Wednesday, April 26, 2006

Cara-Cara Nak Cover Malu..

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2 pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

___________________________________________________________________________________

Minggu ni aku kena balik Melaka coz in-law buat open house. Aku rasa mesti aku akan penat sebab ramai orang nie. Tak per laa.. bukan selalu.

Sambil tu aku & hubby dah buat rancangan. Sabtu malam we all nak ronda bandar Melaka.. pas tu nak tengok wayang kalo berkesempatan. Then pagi Ahad pulak nak bawak si kecik buah hati pengarang jantung tu gi zoo melaka. Sian kat dia dah setahun setengah blom pernah gi zoo lagi.

Apa plan korang hujung minggu yang panjang ni?

Monday, April 24, 2006

Apo Nak Tulih Hari Nih????

Get this forwarded e-mail. Tak sempat nak menulis so untuk kengkawan..bacalah.

1. A man needed a girlfriend and not a wife. Dia tak suka bila balik umah jer, bini citer pasal bil TNB tak bayar lagi, citer pasal tuan sewa rumah datang mintak duit. Dia menyampah biler hari hari kena dengar citer Mak kat kampung ( mak bini ler )talipon suruh pi ziarah anak pak ngah kat UiTM. Guna akal puan2, bagi dia kenyang perut, malam tu pulak bagi se das dua,masa dia dok hisap rokok atas katil tu, kiss dahi dia baru ler mintak duit ker apa ker.. Yang si Laki tu pulak, jangan ler lepas menggigil keenakkan tu terus pejam mata membuta..kentut pulak tu..buruk.

2. Orang Jantan ni memang gatal dan miang..Jangan larang dia tapi jangan pi suruh dia raba bontot amoi kat Giant pulak..ish..Kalau mamat tu jeling pun dah kena belasah, fed up dia. Cubit manja cukup. Pastu, balik umah piat manja telinga dia pulak, " Abang gatal ekkk..mai sini nak tengok gatal setara mana.." hehehe..pastu kau orang pikir sendiri ler apa nak buat..tak payah ajar dah. Tapi orang jantan pun jangan pulak jegil bijik mata kat amoi sampai berair mulut..Memang patut ler kalau bini belasah ngan kulit durian.

3. Cik Abang awak tu nak makan lauk yang awak masak....kalau hari hari ta pau kat kedai Wichuda..alamat bermadu ler awak. Piler beli buku masak Chef Wan tu.. satu investment yang memang patut. Kari tu biar ler rasa kari, ini idak, buat sup ayam tapi rasa cam hirup air panas bergaram. Buat ler macam tu, kena ada Mak Janda jambu bagi dia pekena gulai ketam ker apa ker, hmmm...makan hati ler awak nanti.

4. Kalau ada buah buahan kat umah tu, kupas ler bagi dia makan..Rambutan pun kupas depan dia..sambil pipi atas paha dia depan TV.. Tapi tak leh caya gak orang tuer tu..sambil sengeh makan rambutan pun dia dok khayal kat amoi gak tu..tapi tak kisah ler.. janji dia ada kat umah ngan awak... Ajak ler orang tua tu main congkak ker apa ker kat umah..hehehe..

5. Jangan ler di bebel sangat kat mamat tu kalau dia buat salah sikit sikit. Orang jantan ni pantang kalau diungkit kisah kisah lama... Tarik ler muker masam kejap..20 minit cukup. Tak payah dok moncong dari KL sampai Melaka. Pastu awak gertak ler.. cakap " kalau u boleh buat, I pun nak buat lah " Alah..dia cakap jer tak takut tapi kat laur jer tunjuk macho..kat dalam dia cuak gak...

6. Tok sah dok rengek rengek mintak itu mintak ini. Girlfriend tak buat cam tu..GF selalu cakap " asal dinda dapat bersama kekanda...itu saja yang dinda pinta". Lagi rengek lagi ler dia tak belikan..lagi ler dia murah hati kat officer comel kat ofis.

7. Sex ? memang penting kak oi..jangan dok amik ringan. Awak yang mulakan dulu. Jangan tunggu dia mintak. 3 kali seminggu minimum. kalau period guna akal cari cara lain ( jgn sua kot belakang pulak..ish haru biru pulak nanti ). Kalau muak atas katil, bawah katil pulak hehe, muak dalam bilik, bagi orang gaji cuti, buat kerja atas sink..hehehhehehe.., kalau muak dalam rumah, ajak pi ronda dalam kereta, berenti kat taman bunga ker apa ker.. Pi chow kit sengsorang, beli ler maajun ker jamu ker bender ker, so that ketat sentiasa... gelak ler gelak.

8. Bersolek..bersolek .. bersolek..bau tu kasi harum sikit. Kalau tak cukup duit nak beli perfume mahal, kat petaling street ada yang ciplak. RM 10 jer. Tapi jgn ler sembur sejam sekali, mau pengsan orang tuer tu. Bulu ketiak cukur, biar ler gatal ketiak tu, asal laki tak pi gatal kat luar. Bulu itu pun trim ler sikit tapi jgan pi kaler blonde lak, kena heart attack lak cik abang awak.

9. Amboi seronok kau orang jantan baca ni erk..kau orang tu pun sama gak. Exercise sikit. Ada hati nak tackle amoi tapi semput..perut tu jaga. Balik umah jgn ler dok berkubang ngan kain pelikat depan TV, bini2 kau orang tengok pun menyampah. Kalau bini dah wangi, kau orang pun sama ler ikut..bagi ler bini selera sikit nak seduce ko rang. Ketiak macam ketiak monyet pastu dok harap bini cium...eee..

This is just for fun. Tak der kena mengena dengan yang hidup atau yang mati....

Thursday, April 20, 2006

Aku Semakin Muda...


Muaahaahaaa.. hari ni hari jadi aku. Semalam member opis dah celebrate, belanja aku makan kat COCA restaurant. TQ kengkawan. Jasamu ku kenang.

Ni gambar prezen prezen yang aku dapat semalam. Handphone tu hubby yang kasik...(I luv u honey bunny), shawl tu k zie yang kasik (tq for never forgetting my birthday each and every year) & lotion marks & spencer tu best pren aku yg dah berenti keje untuk jd surirumah tangga sepenuh masa, Linda, yang kasik.

Hadiah untuk diri sendiri??? Adaaa... nanti aku download gambo & paste kat blog next week.

Seperti kebiasaannya, setiap kali birthday aku hubby akan book hotel untuk celebrate berdua duaan (I stressed here aa..berdua duaan!!). So esok aku akan antar Rizq kerumah kakak aku & aku akan menghabiskan masa bersama hubby kat Impiana KLCC. Hee..hee....

KU TAHU HATIMU..(HI..HI...)

Semalam banyak sangat kerja kat ofis. Boss pun satu hal. Asyik kena angin meroyan jer. Nak kata baru lepas beranak.. jantan! isshhh.. nasib baik jugak aku ni pekerja mithali. Kalo tak dah lama aku hangin hanginkan kepala dia tu.

Tapi itu tak per.. balik umah petang tu seperti biasa aku terus terkam si Rizq. Terasa hilang segala penat lelah & marah aku. Tetiba tengok jam dah dekat pukul 7. Ermmm.. masak time. So aku suruh hubby tolong tengokkan Rizq sementara aku masak. Si bibik kena tolong aku. Memang macam tu lah kebiasaannya. kalo tak aku memang susah nak memasak coz si Rizq akan bergayut kat kaki aku...

Alih alih hubby ku berkata kata "Yang.. tak per lah. Biar I masak ari nie"

Aku.. terkezut badaks!! semenjak berpindah tak pernah dia mengoperkan diri nak masak. "Apa mimpi?" aku tanya...

Hubby.."Saja.. dah lama tak masak. Nanti hilang skill.."

Di dalam hati aku.. alhamdulillah. Tapi aku tau apa maksud tersirat disebalik kata kata manis mu itu wahai hubby... (HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM..)

MUAAHAAHAAHAA.....

Monday, April 17, 2006

Sesajer nak tulis pagi Isnin


Sheila Mahid's performance was superb the other nite. Those yang nak view can go to my fotopages http://marlinabaharom.fotopages.com.

Tu gambar anak teruna ku sedang membankrapkan mummy dia. Habis makeup aku terutama lipstick dikoreknya...

Friday, April 14, 2006

Mari Beronggeng!

He....heee.. jgn terkezut, jgn terperanjat. Tajuk jer cam tu. Sebenarnya aku tak ler seganas itu.

Malam ni aku nak pergi tengok penyanyi feveret aku buat show. Nak tawu saper feveret singer aku? SHEILA MAJID. Dari aku sekolah.. waktu dia tengah femes ngan lagu Pengemis Muda, sampai ler agaknya sekarang dah jadi pengemis tua, aku masih maintain syok ..eh! minat kat dia.

Malam ni ada prelude AIM kat Hard Rock Cafe.. and Sheila Majid is performing. Aku ngan member member (termasuk le laki kesayangan aku tu) nak gi tengok. Aku memang jarang miss any show or konsert by Sheila Majid ni. Selalunya laki ku tak ikut.. tapi tah kenapa dia nak join pulak kali nie. Tarak kisah ler tu. Janji aku leh enjoy.

Tadi kat umah aku dah pesan ngan bibik.. "malam ni ibu balik lambat. Mungkin pukul 11 kut"..

Sibuk sibuk dia tanya aku kenapa lambat ler.. nak pergi mana ler.. Dia tu bukannya apa. Dia risaukan Rizq meragam sebab Rizq tak biasa kalo dah malam mummy & daddy tak sampai sampai umah. Start ler gelisah. Nak buat apa pun tak kena.

Tapi.. mummy & daddy pun needs some time off dear..OK!

Wednesday, April 12, 2006

Swingers

Erm....aku nak pesan. Entry kali ni berbaur 18SX k. So sesaper yg blom cukup umur tu..sila sila lah kuwar ikut pintu yg terbuka luas tu.

Sesaper kat luar sana pernah dengar perkataan kat atas tu tak? Or aku jer yg ketinggalan and baru tahu perkataan & perlakuan tu wujud kat Mesia ni?

I heard the word from somebody baru baru ni. Mula mula tu terkezut beruk jugak ler bila tahu. But then bila aku selidik serba sedikit.. memang BENAR ianya memang ada kat sini.

Swingers ni maksudnya bila ada couple (biasanya husband & wife) make sex together with other couple. Ni macam sex party lah maknanya. So dalam satu room tu (normally dlm hotel or apartment room) derang will do this activity (erm.. u know what) beramai ramai. They will exchange partners dengan rela hati. This will include Chinese, Malay, or even mat salleh. And that's it. It will not involve any feeling towards other people's nyer partner. They are just doing this for fun.

Aku kat sini bukannya menulis pasal tajuk ni sebab aku suka bercakap pasal benda ni. Aku cuma nak kengkawan semua aware yang this thing does exist dalam masyarakat kita sekarang.

Aku rasa banyak benda lain yang aku still tak tahu berlaku disekeliling kita sekarang ni. So people.. pandai pandai lah jaga diri ok! Gotta chow now.

Banyak kejer yang perlu disettlekan.

Friday, April 07, 2006

Kenapa Update?

Ada dua sebab kenapa alu update ari ni.

First reason ialah.. sebab aku dah lebih seminggu tak menulis. Niat tu ada. Cuma masa yang kurang mengizinkan.

Second reason.. ialah....sebabnya aku dah tak ada keje & dah tak boleh buat keje. Semua barang dah diangkut ke opis baru. Yang ada kat depan aku sekarang cuma PC & tepon. So dah boring bergayut, aku menulis lah pulak dah. Boss pun tak der. So ape lagi..hee..hee..

Kejap lagi movers akan datang untuk dismantle PC. Janji pukul 10. Tapi now dah 12 lebih blom sesampai. Nak kata janji melayu.. ni Ca Ya Nun Alif... Dah berjangkit juga ker? Kita kan rakyat Malaysia...!!

Semalam memo dah keluar dari our MD. Esok semua orang diwajibkan datang opis. Semua kena kerahan tenaga..kemas sampai bersih. Come Monday morning, MD tak mau tengok ada kotak kotak bergelimpangan kat merata rata opis dah. Semua kena neat & tidy! Alemaakk.. malasnya aku nak datang keje ari sabtu nie. Kesian nak kena tinggal anak.

Update pasak khete:

Malangnya aku blom dapat khete aku lagi disebabkan perkara perkara yang tak dapat nak dielakkan. Tengah cuba untuk settle the problem. Hopefully cepat selesai supaya tak payah aku nak pikir banyak banyak benda dah...

Update pasal hubby:

Semalam aku & hubby had a slow talk dari hati ke hati. Tapi aku macam biasa. Aku ni jenis yang susah nak berterus terang. Aku ni pemendam (bukan pendendam) orangnya. Basically aku berpuas hati dengan apa yang dia promise kat aku. SEMOGA HUBUNGAN KAMI AKAN BERKEKALAN KE ANAK CUCU...AMIN....