Tuesday, August 29, 2006

Geli Aku!

First and foremost.. nak jawab soalan Pn Syikin. Saya masih disini.. alhamdulillah, sihat walafiat. Tak busy cuma buat buat busy..hee..hee..

OK lah. Back to my story.

Semalam hubby tak dapat nak amek aku kat ofis. So macam biasa, aku terpaksa amek monorail kat Bkt Bintang. Menapak dari ofis ke stesyen dalam 15 minutes. Penat jugak la kan. Tiba kat stesyen, beli tiket.. dan tak lama lepas tu, tren pun sampai. Orang ramai.. so aku sedaya upaya cuba memasukkan diri aku kat celah celah orang gitu. Aku berjaya!!

Sampai kat Stesyen Hang Tuah.. ramai yang turun. So aku pun dapat lah tempat duduk. Kat sebelah aku Ah Soh C***. Aku pun buat biasa la.

Pas tu si Ah Soh ni start korek hidung dia. Memula ngan jari kelingking tangan belah kanan. Pas tu tukar pulak jari telunjuk tangan belah kanan. Pas tu tak cukup dengan itu... siap tukar tangan belah kiri. Guna jari kelingking. Then tukar pulak jari telunjuk. Then siap cam selet selet lagi...

Eeee.. aku dah tak boleh tahan! Aku takut tahi hidung dia terpelanting kena kat aku. Si Ah Soh ni keep doing that tukar tukar tangan kiri kanan kiri kanan sampai ler ke Stesyen Tun Sambanthan.

Isshhhhhhh...........Geli Geleman Tekak Aku!

Friday, August 25, 2006

It's A BOY!

Congrats to Hot Mama!!!

Gave birth to a healthy baby boy yesterday, 7:28p.m.

Congrats again.

Thursday, August 24, 2006

I'M BACK!!



Muka budak hepi nak kuwar jalan



Rizq & daddy dinner @ Batu Uban



Sebelum ke Gurney Drive, at hotel lobby...



Sabtu

Hee.. hee... Ari Sabtu lepas tak der buat apa sangat. Dok berkemas umah jer coz esok dah nak ke Penang. Bukan ler aku yang kemas. Si bibik tu laaa. Aku jaga Rizq ajer. Then petang tu hantar bibik ke Desa Pandan umah kakak aku sebab dia tak ikut ke Penang. So aku kasik dia rest. Lagipun dia nak bershopping sempena cuti raya dia tu. Aduss... masak aku! 5 minggu si bibik tak ada. Cemana la aku nak survive nie!

Ahad

Plan nak bertolak awal. Kong kang kong kang... kul sepuluh baru keluar umah. Pergi brekfes dulu kat Bukit Sentosa. Pagi ni ke kedai kelantan sebab hubby nak makan something heavy. Takut lapar katanya.

We arrived Penang at 1:00p.m. or so. Gi check in then makan kat Kayu Nasi Kandar. Erm... besnya. Harga pun murah. Habis makan, we all round Penang. Petang tu pergi ke Gurney Plaza. Jalan jalan... then bila time dinner, we all pi pekena kat Gurney Drive! Fuiyoo... ramainya owang. Pening aku sekejap.

Isnin

Arggh.. pagi ni hubby start dah course dia. Aku kena bagun awal sebab aku kena mandi sebelum hubby keluar. kalo tak, tak terlayan anak bujang yang sorang tu. 9:00 a.m. or so, bawak Rizq ke coffe house. Brekfes kat sana. memang best! Memang kenyang! Aku lepak lama lama sebab tak der plan apa apa hari ni. Abis makan bawak Rizq tour the hotel. Kul 10:30a.m. naik bilik.. Hee..hee.. bukannya apa. Nak tengok cik eh! datin CT bernikah. Tengok sampai pukul 12:30p.m. Rizq pulak tak nak tido tido. Asyik main & melompat kat dalam bilik tu ajer. dah pukul 2:30p.m. baru nak lelap. Apa lagi. Mummy pun lelap lah sama. Sampai petang pukul 5:30p.m. member blom bangun bangun lagi. Aku gerak dia. Nasib baik tak mengamuk. Bawak gi swimming.. sampai lah ke petang.

Then naik bilik. Siap siap, we all gi kuwar dinner ke Batu Uban. Makan ikan bakar.

Selasa

Macam biasa, awal pagi aku bersiap. Rizq bangun.. mandikan dia & we all gi turun brekfes kat coffee house. Hari ni plan nak amek hotel shuttle ke Bukit Jambul shopping complex. Tapi tetiba hubby tak kasik. Dia ponteng course separuh hari and bawak we all keluar jalan jalan. On the way balik, Rizq dah tido dalam kereta. Singgah Kayu Nasi Kandar (lagi!!) & tapau lunch jer.

Petang ke swimming pool. Kali ni berendam sikit punya lama.

Ingat nak dinner kat Gurney Drive lagi. Tapi tukar plan (sebab sesat) and tapau balik makan kat hotel...

Rabu

Uhuk.. uhuk... ari ni dah nak kena balik. Pack everything.. brekfes lama lama sebab nak buat bekalan waktu di jalanan. Then naik ke bilik, and panggil bell boy suruh bawak turun barang.

Bertolak dalam pukul 10:30a.m. Then we stop kat Tapah R&R beli jambu & minum minum. Sampai rumah dalam pukul 2:00p.m.

Sementara tu, pada kengkawan, enjoy the pictures here. More pictures on my fotopages!

Friday, August 18, 2006

Away

Frens.. I'll be away in Penang until next Wednesday.

Be back in office on thursday. Bleh kita beblogging lagi k!

Till then, have a nice weekend! Will be missing u!!

Monday, August 14, 2006

D Day...











Haaa.. lega. Company's annual dinner dah habis. Makanya banyak lah waktu rehat aku kat opis ni. So kat bawah ni aku summarisekan sket apa yang berlaku.

Saturday, 12 Aug 06

Pukul 6:30 pagi dah keluar umah ngan hubby, Rizq & bibik. Aku terpaksa ke hotel awal sebab banyak preparation yang terpaksa dibuat. Hubby hantar aku ke rumah kakak aku di Desa Pandan bersama Rizq and bibik. Then he is off to work.

Dalam pukul 9:00 aku keluar brekfes dengan kakak & abg ipar aku. First time brekfes di Ampwalk. One of the Kopitiam there. Not bad. Aku cam biasa kalo ke Kopitiam, mesti pekena roti bakar. Tapi tak sesedap roti bakar kat kedai cina hailam kat depan Sogo tu. Kat situ, roti stim dia pun best!

Abt 10:00 o'clock, aku amek cab ke hotel Royale Bintang. Rizq aku tinggalkan kat Desa Pandan coz aku terpaksa buat kerja. Sampai ajer kat hotel, terus cek in dulu.. and letak barang barang. After that aku turun ke ballroom tengok preparation yang tengah dibuat.

About 3:00 o'clock, aku naik ke bilik & rest a bit. 4:30 petang pulak, turun ke Coffee House sebab the committee kena amek early dinner. Malam kena kerja so mesti tak sempat nak makan. Time ni hubby baru sampai kat hotel. Baru abis miting... so member jez lepak kat bilik ajer.

7:00p.m. semua committee kena turun dah. Malam ni aku kena jadi usherer for the VIP. Ada Tan Sri, Puan Sri.. ada Dato', Datin and ada juga Encik -encik.. Payah gak kena jaga derang nie. Kena ada segala macam protokol. But thank god everything went well.

The MC for the nite was Raja Azura. Memang boleh dipuji coz she handles the nite very well. Actually the artist should be Afibah Noor. Tapi last minute we got to know that dia tak boleh datang. Nasib baik Hattan boleh. He brought his Group (that includes Man Kidal) and also farahdiya (kata org girlfren dia...) He was so humble and very nice. Lagu lagu malam tu pun sodap!

Malam tu everything finished at around 1:00 o'clock. PENGSAN!!


Sunday, 13 august 06

Alaa... Rizq. Pepagi dia dah bangun. Mummy masih blurr blurr lagi ni!

Siap mandi semua, aku, hubby & Rizq turun ke coffee house for brekfes. Banyak Rizq makan. Lapar lah agaknya tu. habis makan semua, we all bawak Rizq ke swimming pool. Kemain hepi dia. Walaupun the water was cold, and dia menggeletar... but he was so excited! After about one hour, angkat dia naik, and bersiap nak balik.

After checking out, we all bawak Rizq jalan jalan ke Sg Wang & Bukit Bintang dulu. Singgah Toy City and bought some toys for him.

(More pictures in my fotopage)

Monday, 14 August 06

And hari ni datang keje, rasa mata pun tak leh nak bukak lagi. Ingat nak amek coti, tapi tak boleh la coz next week aku dah apply 3 ari cuti, Monday to Wednesday sebab aku nak ke Penang. ikut hubby miting.

Monday, August 07, 2006

DONDANG SAYANG...

Tajuk diatas meggambarkan keadaan aku hari ini!! Bos dua dua tak ada. Kena attend course kat luar. Makanya aku seperti kucing tak ada, tikus bebas berlari-lari.. hee..hee...

Pagi tadi sampai opis, kol kengkawan ajak makan roti canai kat mamaks.. isshh.. issh... sodapnyer! Kena lak ngan faveret dring.. teh o ais limau, limau lebih! Memang kaw!

Pas tu masuk opis, baca pulak suratkhabar.. 3 suratkhabar aku kena abiskan. THE EDGE, NST & THE SUN.. Khatam semua. Abis membaca menambah ilmu pengetahuan, aku ditugaskan tok membalut door gift dinner we all ujung minggu ni. Balut.. balut.. balut.. eh! eh! Dah kul 12:30 ler. Kena plak kuwar makan. Hari ni gi jalan Sg Wang & Bkt Bintang. Cari cari benda yang blom cukup tok dinner. Dapat ler subang sepasang. Hee.. heee... Itu ler pompuwan namanya..

Sampai opis sambung pulak membalut hadiah lagi. Ni ha baru abis. Tu yang ada masa nak mengupdate blog. Pas ni apa nak buat eh! Ada 2 jam lagi ni nak ke 5:30p.m.

Cerita Ujung Minggu

Nothing much. Hari Sabtu breakfast kat rumah jer. About 10:30a.m. we all pun kuwar bawak Rizq gi The Curve. Tujuan utama nak carik baju dinner. Blom sempat sampai, Rizq dah zzzzzzzzz.... dalam khete. Sampai The Curve, angkat Rizq masuk stroller. Errmm.. mami ok ler. Lagi seronok sebab boleh memilih & menerai baju dengan jayanya. After lebih kurang beberapa helai baju dah diterai, akhirnya dapatlah satu yang berkenan. Kena alter sket. Tapi kira ok gak baju tu. Nanti bila hari dinner aku akan update gambar yer kengkawan...

Tengahari tu after The Curve, we all gi makan kat Muhibbah Restaurant kat Damansara tu. Sedap hingga menjilat jari... nyum! nyum!

Tuesday, August 01, 2006

RIZQ... RIZQ....

Sekarang ni anak bujang aku yang sorang tu dah semakin besar.. semakin pandai.. semakin cerdik.. dan semakin mencabar keimanan aku & hubby!!

Memang setiap petang tu setiap kali kami balik, dia akan berlari menerkam ke pintu depan sambil tersenyum senyum. Kadang kadang tu aku kesian sangat tengok muka dia yang terlampau happy menyambut kepulangan aku & hubby. Kesian sebab terpaksa ditinggalkan dengan bibik seharian. Tapi apa nak buat. Aku keluar untuk mencari rezeki untuk kesenangan dia jugak di masa hadapan.

Bila aku & hubby masuk kebilik untuk mandi dsb, dia akan turut mengekor. Sementara menunggu hubby mandi, aku akan melayan dia. Hobi dia ialah mengambil apa saja barang atas almari make-up dan mengecahkan segalanya. Kalau ada losyen, habis losyen disapu satu badan, kalau dia dapat bedak, habis ditaburnya dalam bilik. Aku selalu pukul tangan dia. Tapi dia apa pun tak rasa. Tak takut langsung. Makin dia senyum senyum lagi ada. Pernah beberapa kali, dicapainya remote pagar & ditekannya. Aduh...!! berdentum khete aku sebab khete tu diletakkan betul betul depan pintu pagar rumah sementara khete hubby di bawah porch. Dah sampai tak terkata aku dibuatnya.

Pe'el dia lagi satu ialah tak boleh nampak aku mandi. Mesti dia kata "Rizq..? Rizq..?" sambil tunjuk baju dia. Maksudnya tu ialah Rizq tak mandi ker? Bukalah baju ni. Kalau dia dah cakap macam tu maknanya kena angkut dia sekali masuk bilik air & mandi walaupun waktu tu bibik baru lepas mandikan dia. Kalau tak memang tak aman dunia dibuatnya. Dah masuk mandi sama pun still jugak tak aman. Habis dipancutnya air keluar bilik. Kalau kita larang dia akan pancut air tu ke arah towel or ke arah mummy nya nie. Sambil senyum naughty dia akan kata "eee... tejuk..tejuk..."

Memang aku tensen! Tapi tensen tensen pun itulah satu satunya anak yang aku ada. Penat berusaha 7 tahun, baru itu satu yang dapat...Alhamdulillah...