Monday, July 27, 2009

Langkawi 2009

Arrived in Langkawi @ around 9:30am 23 July 2009. Weather was OK. Got a Wira from the airport for our usage in Langkawi.

Overall, we especially Rizq enjoyed the trip so much. He has been a very good boy during our 3-day stay.

And me too was very happy!!! Happy..happy and happy!







At the airport KL-Langkawi








Just arrived at the hotel - Holiday Villa Langkawi








After checked in - Mandi before going out to Kuah Town






At Chenang Beach with daddy





First nite dinner @ Hj Ramli with Mommy





Underwater World



With the Penguins!



A pose with Mommy



The Simpson boy




Last day @ Makam Mahsuri



Lunch @ Wan Thai. Superb 5*.




Pulut durian.. still thinking about this!!


Lauk pauk yang menggiurkan










Licinnnnnnnnnnn.......




Bye bye Langkawi. Hoping to be here again in future.








Wednesday, July 22, 2009

Short Break

Will be taking a short break tomorrow till Saturday. Hubby, Rizq and myself will be in Langkawi for 3 days.

Nak rehat rehat sebelum move to our new house.

Will be uploading new pictures (hopefully) next week.

Chiow!

Tuesday, July 07, 2009

070709

Ooo.. lamanya tak bersiaran. Bukannya apa. Opis now tengah buat operasi pasal staf yang suka berfacebook.. berblog.. sampaikan intranet trading slow. So aku yang menurut perintah & tak mahu nama aku masuk dalam senarai top 10, terpaksa memperlahankan aktiviti aku. Just some updates on my happenings.

Rumah

Tengah dalam proses renovation. So sekarang my weekends penuh dengan jalan jalan mencari barang. Selalu full jer. Tapi insyaallah.. by mid August i.e. sebelum Ramadhan aku akan berpindah ke rumah di Shah Alam.


Rizq

Uisshhh.. dia ni sekarang suka berleter. Ada saja benda yang nak dicakap kan atau diborakkan. Sampaikan hubby and myself tak boleh nak bercakap atau berdiskusi.

"Dengar ni dengar ni.. Rizq nak cakap ni. Rizq nak cakap dulu. Mummy dengan daddy diam" Itu lah yang selalu terjadi.

Loyar buruk pun iyer jugak. Hari tu aku cakap dengan dia.. "Rizq tak boleh membazir.. Rizq kena jimat".. Boleh dia cakap dengan aku.."Kalau nak jimat pergilah Carrefour.." Kurang asam punya anak.. hee.. hee..

We spend 3 days 2 nites dekat Legend Hotel 26 Jun - 28 Jun. Below are some of the pictures.... Tapi the sad thing is.. dia demam dan tak boleh nak enjoy sangat the stay..
































Maid
Still maidless. Tapi Ros (temp maid yang pernah keje ngan aku for 2 mos earlier this year) is willing to help us sampai before Ramadhan. She is the best maid that I ever had. Tapi sayangnya dia tak boleh stay lama. But at least I have somebody to help me out with the packing and others.



















Tuesday, June 16, 2009

Lamanya tak masak...

Semenjak dua menjak tak ada maid ni.. week days dah jarang sangat aku masak. Selalu sampai rumah pun dah malam. Banyak benda lain yang perlu di uruskan. So jawabnya buat jer lah lawatan ke kedai kedai makan yang mana perlu. He..hee.. hee..

So last wiken on Sunday (as hubby had a golf tournament on Saturday), aku pun start mengasah skill masak aku balik.

Sunday morning ke Rawang. Rizq nak makan hot cake Mc Donald. Dia ni kalo makan hotcake 1 set (2 hotcakes) memang tak cukup. Kena 2 set baru kenyang. Tak kisah lah as long as dia nak makan....

Balik dari Rawang dah dekat pukul 11:00am. So inilah hidangan lunch kita orang hari tu...

The whole lauk pauk

Tom yam campur. Tak merah coz buat untuk Rizq. Tak boleh pedas sangat...


Masak lemak ikan merah


Sambal / sweet sour ikan bawal hitam




Itu jer lah yang sempat dimasak. Next week masak lagi!!!!
Eh tak bleh.. tak bleh. Next week both day Saturday & Sunday nak berbowling... Cuti masak lagi lah yer En Suami.....

















Monday, June 08, 2009

Mana nak carik?

Terima kasih terhadap pemberi pemberi komen sekalian. Cumanya tak der mood / tak sempat nak membalas. Ada issue sket kat opis. So mood semua dah terbang melayang entah ke mana...

Ni cuma nak tanya pendapat. I'm moving to my new house hopefully before puasa / Raya. So tengah nak buat renovation serba sikit. RM tak banyak sangat so buat yang penting2 saja dulu..

Nak tanya pendapat u ouls kat mana aku boleh dapatkan pembuat curtain kat area Shah Alam or kawasan sekitar yang dekat dekat area Shah Alam itu? Really appreciate if you could give me some ideas or nama kedai yang ada buat curtains yang cantik dengan harga yang berpatutan.

Thank you!!!

Tuesday, June 02, 2009

Aktiviti Last Week

Short Trip To Langkawi

Penat rasanya bekerja. So.. last week me and frens flew to Langkawi for a day trip. Bukannya shopping sangat pun. Just nak menghabiskan masa bersama kengkawan without the office environment.

Sampai Langkawi, book a van.. makan makan (murak ouls!).. jalan jalan ke bandar.. beli barang sesikit and took a 5:30 flight back to KL.

Habis dah sehari.


Morning breakfast. Makan udang besar besar. Kalo kat kedai mamak mau lah berbelas ringgit seekor. Kat sini rasanya cuma RM3 sahaja.

Kat airport. Baru sampai.
Wiken With Rizq
Last wiken.. memandangkan gaji pun dah masuk.. barang kat rumah pun dah habis, off we went to Tesco Extra Shah Alam for some groceries shoping.
Lepas tu lunch @ Azira Seksyen 10. petang pulak menghadiri jemputan kawan for his son's first birthday.
Dekat Taman Puchong Intan. Birthday celebration.


Rizq tengah Q for the cake. Tak sabar sabar mamat nie...




Ni kat Tesco Shah Alam. Mana boleh tak main kalo dah kesini...




Nasib baik tak mahal..





Dah besar.. tapi still nak naik benda ni jugak!
OK lah. Dah dekat pukul 8:00am. Nak kena tengok keje keje yang perlu disettlekan pulak..
Chow!





Monday, May 25, 2009

A Treat at Shangri La

How does the food look? Sodap tak?? Haa.. haa.. haa... aku ke Shangri La last Friday sebab ada orang nak belanja makan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal ler... Makan free.. laju jer la aku and kengkawan kesana...






My colleagues kak Suzana & Karen


Yang ni nampak tak menyelerakan kan!



Muka orang kekenyangan..





ABC




Aaa... yang ni best! Sushi dia superb!







Posing kejap sebelum makan







Boss & Karen


My feveret.. OYSTER!
Ok itu jer lah rasanya update di petang Isnin yang sojuk nie....
Kalo ler dapat TIDO.. alangkah seronoknya!









Tuesday, May 19, 2009

Update Sket

Lamanya tak update blog.. actually tak lah sibuk sangat. Cuma tengah aktif kat facebook. Haa..haa..haa.. tak ada keje kan aku ni. Bukannya tak ada keje, aku cuma buat benda benda ni time pepagi aku datang keje (normally akan sampai ofis around 7:20am) or after work. Tak baik kan kalo nak curi curi tulang nie.. (yer ker???)
Legaa... maid aku dah suruh agen aku amek balik last wiken. And now life's back to normal.. sibuk kat rumah pulak. Maid aku tu dulu memacam perangai yang aku kurang setuju. Bab bab cuci umah memang lah memang tak bersih langsung. Selalunya aku kena buat second round punya cuci on wikens. Sampah bawah carpet, bawah kerusi.. semua dia tak sapu. Cuci mana yang nampak dengan mata kasar jer. Meja.. almari.. kabinet semua dia tak lap. Habis lah berhabuk sakan. Itu aku tak berapa kisah lah. Aku boleh buat.
Bab bab jaga Rizq tu yang aku very particular. Dia dah pandai main henfon & berpakwe dengan sorang mamat yang dok betul betul sebelah umah aku. So dia asyik ajak Rizq main kat luar rumah tak kira la pagi ke tengahari ke, or petang. Bukan ke now memang panas? Kesian kat Rizq. Then a few of my nebers pun dah komplen pasal dia. Dia sembang dengan maid belakang umah.. Rizq dibiarkan main sorang sorang tepi longkang or tengah jalan. Got one time, Rizq nearly kena langgar kereta. Eee... aku betul betul geram!! Nasib tak jadik apa apa.... Syukur alhamdulillah..
Next week ada family day kat Sunway Lagoon. Tapi I heard ramai staff yang dah cancel their attendance sebab kan kes H1N1 ni. As for me tak sure lagi. Tengok lah keadaan cemana.
Kesian kat anak mommy ni haaa.... Ni wikens tengah main kat rumah

Ni dok tengah boring tengah tunggu daddy shopping kat Panwest Warehouse Clearance @ Glenmarie

This is what Rizq did for mommy on Mothers Day. Luv U!
Till then. Cau cin cau...


Monday, April 20, 2009

Buat Hal!!

Aku baru lepas menangis.... Bukan nya sedih tapi geram!!

Geram kat maid aku tu...

The story goes like this...

Normally Rizq akan balik kindy around 11:45. Dan aku akan telefon dia around 12:00p.m. or else dia akan kol aku.

Today, as usual aku kol dia pukul 12:00. No answer.. Maybe kat toilet kut.. kol lagi pukul 12:15.. still there is no answer.. Hati aku dah start risau. Kol neber sebelah yang normally jaga Rizq tu. Tak ada jawab jugak.. Ooo... maybe fon rosak kut. Ini kes nak menyedapkan hati sendiri lah nie. Pukul 12:30, aku try lagi.. pun tak berjawab. This time try kol henfon neber sebalah. Rupanya dia tak ada kat rumah. Ke kedai katanya.

Asked her whether she has seen Rizq. Dia kata nampak Rizq balik sekolah pukul 11:45 tadi. So I asked her help to check on Rizq bila dia sampai ke rumah. Dia pun OK. Tak lama lepas tu dia kata dia dah sampai rumah... pintu, tingkap, curtain semua nya bertutup rapat! Dia panggil panggil pun tak ada yang jawab.

Now aku dah mula takut... aku mintak dia tolong round kawasan umah aku kalau kalau ternampak Rizq. After a while, still dia kata tak jumpa.

Aku kol hubby. Hubby dah mengamuk. Aku pun dah start menangis dah... Hubby try kol kawan kawan yang duduk dekat dekat umah aku... Nasib baik derang ni semua baik baik. Bersusah payah menolong we all. Hubby terus datang ke KL nak amek aku. Sambil tu aku kol sana kol sini.. cakap pun dah rasa tak tentu arah.

Hubby sampai around 1:00p.m untuk amek aku. Tiba kat jalan Tun Razak, hubby kol kawan dia lagi sekali. Last last kawan dia kata dia jumpa Rizq kat umah neber yang satu lagi. Rizq tengah main main kat bawah while the maid tengah berborak borak ngan maid yang satu lagi kat atas rumah. Mau tak hangin satu badan aku dibuatnya. Siap Rizq lunch sekali kat umah tu. Eee... tensionnya aku! Macam ler kat umah aku tu dah tak cukup nasi ker!

La la tu jugak aku kol agen aku... I have asked him to amek balik maid yang ini & tukar yang lain! I will not trust maid yang semacam ini... I am so sorry...!!

Monday, April 06, 2009

Finally!

Finally.. I’ve gotten a maid! Boleh lah aku jadik “mem” balik.. haa.. haa. ..haa… Bukannya aku mengada-ngada tak nak buat keje. Tapi siapa yang tau perangai Rizq, tau lah kenapa aku sangat sangat memerlukan seorang maid.

Rizq is the type yang kalau buat apa apa dia nak kita tengok sekali. Kalau buat homework, kita kena ada kat sebelah. Kalau dia main toys kita kena main sekali. So tersangatlah susahnya time tak ada maid. Asyik kena duduk sebelah dia, bila nak buat house choresnya.. nak masaknya… membasuh baju lagi.. memang time tu aku tak cukup tidur. Even Saturday & Sunday aku kena bangun pukul 5 pagi untuk buat semua kerja rumah. Once Rizq bukak mata jer.. he expect me ada kat sebelah dia. Kalau aku tak ada.. habis lah kena jerit.. Itu yang aku tak larat!!

Maid aku yang baru ni, agen kasik on a trial basis dulu because candidate yang aku nak dulu tak ada. This particular lady, umur dia 19 tahun. Pernah bekerja sebelum ni.. 2 tahun kilang & setahun bekerja dirumah doctor kat Kg Baru.

Dari segi kerja rumah.. so so jer lah. Slow sket & kena tunjuk ajar. Tak pandai nak carik kerja sendiri. Dari segi melayan Rizq aku tengok OK. Masak pun setakat sup for Rizq, goreng telur.. BOLEHlaaaaa… Can’t expect much.

Aku tak kisah sangat bab bab jaga umah ni. As long as dia boleh layan Rizq, tahan dengan kerenah Rizq, then it be ok.

Aku harap sangat supaya aku dah tak perlu nak tukar tukar maid lagi. Aku dah tension & boring nak menunggu maid yang lain…

Wednesday, March 25, 2009

2 R

Hee.. hee.. ada oghang dah komplen blog aku tak berupdate update.. Sorry ler cik PNut. Aku kebizian pulak semenjak dua menjak nie.....

Tajuk entry kali nie.. 2R.. RIZQ & RUMAH

Dua benda utama aku nak update .

RIZQ

Wuisshh.. aku tak sangka. Kindergarten sekarang ni banyak sungguh homework. Berbeza dengan zaman aku dolu dolu... 30 tahun yang lepas bila ke tadika.. aku .. SEMPOI... Pergi sekadar nak jumpa kawan.. main main.. nyanyi nyanyi.. baca lebih kurang pastu balik umah.. Alangkah indahnya!

Tapi sekarang bila Rizq ke kindergarten (note.. nama pun dah tukar dari tadika ke kindergarten..) everyday ada jer kerja sekolah yang dia kena buat. Dah lah budak sorang ni "Teramatlah Rajinnya" nak buat homework.. Kena paksa and duduk depan dia baru dia nak buka buku. Pas tu kalo kaler pokok.. dari daun ke dahan.. ke batang semua nya kaler hijau. Kalau kaler orang pulak dari rambut, ke muka, kebadan semua kaler hitam.. Eeeee.. geram betul aku! Dah berapa kali ajar, masih camtu. Kalau tulis pulak.. nak cepat ajer. Asal siap. Pastu kelam kabut nak carik PSP dia.... Fenin kepala mokcik nie...


Ni last week. Ke Mid Valley.. Biasa ler melawat Mega Kidz dia tu...


Sempat bergambar depan sports car yang diminati


Ni daddy tak ada.... dia bergaya dengan spec daddy nya..



Kekonon buat homework

RUMAH
S&P dah sign. Loan pun dah approved. Tengah nak tunggu dapat green light dari land office. Ni takes time sket. Berbulan bulan prosesnya. Anybody ada orang yang dikenali di land Office Shah Alam?? Hee. hee.. Tolong ler.....
Lorong nak masuk ke kitchen






Bilik air bawah






Staircase






This is Rizq's bathroom. Yang semestinya dia tak akan gunakan sebab dia akan tido & mandi kat bilik mommy.. Sekadar nama Bilik Rizq...









Master bedroom




Bathroom kat Master bedroom..


View dari penjuru Master bedroom




Dining area.. pintu ke stor & staircase nak naik keatas..

Sila abaikan Rizq yang interframe dalam setiap gambar.. memang pak sibuk sket budak nie...










Monday, March 02, 2009

Woit! Tag Lagiiii????

What is your enthnicity?
Rasa rasa macam pan asian... tapi bila tengok idung jer... hancuss... pan asian kemana.. apa kemana.. idung sebijik jawa!



What are your interests outside of fashion?
Shop for food



Favorite musicians/bands?
Dolu dolu suka Backstreet Boys.. Now semua belasah jer. Asal sodap, semua aku dengar...


Favorite movies?
Tak ada citer yang boleh lawan citer MY BEST FRIENDS WEDDING..

What do you plan to study? What do you plan to do for a career?
Study? Aku teringin sangat nak amek class grooming.. belajar cara mekap... belajar cara nak gunting rambut... Tapi tak ada masa lah!

Career? Nak jadi kaya without any career... Rasa rasanya ada tak????


How often do you shop?
Asal hubby kata you nak beli apa beli... nanti I reimburse.. Hee... memang best.. Laju jer aku gi cari mana ada sale...



Do you have a job/work?
Memang ader..



How do you afford your clothes?
Apa lagi... hubby lah selalu belikan... Duit sendiri pun guna gak.. tapi lebih syiok bila ada yang sponsor... Haa..haa..haa...



How do people react to how you dress?
Phewiiittttt... (eh! leh caya ker???)



What are your summer plans?
Mesia tak ada summer....




**************************************Tag about cellphone



THREE NAMES IN YOUR INBOX CELLPHONE

Linda..Linda...Linda.. (Minah ni ex office mate aku... now stay at home mum.. so apa apa sket dia akan text aku...)



YOUR MAIN RINGTONE?
Tak ada yang main.. Rizq asek tukar tukar suka hati dia jer.

WHAT YOU DID AT 12 LAST NIGHT?
Turu..



WHO WAS THE LAST PERSON YOU WENT OUT WITH? WHERE?
Hubby and Rizq. Ke Tesco & Shah Alam Mall



THE COLOR OF THE SHIRT YOU’RE WEARING NOW?
Hari ni aku jadi Pompuan Melayu Terakhir. Pakai baju kurung biru...



THE LAST THING YOU DID?
Breakfast (curry puff)



THREE OF YOUR EVERYDAY FAVORITE ITEMS?
Kopi (kita sama lah Kiah..), Handphone (cant live without it), PC (terpaksa sebab keje...)



THE COLOR OF YOUR BEDROOM?
Off white - how..BORING!!



HOW MUCH MONEY IN YOUR WALLET NOW?
Banyak lah juger sebab awal bulan kan.


YOUR FAVORITE CITY?
Shah Alam.



WHAT WILL YOU DO NEXT WEEKEND?
Cuti 3 hari.. balik kampung hubby kat Melaka

WHEN WAS THE LAST TIME YOU SAW YOUR MOM?
Last 3 weeks....

WHERE IS SHE NOW?
Kat kampung - Teluk Intan



WHEN WAS THE LAST TIME YOU TALKED TO YOUR PARENTS?
Last 2 days....



WHO IS THE LAST PERSON THAT TEXTED YOU?
Linda jugek!


WHERE DID YOU HAVE YOUR DINNER LAST NIGHT?
Kat rumah - Masak udang sambal, kailan oyster sauce & telur dadar



THE LAST SURPRISE YOU GOT?
Macam dah lama tak ada surprise....



LAST THING YOU BORROWED FROM YOUR FRIENDS?
Calculator.. selalu bonar hilang benda alah ni...



WHO IS YOUR BF/GF OR HUSBAND/WIFE?
Who is my husband?? Cam pelik plak. Tak nak cakap ok tak??

WHAT DO YOU FEEL NOW?
Sleepy!



WANNA SHARE WITH WHO?
Share my sleepiness?? Isshh.. ada owang bleh share ker? Amek terus pun tak per!



WHO KNOWS YOUR SECRET?
Linda lagik! and Kak S...

DO THEY KEEP YOUR SECRET?
They have to make sure that they do....



ARE YOU ANGRY WITH SOMEONE?
Ada.. sorang manager kat head opis yang buat benda tak pernah nak menggunakan kapla otak...



WHAT DO YOU ORDER AT MCD?
Eee... baru lunch tadi gi makan McD. Nuggets jer....



THE LAST TIME YOU FELT SO SAD?
Dah lama tak feel sad.. and aku harap aku tak akan feel sad lah dalam masa terdekat ni..

Haaa... haa.. Aku dah habis tag cik Kiah nie... Apa ko nak belanja aku weiii????