Monday, November 20, 2006

Weekend Yang...ADUSSSSSSS.....

Rasanya memang tak sempat nak mengupdate pagi ni. Tapi tulis jer lah sket. Lama sangat rasanya asyik citer pasal makan kan...

Started from Friday. Plan minggu lepas Sabtu nak balik ke Melaka. In law buat open house. Tapi tup tup Friday petang hubby kata nak balik ke Melaka Jumaat malam. Rasa cam hangin semacam coz kat rumah tu macam macam kena settlekan. Maklum lah maid tak der, so semuanya nak kena settle waktu hari Sabtu & Ahad. Baju nak cuci.. rumah nak kemas, nak mop, barang Rizq lagi.. macam macam!! Tapi bila di ingatkan syurga itu di bawah tapak kaki suami.. aku ikut jer lah. Aku kan isteri mithali!

Sabtu pagi, aku sibuk menolong mother in law aku didapur, while Rizq ikut daddy nya gi breakfast. Balik dari tu, Rizq dok mengadu perut dia sakit. "Tit nie..tit nie" sambil tunjuk kat perut. Tak lama lepas tu dia start to vomit. Badan dia lembik semacam. Tak boleh makan or hisap susu.. nanti semua keluar balik. So ari Sabtu tu, aku asyik melayan dia saja. Sabtu malam, lepas Rizq tido, aku & hubby keluar plak ke Hospital Putra, Melaka, tengok nenek hubby yang dah 11 hari terlantar kat sana. Demam.. tapi tak tau apa puncanya.

Ahad pagi, Rizq still muntah. We all siap-siap, after breakfast, berangkat balik ke Bkt Beruntung. On the way, singgah Damansara sekejap, tapau McD. Alhamdulillah hari Ahad tu, Rizq dah stop vomitting. Tapi still tak der selera. Nak main pun tak larat. Aku pulak sampai jer kat umah, sinsing lengan terus buat kerja.

Malam tu, aku pulak konk! Rizq 7:30 dah tido.. mummy menyusul pukul 8:00 dah tarik selimut. Lepas makan, aku tinggalkan jer meja. Hubby yang kemas, cuci pinggan etc. Aku betul betul dah tak larat!

Ni akibat Rizq asyik muntah atas katil lah nie. Berapa helai bedsheet aku kena cuci. Tu blom kira carpet & cushion lagi!

Hopefully hari ni dia ok....

16 comments:

Anonymous said...

adusssss...jgn lepas ni mami yang demam muntah2 sudahhh...sapa plak nak buat keja umah :) relax Achik...jaga diri k

Mummy Rizq said...

kalo mami demam dan muntah muntah.. tu LAIN tu lyn...

Anonymous said...

he he he...mana nak tau rejeki

Wan Amira said...

MB

tak pe lepas ni dapat turun kan berat yang mase2 raye ni.. cayalaa MB

Puteri Satu said...

loor ciannya hero kecik ko....makan memacam kot...tu yang muntah2 tu....

itu baru anak sorang tu yer mar...lum ada 5 kan...dah tak tertanggung ya tak...

ibuVouge said...

hahahha, aku suka kalau mummy demam dan muntah muntah..hehehheh
:P

ensem boy moga cepat sembuh ye

simah said...

bila bab bab muntah la kan..kat turki ada satu ubat nama dia emedur...kalau utk orang dewasa dia dalam bentuk pil.. kalau utk budak budak dia dalam bentuk yg ubat bubuh cucuk dalam pungkuk (style ubat cucuk kat pungkuk kalau demam panas sangat).. cuba hang tanya pharmacy yg international sket mcm guardian ka.. rasanya ni ubat internationally sold kot..

kitaorang selalu simpan stok ubat ni dlm fridge..masa emergency mcm ni memang bagus.. tapi hang hanya akan dapat tengok effect ubat tu dlm 15 ke 20 minute lepas hang cucuk dalam pungkok dia..

Mummy Rizq said...

lyn-insyaallah... aku tunggu hang dulu!

mira-MB nyer berat payah nak susut laa.. dah tahap tepu!

puteri satu-kalo 5, mummy awal awal dah konk!

IV-hang bila nak muntak untuk kali ke 3???

simah-erm.. bleh la cek kat guardian nanti. tapi bila derang cam ni kita dtg kerja, hati tak senang la. tak tenteram hidup rasanya...

kasutVINCCI said...

harapnya rizq cepat ok. Risau betul kalau anak2 kecik ni sakit. Sbb kita tak tau tahap mana sakit dorang tu. Sabar ek mar.

Hot Mama said...

kesiannya muntah-muntah.. Aidan pun baru baik demam, memang susah nak jaga baby demam.. and i know the feeling kena cuci cadar selalu..hahah!! penatkan

Anonymous said...

sian rizq..mesti perut dia x tahan makan memacam..
dah abih cover keja rumah lastweek?

Anonymous said...

harap si hensem ko tu cepat sihat hendaknya!!

Kaklong Syikin said...

salam,

siannya rizq.
harap dia dah sembuh betul.
mmg letih MB wat keje2 rmh ni.

bab jamuan raya kat ofis tu, dessert tu yg tak tahan tu :D

Ajzie said...

Hihi semua suka kalau MB deman dan muntah2 plak..hihi ada apa2 ker? Moga Riqz cepat sembuh..Tak gie klinik ker? Risau betul ajzie dengar kalau budak2 sakit nih, kesian kan.

Kiah Kardashian said...

ish ish ish...

mmg banyak kes muntah muntah musim raya nih. Kata dr lar kan sebab lalat membiak dengan jayanya sebab banyak open house.
ubat muntah muntah amik phenergen ajer. dan juga seswai digunakan waktu selsema.

kesian bebudak kena muntah muntah ni. Lembik badan jadiknyer.

Mummy Rizq said...

KV-semalam rizq still having diarrhea. tak tau la apa salah nya..

HM-penat memang penat.. tapi tak per. anak dah la sorang kan!

MS-tak nak abiskan kerja. maid nak sampai this week! hee..hee..

MR-masih blom sembuh!

syikin-MB pun sama.. kalo gi makan buffet kat mana mana, memang dessert yang diterkam dulu!

WA-tu ler.. nak tunggu demam & muntah muntah lagi sekali lambat plak.. hee...

zakiah-now that the muntah dah tak der, dia dpt diarrhea plak. still tak nak makan...