Monday, October 30, 2006

Ana Sudah Pulang Laaa....

Assalamualaikum...

Sajer nak memaklumkan pada semua yang aku dengan rasminya dah masuk opis ari nie. Tapi biasa lah kerja banyak. Tak boleh nak update sangat.

Overall raya was a good one. Cuma penat sebab umah in-law tak putus putus orang datang. But it was fun!

Birthday Rizq pun ok. Cuma Rizq tak nak potong kek & menangis waktu orang nyanyikan lagu Happy Birthday. Agaknya dia takut & pelik naper la orang ramai ramai kerumun dia then nyanyi kuat kuat. Hee.. hee...


Ok lah. Gotta get back to work. I will update with Raya & Birthday photo soon (hopefully).

Till then.. taa..taaaaa.....

Thursday, October 19, 2006

DAM DAM DUMMM...

Assalamualaikum.....

Pagi ni aku rasa ceria... boss dua dua belum masuk lagi. Sorang sakit peyut.. sorang lagi malam semalam dinner abis lambat, so pagi ni dia lambat masuk ofis. Aku??? Apalagi.. merayau membaca blog orang ler!

Rata rata blog yang aku baca semua dah buat last entry before bercuti hari raya. Masing masing happy sebab nak balik kampung. Yea laaa.. sapa yang tak hepi dapat balik kampung jumpa dengan ibunda & ayahanda terchenta kan!

Malam tadi aku dah start packing baju hero kecik aku yang sorang tu. Hubby kata still awal nak packing, tapi aku kata better awal rather than nanti kemas last minute.. itu tak ada.. ini tertinggal! Issshh.. lagi fening kepala kan!

Tak der benda sangat nak diceritakan. Aku akan balik ke Teluk Intan this Sunday. Then tengahari first hari raya, aku akan bertolak ke Melaka rumah mertua.

Aku plan nak buat birthday party Rizq on Thursday nite (3 hari raya). So for those yang kebetulan ada kat Melaka, aku jemput datang. You can email me at marlina@affinsecurities.com.my and give me your handphone number.

All Are Wellcome...

Lastly, aku nak menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada rakan blogger sekalian. Andainya ada terkasar bahasa sewaktu aku meninggalkan komen, atau ada yang terasa.. maafkan lah aku.

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL

Monday, October 16, 2006

Bibik dah balik..

Saturday, 14 Oct

Malam ni pukul 1:00 pagi baru tidur. Agen datang rumah sebab minta tolong hantarkan satu maid ni ke airport.. flight dia & bibik sama. Layan jer laaa...

Pukul 3:00 pagi dah kena bangun balik. Siap siap untuk sahur, gerak semua orang.. and makan. Habis settle kemas semua, get ready untuk hantar bibik ke airport. Pukul 4:00 pagi bertolak dari rumah.. then an hour later arrived at LCCT. Flight bibik pukul 7:00 pagi. Sedih jugak aku waktu hantar dia balik. Yea laa, dia dah jaga Rizq sejak Rizq keluar dari perut aku ni. Dia lah yang jaga aku waktu dalam pantang, walaupun dia still muda lagi. Baru 25 tahun. Aku tak banyak cakap waktu hantar dia sebab aku tau kalau aku cakap mesti meleleh punyalah! dah habis dia check-in.. masuk imigresen, baru aku bertolak balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 7:30 pagi.

Semestinya lah anak jantan sorang tu tak akan tidur balik kan. So aku & daddy dia terpaksa lah melayan dia. Sambil sambil tu aku buat kerja rumah. Mencuci.. membasuh... Mata ni actually mengantuk, tapi aku tak bleh tidur. Kalau tidur, mesti kerja rumah tak siap. Bila nak masuk tengahari, baru lah Rizq penat & nak tidur. Legaa... Baru lah mummy boleh mandi & settle apa yang patut.

Petang, aku & hubby pergi ke bazar Ramadhan kat Bukit Sentosa, around 10 mins from home. Punyalah ramai orang. Parking pun jauh sikit. We all terpaksa melompat longkang besar sebab tak der jalan lain. Kaedahnya.. lepas melompat tu pinggang aku rasa cam tergeliat!! Aduhhh... sakitnya. Dah lah tangan aku dua dua lenguh sebab Rizq asyik nak dukung... Now pinggang pulak rasa cam nak patah! Baru sehari bibik balik, aku dah jadi cenggini.

Malam pulak.. aku dok sibuk siapkan barang Rizq untuk nak hantar ke rumah baby sitter pagi esok. Rizq susah nak tidur. Hubby ke terawih. Aku layan Rizq tengok Barney sampai dia tidur... Lepas tu baru lah boleh nak membasuh pinggan bekas berbuka tadi, sapu rumah and gosok baju (hu.. hu..! dah lama nya aku tak buat keje ni). Settle semua dalam pukul 11:00 malam. Aku terus pengsan.

Pagi ni, bangun 4:30 pagi. Panaskan lauk & nasi untuk sahur. Makan makan.. then masakkan sup Rizq pulak. Baru nak cuci pinggan.. Rizq dah nangis.. terpaksa pulak baring ngan dia dulu. After 20 mins baru tidur. Then aku sambung cuci pinggan. Blom pun habis dia bangun & nangis lagi! Suruh hubby bawa turun bawah, and buka kan Barney. Ingat nak sambung buat kerja. Rizq tak nak kasi. So aku terpaksa mencuci pinggan, mengemas dapur, mengelap.. semuanya dengan sebelah tangan. Lagi sebelah dok mendukung dia. Habis mandi, solat... then bersiap pun dengan sebelah tangan. Rizq meragam.

Pukul 6:30 pagi, start packing untuk antar Rizq ke baby sitter. Nasib dia tak nangis sangat. Sikit sikit jer. Tapi tangan aku sampai sekarang masih sakit lagi sebab penat mendukung budak lelaki yang berumur 2 tahun!!

Thursday, October 12, 2006

AKU & LARUT

Ari ni sibuk sket.. Eh! Bukan sket.. banyak...

Lagu kat bawah ni is LARUT by DEWA 19. Tengah syok giler dengar.

So aku tak der masa nak tulis at the moment.. Petang karang insyallah aku update...

mungkin aku pernah juga..
merasakan cinta..
tapi tak pernah..
seindah ini..
mungkin aku juga pernah
merasakan rindu..
tapi tak pernah..
sedalam ini
mungkin kamu takkan pernah..
percaya..
bahwa sesungguhnya..
aku telah terjatuh?
reff:
KUAKUI..AKU..TELAH LARUT..
LARUT KE DALAM..
KAMU..
YANG KU CINTAI


***********************************************************

It's now 3:40p.m. Tak tau lah kenapa kepala ni tiba tiba sakit.. sampai ke tengkuk rasdanya.. Aduss cepatlah pukul 5:00 ni. Nak balik rumah jumpa Rizq...

Tadi baca blog 'Life-Worth-Living' pasal persiapan Hari Raya.. (yeay..yeay.. nak raya!). Bestnya.. banyak preparation.

But for me, tak der benda sangat la yang nak disiapkan. Setakat beli baju tok diri sendiri, hubby dan Rizq. Biskut.. semua main order jer la. Dengan kanak kanak ribena yang tak boleh duduk diam tu, aku memang tak boleh nak buat biskut. Sedangkan aku nak buat air minuman pun.. kena dukung dia sebelah tangan, sebelah lagi bancuh air! Mungkin nk buat sejenis jer hari Sabtu ni after sahur..hee..hee..

As for rumah pulak.. tak ada beli apa apa yang baru pun.. budget ciput sebab kena bayar agen for the new maid. Fuh! Agency fees betul betul mahal! Cekik darah betul lah..

Lastly pasal the lauk lauk for pagi raya.. itu aku tak akan amek tahu sebab semua mak yang buat.. maklumlah.. anak bongsu!

Pengumuman Penting

Untuk kesekian kalinya (rasanya ni dah tahun ke-5) aku akan beraya kat rumah ibunda & ayahanda terchenta kat Teluk Intan. Muaahaahaa... Tima kacih hubby!

Friday, October 06, 2006

Counting Days...

Haa.. haa.. Dah pukul 4:30ptg hari Jumaat. Setengah jam lagi dah nak balik. Yipeee..!!

Petang ni untuk berbuka, aku dah suruh hubby tapaukan KFC jer. Boring gak hari hari makan nasi nie.

Actually.. tak der mender pun nak update. Tapi disebabkan ada setengah jam lagi.. aku pun merapu ler.

Cuma nak ucapkan Selamat Ber Weekend To Everybody yang membaca. Esok & Sunday bolehlah masak sedap sedap kan... Tak payah lah nak makan lauk tunjuk tunjuk lagi..!! (ehem.. ehem.. ada orang terasa tak???)

Aktiviti Weekend

Saturday

Bangun sahur
Tidur balik
Subuh
Pergi pasar
Run some errands
Pergi One Utama nak carik Levis for Raya
Balik
Masak.. masak.. and masak...
Makan..Yes!!

Sunday

Bangun sahur
Tidur balik
Subuh
Bangun
Cuci baju & kerja rumah
Masak..masak.. and masak...
Makan... Yes!!

Dah habis dua hari cuti....BORINGNYAAA....



MUMMY & RIZQ

Wednesday, October 04, 2006

Yang Mana Satu

Aduss... makin hari makin hampir masanya si bibik tu nak balik.

So semalam aku dapat dua biodata dari agen:-

1. Pompuan (takkan le lelaki yer tak!). Umur 23 tahun. Muka cun.. badan slim. Tak kahwin lagi. Pernah keje kat Hong Kong 6 bulan dan Indonesia dua tahun.

Disadvantage

Tak tawu kenapa cuma kerja di Hong Kong 6 bulan saja. Nanti dia datang sini, nak carik jodoh pulak.. kan susah!

2. Pompuan lagi... (yer lar!!!). Umur 24 tahun. Muka biasa. Dah kahwin and ada anak umur 2 tahun. Pernah kerja di Malaysia selama 2 tahun.

Disadvantage

Nanti dia datang sini asyik terfikr pasal anak & laki dia kat Indon pulak. Tak pun nanti asyik nak kol ke sana saja. Ataupun nanti laki dia asyik kol suruh dia balik pulak (kes ni pernah terjadi kat member aku).

Aku cuma tulis disadvantage sebab kena take into account sebelum nak amek maid. Memang ada advantage for both of the above... tapi tak perlu fukir la.

Aku memang urgent tengah carik maid ni.. so I can't afford to wait any longer for other biodatas.

So kengkawan.. any recommendation for the above both candidates????