Wednesday, January 25, 2006

Boss Tak Der!

Muaahaahaa... aku rasa ini lah waktu paling best untuk datang opis! Bila boss tak ader.. memang aku fening kepala bila dia ada. Tak cukup dengan kerja ofis, kerja personal dia kita kena buat.

Last Sunday the wife gave birth to their third baby. So seminggu ni dia amek coti... sambung lagi sampai raya cina. Altogether, 2 minggu coti. Dunia ini ana yang punya! Apa aku nak buek yer? Apa lagi kalo tak melawat ke blog blog orang..

Lagi satu plan aku ialah nak mensettlekan kerja kerja personal aku. Aku kan nak pindah bulan depan. So segala surat menyurat, bank lah, astro lah.. semua kena tukar address. Aku nak hantar surat Change Of Address lah!

Erm.. apa lagi aku boleh buat? Yes! Lagi satu.. aku boleh keluar makan awal & masuk balik lambat..muaahaahaa... Bayangkanlah, aku kan kerja di jalan bukit bintang. So aku dikelilingi oleh shopping shopping complex yang beraneka ragam & warna. Tambahan pula BONUS baru jer masuk...Adduss... bahagianyaaaaaaaaaaa.....

Monday, January 23, 2006

Anak bujang ku dah besar kan!



Ini lah gambar si kecik ku yang dah pandai nak main mata tu... Sekarang ni kalau dah masuk swimming pool, memang dia dah tak nak naik! Biarpun bibir tu dah biru... mandi tetap mandi!!

Bersarang & Bersawang....

Aduss...adusss.. sarang di sana sini. Susahnya nak cuci. Agaknya dah berapa lama lah rumah ku syurga ku ini dah aku tinggalkan! Nak kata sibuk...tak sibuk. Cuma busy melawat blog orang lain...

Cerita Si Nonet

Si kecik ku itu dah nak masuk 15 bulan dah umurnya. Dah pandai berlari, dah pandai melompat tapi yang paling kelakar ialah dia dah pandai mengorat!!! Aku dengan hubby tak kering gusi melihat perangai dia.

Tapi yang paling kelakar kejadian petang semalam. Hubby turun ke bawah apartment untuk jogging di track. So aku pun bawak lah si kecik turun main di playground. Memang sah dia tak akan duduk dlm stroller. Yang kami perasan perangai si kecik yang paling ketara ialah dia suka sangat make frens. Kalau masuk dalam lift and sesiapa yang dalam lift tu tak tegur dia, dia akan tegur orang tu dulu.

Ok..berbalik pada cerita semalam. Memang ramai lah orang yang ada dekat playground tu. So si kecik pun sibuk lah nak join dengan aweks aweks tu main. Hai sana hai sini.. bye sana bye sini... So tiba time nak balik, hubby pun buat lah last stretching. Si kecik ni sibuk nak kejar 2 orang awek bertudung. Tengah hai hai tu, dengan confident nya dia jalan tanpa pandang ke depan.. Tiba tiba TOINGGGG!!! dia terlanggar tiang lampu. Habis berdarah mulut/bibir dia. Aku dengan hubby walaupun tergamam sekejap, tapi we all tak leh tahan sebab kecik kecik pun dia dah pandai nak mengorat orang sampai terlanggar tiang lampu...


Hubby & Myself

Sekarang ni we all tengah sibuk nak carik buyer untuk apartment yang we all tengah duduk tu. Sebabnya??? By mid of February ni we all kena pindah ke Bukit Beruntung. Rumah in law. In law akan pindah ke Melaka dan rumah tu diamanahkan pada anak sulung dia (hubby ler tu) and aku untuk menjaganya. So sekarang ni tengah sibuk carik kotak, beli barang sikit sikit untuk rumah baru, and overhauled umah yang duduk sekarang.

Sometimes tu aku rasa sedih sangat nak pindah nie. Bukannya apa. Dah lama sangat stay kat Shah Alam nie. So tetiba kena pindah Bukit Beruntung. Aku rasa tempat tu jauh & terpencil sangat. Mana tak sedih! Pas tu bukan duduk umah sendiri pulak. Rasa cam menumpang jer.... Tapi apa nak buat. Dah hubby kata pindah, aku turutkan sajalah...

Friday, December 09, 2005

Actually this is my age....

You Are 28 Years Old

Under 12: You are a kid at heart. You still have an optimistic life view - and you look at the world with awe.

13-19: You are a teenager at heart. You question authority and are still trying to find your place in this world.

20-29: You are a twentysomething at heart. You feel excited about what's to come... love, work, and new experiences.

30-39: You are a thirtysomething at heart. You've had a taste of success and true love, but you want more!

40+: You are a mature adult. You've been through most of the ups and downs of life already. Now you get to sit back and relax.

Wednesday, December 07, 2005

Medan..Here We Come

Wow! Air Asia is giving out 2,000,000 free seats to all destinations! Ni tak boleh lepas nie. Cakap dengan hubby that we need to go somewhere sebab this year tak holiday kemana mana. Rizq masih baby.

So this morning, masuk jer ke ofis, terus bukak Air asia nyer website. Try carik Medan flight. YES!!! Ada. We just have to pay fare for Rizq and the whatever charges (fuel, tax etc). Boleh lah. still can be considered cheap.

So, early March we will be going to Medan. With a couple of frens. The hubbies will go golfing while we LADIES will opt for shopping. Cuma tak tau lah macam mana nak bawa Rizq nie. Tak pernah travel jejauh dengan dia. Hopefully by that time when he's already 1 1/2 years old, it will be easy for me & hubby.

Friday, October 28, 2005

Hari Ini Setahun Yang Lalu

Hari ini setahun yang lalu...aku tengah terlantar di wad bersalin di SJMC. Sedang diinduce sebab kandungan dah overdue. Tepat jam 9:43 malam Rizq dilahirkan.

So hari ni genaplah umur Rizq setahun. Pandai, bijak, keletah & nakal. That's how I can describe him. Now dah start memanjat segala jenis kerusi dan kawasan yang sewaktu dengannya kat rumah tu. Bukan setakat memanjat, tapi siap dengan terjun Superman sekali. Aduh...memang tak boleh leka bila ada baby macam dia.

Anyway, mummy and daddy will always sayang Rizq and akan mendoakan agar Rizq menjadi anak yang soleh & beriman.

Happy Birthday sayang!

Monday, September 19, 2005

MACAM MACAM...

Lamanya tak nenulis...Banyak nya benda yang terjadi.... Camana nak buat nie???

ANAK

Rizq dah nak masuk umur 11 bulan. Teramat lasak dah kelakuannya. Kengkadang tu rasa cam nak dicubit cubit jer bontot dia tu sebab tak boleh nak duduk diam. Jalan dah macam orang besar. Sesiapa yang tengok dia mesti kata umur dia dah setahun lebih. Dia tu suka sangat bertenggong. pagi tadi paling kelakar. Biasanya Rizq akan bangun seawal 5 pagi. So kalau dia bangun...dia mesti nak ada mami disebelahnya. Pagi tadi macam biasa aku bangun pergi buat bubur nasi. Then terdengar suara dia menangis. So, aku bancuhkan susu dia sekali. Masuk jer bilik, aku tengok dia tengah menangis tersedu sedu sambil bertenggong di sudut katil. Memang betul betul macam orang kalah judi dibuatnya. Camana lah aku tak tergelak dibuatnya! Anak...anak....

SUAMI

Semakin hari semakin sayang....

KERJA

Eee..pening..pening. Boss ni memang macam macam kerenah! Tak abis ngan boss....anak buah boss pun sama. Semua nak kasik aku pening jer. Rasa cam nak berenti keje jer. Tapi kalo berenti saper nak kasik aku ribu ribu setiap bulan??? Rasanya kalo buka bisnes jual nasi lemak leh dapat duwet ribu ribu tak??

MAID

Aku kena kasik thumbs up kat maid aku this week. Ari Jumaat ari tu, bila balik dari keje tengok umah dah clear...Sliding door nyer curtain dia dah cuci! Siap rendam air panas lagi. Kalo aku pun tak sanggup nak cuci langsir tu dengan tangan. tak abis ngan langsir...comforter yang queen size tu pun dia cuci tangan gak. Lagi bersih dari antar laundry. So untuk mengenang jasa, ari minggu ari tu aku belikan sandal dia ntuk ganti yang dah putus tu...Sengih jer member dapat sandal baru...

Friday, September 09, 2005

WHO AM I?




Your Birthdate: April 21



Being born on the 21st day of the month (3 energy) is likely to add a good bit of vitality to your life.

The energy of 3 allows you bounce back rapidly from setbacks, physical or mental.

There is a restlessness in your nature, but you seem to be able to portray an easygoing, "couldn't care less" attitude.



You have a natural ability to express yourself in public, and you always make a very good impression.

Good with words, you excel in writing, speaking, and possibly singing.

You are energetic and always a good conversationalist.



You have a keen imagination, but you tend to scatter your energies and become involved with too may superficial matters.

Your mind is practical and rational despite this tendency to jump about.

You are affectionate and loving, but very sensitive.

You are subject to rapid ups and downs.

Wednesday, August 17, 2005

Ke Genting Highland Pulak....

Hari minggu hari tu aku ke Genting Highland bersama suami & anak & juga member satu office aku. Sampai ke Awana pun hari dah petang...hujan pulak turun mencurah curah.... Tapi what the heck! Dah terlanjur sampai, kami bergegas ke Skyway untuk naik ke atas.

Tiba di stesyen..masyaallah...panjang nya Q nak ambik skyway. Akhirnya selepas satu jam beratur, dan tangan aku dah rasa macam nak patah mendukung Rizq yg sedang tidur, kami berjaya mendapatkan tempat.

First time naik skyway...gayat pun ada. Mak ooii..tingginya! Lebih kurang 15 minit, kami pun sampai keatas. Rizq buat perangai tak nak duduk stroller. daddy nya dukung pun dia menangis. Terpaksalah aku yang mendukungnya. Nasib baik anak sorang. Bolehlah manjakan lebih sikit.

Tak lama kat atas, kami pun turun balik ke Awana. Singgah kedai nasi kandar di Gohtong Jaya for dinner. Sampai hotel, dah tak boleh nak buat apa...tak terdaya rasanya. Yang termampu hanyalah layan TV jer...

The next morning, actually hubby & the fren nak memukul. Tapi malangnya course tutup for repair. Hee..hee... Terpaksa lah menemankan isteri & anak kat swimming pool saja. Nak join, tak bawa swimming trunk! So lepak jer lah kat tepi pool tu..sambil sambil tu dapat juga lah dia mencuci mata...

Wednesday, August 03, 2005

Back To Work

This is the second day of work after nearly a week of holiday...Malasnyaaaa! That word best describe what I am feeling at the moment.

Bangkok trip was not a bad one. As a matter of fact I enjoyed it very much.

We arrived in Bangkok on Thursday noon. Nothing much. Cuma pergi jalan jalan tengok temple, the gem factory and shopping kat MBK. Itupun dah sampai malam becoz the traffic in Bangkok is worse that we normally experience in KL. We are lucky becoz the hotel that we stayed ada Muslim kitchen and dekat dengan the rest of Muslim nyer kedai. Turun jer hotel, ada pasar malam...we can bargain a lot kat situ.

The next morning was where the melawat melawat day. Right after breakfast, we went to the floating market. It was like a two hours drive from Bangkok. It was a truly unique experience for us. Didn't buy much as we wanted to save for the Chatuchak market. On the way back to Bangkok, we stopped over a few places; the crocodile farm, the cobra show, rose garden etc. Lewat petang baru sampai ke hotel balik. Malam, again we went to the pasar malam exactly kat bawah hotel. After that we went to Patpong (again its like a pasar malam, but with very expensive items sold). Dalam pukul 11:00 malam, we all (me, hubby and two friends of ours) pergi minum teh tarik kat one of the kedai mamak kat Sukhumvit area. Done with the teh tarik around 12:00 midnite, pergi massage kaki for 1 1/2 hours. LEGA......

This is the day that we have been waiting for. Shopping dekat Chatuchak market. There are around 15,000 stalls kat sini. True enough we can't cover all stalls. But things here are very cheap! You just name what you want and you can find them here! Loads of our stuff we bought it here...

Lewat petang is when our pick-up would take us to the Airport. Sedih jugak sebab cuti dah habis but, I am so GLAD becoz I'm going back to see my baby RIZQ. I'm sure that he missess us as much as we are missing him.

Tuesday, July 26, 2005

Bangkok..Here We Come

I'm off to Bangkok with my hubby tomorrow. Seronok pun ada, sedih pun ada. Seronok sebab this is the first time I'm going to Bangkok semata mata untuk shopping. Furthermore, this is my first trip after I gave birth to Rizq. Sedih sebab terpaksa tinggalkan Rizq walaupun cuma untuk 3 hari saja.

Aku cuma risaukan Rizq kalau dia nak tidur malam sebab dia tak biasa dengan orang lain. Tambah tambah dia masih breastfeeding. Kesian kan.... Bukannya tak nak bawa dia ke Bangkok, tapi the place is not very suitable for him. Mungkin tahun depan bila dia dah besar sikit, dia boleh ikut kemana saja mummy & daddy pergi!

His first tooth baru nak keluar and he has taken his first few steps last weekend. How proud we are to be your mummy and daddy!

Friday, July 15, 2005

Rizq's First Word

Semalam petang balik lewat sikit. Traffic teramat teruk. Tension pun ada.

Terlanjur balik lambat, me & hubby terus pergi ke Syed kat seksyen 3. Perut tengah lapar. Maklumlah balik kerja..hujan pulak tu. Aku pekena roti naan & hubby pulak makan nasi briyani bukhara ikan. Emm...yummy!

Sampai rumah dah dekat maghrib. So nampaknya Rizq tak boleh jalan jalan tengok fish kat taman. Hubby terus dukung Rizq..sebab macam tu lah selalunya. Tapi bila Rizq tengok aku, dia terus hulurkan tangan and suddenly dia sebut..."MUMMY!"

Yes! tak dapat aku gambarkan betapa bangganya & sukanya hati aku ni. Then sepanjang malam bila dia bangun dia akan panggil "mummy"....Sampai hari ni aku terus tersenyum...

Thursday, July 14, 2005

Dah Kurus?????

Kurus...itu lah perkataan yang aku tanamkan dalam diri aku semenjak 9 bulan yang lalu. Tapi nampaknya "kurus" cuma akan tinggal didalam kenangan coz setelah "mencoba" dengan begitu teruk sekali..hasilnya CIPUTTTT..jer!

Sewaktu mengandungkan Rizq, selera makan aku begitu baik sekali! By 9 months berat aku bertambah sebanyak 22kg. Waktu tu aku tak ambil pusing coz aku rasa selepas melahirkan, mesti aku boleh mencapai berat aku yg ideal kembali. Kenangan cuma tinggal kenangan. Walaupun dah 9 bulan berlalu, aku masih ada 5kg untuk aku kurangkan.

Sekarang setiap pagi sarapan aku cuma quaker oats...dan tengahari pulak aku akan makan sayur-sayuran hijau tanpa nasi. Malam aku akan makan nasi, tapi dengan quantity yg dicontrol. Tapi hampeh! Baru kurang 1.5kg.... Berapa lama lagi akanya perlu aku cenggini????

Monday, July 11, 2005

What Elements R U?







Your Element is Fire


Your power color: red



Your energy: hot



Your season: spring



Like a fire, you are full of power and light.

A born leader, you easily draw people toward you.

You are full of courage and usually up for anything dangerous.

You have a huge ego and love to be the center of attention.

What Element Are You?




Find the Love of Your Life
(and More Love Quizzes) at Your New Romance.

Monday, July 04, 2005

Weekend yg penat tapi syiookk..

Aaahh... akhirnya hari yang aku tunggu tunggu sampai jua. Pepagi lagi aku dah gerak hubby suruh siap untuk balik Perak. Dlm pukul 11:00 kami pun sampai. Lepak lepak kejap, aku & hubby kuwar pi bandar. Hantar khete kat fajar, suruh cuci, then gi jalan jalan kat stesyen bas carik dvd cetak rompak. Dapat 3 or 4 keping, then chow. Pergi Fajar balik, carik present untuk mak & Didi..(birthday derang. Dapat suwar untuk Didi and kasut untuk mak. Pas tu gi depan sekolah Convent beli Yu Yu ice (teringat zaman dolu dolu).

Petang tu pulak buat bbq kat umah sambut birthday mak & Didi dan juga anniversary aku yang ke 7 (ari ni ler). Fuh...meriah sungguh walaupun buat bbq tu cuma kami adik beradik. Dengan durian & rambutan lagi! Memang kenyang.

Malam pulak..WORLD! kat umah abang. Tengah malam baru balik rumah mak...

Hari Ahad after breakfast, bertolak ke rumah in-law kat Bukit Beruntung. Nothing much..lunch kat situ.

Petang balik Brunsfield, bawa Rizq berenang kat swimming pool for the first time. Kelakar tengok Rizq dengan swimming short nya tu! Menggeletar member sebab baru lepas ujan. Nasib baik tak jadi apa apa..

Friday, July 01, 2005

Balik kampung

Arrgghh..dah hampir sebulan tak memblog. PC problem. Harapkan IT department, berjinggut ler jawabnya. Kalau tak 100 kali aku kol, dia orang tak akan sampai ke tempat aku!

Pagi ni bangun badan sakit sakit. Apa taknya..Semalam aku tido depan TV. Bukannya apa. Rizq dah berapa kali hampir (nasib baik cuma HAMPIR) jatuh katil. Kepala dia dah panjang saja menjengah kebawah katil. Mungkin sedang mengukur ketinggian katil tu kut. Nak tawu sejauh mana sakitnya kalau dia jatuh! So, aku dah malas nak ambik risiko lagi. Biarkan badan mummy & daddy yg sakit, asalkan Rizq selamat.

Esok aku akan balik kampung. Semalam bila telefon mak, dia kata manggis & rambutan kat rumah dah masak. Then petang ni dia akan ajak abang cik untuk balik kampung cari durian pulak!. Isshh..isshh..isshh... macam tu lah perasaan seorang mak kan. Kalau boleh bila anak tu balik sekali sekala, segala benda nak disediakannya.

Lagi satu aku rasa dia pun dah rindukan Rizq. Dah lebih kurang dua bulan dia tak tengok Rizq, cucu bongsu nya tu.

Friday, June 10, 2005

Tersepit

Dah lama tak menulis..tak der masa! Cuma nak put a note on Rizq. Last Satuday 4 Jun, waktu tengah tidur..tetiba aku dengar..erk....erk... nak kata nangis bukan... Tapi bila aku buka mata, aku tengok anak aku dah tinggal kepala jer atas katil! Kaki, badan, tangan semua dah tak nampak. Rupanya dia dah tersepit in between katil & dinding. Pity him for getting mummy and daddy like us. Anak tersepit pun masih tak sedar.

Friday, June 03, 2005

Perkahwinan

emmm...cuti sekolah nie, kat sana sini asyik orang kahwin. minggu lepas ada, minggu ni ada..and minggu depan pun ada. semua member member. so tak boleh kalo tak pergi.
Semoga dia orang berbahagia dan berkekalan ke anak cucu.

Untuk diri aku pulak, tahun ni dah nak masuk tahun yang ketujuh mendirikan rumah tangga. Hasilnyaaa..??? Anak yang berusia 7 bulan...hee..hee..syukur atas rezeki yang Allah kurniakan walaupun TERlambat. Mungkin ada rahmat disebaliknya. Insyaallah.

Semalam dalam satu artikel suratkhabar the SUN, satu couple ni menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 80++. Lama tu kan! Bila orang tanya rahsia perkahwinan, si isteri menjawab...Sebelum tidur kita harus selesaikan segala perselisihan faham yang ada between suami isteri. Dan lagi satu, apabila pasangan kita bercakap dengan kita, kita harus menjawab...YES DEAR...
Teringat pulak kat hubby. Bila aku cakap sesuatu dengan dia, eventhough dia tak berapa nak ambil pusing tentang apa yang aku cakap...dia akan balas YEA....YANG..... Dengan tone suara yang aku tawu sajer dibuat buat. Walau macam manapun aku bersyukur yang kami masih boleh berkomunikasi dengan baik tentang apa topik sekalipun...

Thursday, June 02, 2005

Wajah Baru

Akhirnya...aku berjaya mengubah rupa template ni with the help from Mr Fuad! Thank you so much...Tak sia sia ada kengkawan ni. From time to time aku akan cuba untuk mengupgrade my blog supaya tak boring.

Kol rumah pagi tadi. Bibik kata meja bulat tempat letak vase kat rumah tu dah patah. Rizq yang tarik...ermmm... ganas jugak rupanya anak aku tu. Tak sangka pulak. Baru 7 bulan nak menampakkan kekuatan dia. Hee..hee.....

Wednesday, June 01, 2005

My 7 Months Old Baby


MY BABY U!
Posted by Hello

Now Rizq dah masuk 7 bulan. Memang tak sabar rasanya nak tengok dia membesar. Rizq dah mula nak berdiri dengan sendiri. Mak kata mungkin Rizq akan cepat berjalan melihat dari perkembangannya sekarang. Dia terlalu manja dengan semua orang yang berada disekelilingnya...

Minggu lepas, Rizq demam. This is the first time dia dapat sakit since birth. Memang dia seorang baby yang kuat. Sungguhpun demam, dia tak merengek. Dia tak suka nak menyusahkan mummy and ddaddy dia.

Waktu tidur malam pulak, lasaknya bukan main lagi! Risau jugak one day dia terjatuh katil. So malam tadi me & hubby decided to buy tilam lipat satu. So all of us will sleep dekat depan TV. Untuk mengelakkan daripada baby terjatuh..hee...hee...