?" Nanti aku ni seperti sorang warganegara yang tak tahu tanggung jawab pulak. Tapi dari aku bayar cukai, baik aku bayar zakat pendapatan! At least aku tahu kemana perginya duit aku tu. So starting next month instead of PCB aku akan potong untuk cukai pendapatan... Itu azam aku bulan nie.

Tuesday, April 26, 2005

Sheila Majid

Sheila Majid is my favourite singer. And the song that I like most is Antara Anyir & Jakarta.

Antara Anyir dan Jakarta (Emosi)

Derusan ombak bersilih ke pantai
Disambut alunan nyiur nan melambai
Rembulan megah diatas mahligai
Tersenyum melihat kita berdua.

Angin membawa lagu cinta
Sejuta bintang bermain mata
Seakan rela dua insan
Di dalam senarionya

Antara Anyir dan Jakarta
Kita jatuh cinta
Antara Anyir dan Jakarta
Kisah cinta tiga malam Kan kuingat selamanya
Antara Anyer dan Jakarta

Kini seakan mimpi yang buruk
Ku alami setiap hari
Cinta yang sudah tiada lagi
Tinggal memori membawa kembali.

Monday, April 25, 2005

Mengantuknyaaa...

Emmm..penatnya rasa bila hari isnin nie. Apa yang aku dah buat waktu weekend ari tu yea?? In law dan adik ipar datang ke rumah hari Sabtu tengahari. Petang tu bila husband balik kerja, kami ke Alamanda for the first time. Jalan jalan bawa Rizq. Biasa lah. Kalau dah keluar tu, Rizq akan dapat macam macam untuk diri dia. Mummy beli mainan. Daddy pun belikan mainan. Oh yea! Sebelum tu..thanx Ida (adik ipar yang loaded) for the Zara blouse..

Petang balik rumah, Rizq dah mengantuk. So bila keluar malam for dinner, dia terpaksa tinggal di rumah dengan bibik nya.

Hari Ahad..Yes! Rizq dah boleh berdiri atas lutut dia. Tak lama lagi merangkak lah tu. We are so proud of you baby.

Now dah Isnin. Boss baru balik dari China. Driver pulak buat hal...Emmm tak der ker hari lain dia nak MC? Aku kat office jugak yang kena pekak kan telinga mendengar leteran dia..Tension..tension...

Saturday, April 23, 2005

Meningkat setahun lagi....

Semalam umur ku genap 32 tahun...Tak banyak yang dibuat. Hari cuti. Tapi itu tak beerti yang aku boleh bangun lewat. Rizq akan bangun seawal pukul 5:30 pagi. Pusing kiri pusing kanan..kesian tak ada orang nak layan dia. Mummy & daddy still very much deep in sleep. Boring agaknya, dia pun start bersuara. Time ni, nak tak nak terpaksa bangun..hee..he...

Hari cuti ni aku & suami ambik peluang untuk kepasar. Yealah..hujung minggu biasanya suami sibuk dengan kelas MBA nyer. Memang tak berpeluang nak kemana. Terlanjur bercuti & tambahan pula hari jadi aku, tengahari tu kami keluar berjalan jalan. Rizq kena tinggal lagi. Kesian sebab sekarang dia dah pandai erti kena tinggal. Sedih saja rupanya. Tapi tengahari tu panas sangat. Tak sampai hati nak bawa dia berjalan time panas panas macam nie.

Arah tujuan kami ke Bukit Bintang tengahari ni. Plan memang nak berjimat. Tapi bila dah nampak barang memang duit tak oleh nak simpan. Sempena hari jadi aku, hadiah dari suami merupakan seutas jam tangan. Thank you sayang...

Wednesday, April 20, 2005

Alaaaa....boringnya

My boss won't be around the whole of this week. Seronok ada..boring pun ada sebab tak ada keje sangat. datang ofis, buka pc..and surf the whole day! Rasa macam makan gaji buta pulak.

Esok cuti, Prophet's Muhammad birthday. And tomorrow is also my birthday. Going to be 32 tomorrow. What good / or bad have I done huh! Dah ada sorang anak (bila nak tambah lagi yea.....) Tapi rasanya diri aku ni belom cukup untuk digelar ibu mithali. Masih banyak yang perlu dipelajari..

Mungkin ESOK???

Tuesday, April 19, 2005

Bermulanya Catatan


Rizq is going to be six months this coming 28 April 2005. You are such a darling to Mummy & Daddy..

After such a long wait, Allah makbulkan doa kami suami isteri untuk mendapatkan zuriat...That is only after nearly seven years of waiting!!

I was expected to give birth on 24 October 2004. But after 3 days passed the due date, masih tak ada tanda tanda yang aku bakal melahirkan. Doctor suggested that I should be induced as the baby is now having less movement.

I was admitted to SJMC early morning of 28 October 2004. I was feeling very relax as I does not experience any pain. There was still no sign of me giving birth. They have no choice other than to induce me...emmm.... Only Allah knows. My earlier plan of not taking epidural terbengkalai. I took the epidural at 3:00p.m. Tunggu punya tunggu belum juga berhasil. Tambahan pula time tu bulan puasa. The last meal that I had is during sahur pukul 4 a.m. Badan dah terasa lemah.

Now it's Maghrib time. Husband terpaksa keluar untuk berbuka. Tinggal lah aku seorang diri dalam labour room tu. Menghitung saat pada jam yang terletak betul betul kat depan katil ku. Nurse yang bertugas dah bertukar sebanyak dua shift..dan aku masih disitu. Kawan kawan ku yang asyik telefon siang tadi, dah tak kuasa nak memicit button telefon tu lagi. Penat bertanyaaaa...

Akhirnya...setelah 13 jam lebih aku terbaring dalam labour room tu, Rizq lahir pada pukul 9:42p.m. dengan berat 3.35 kg & height 51cm. Alahmdulillah...

We love you very much baby...