Rasanya memang tak sempat nak mengupdate pagi ni. Tapi tulis jer lah sket. Lama sangat rasanya asyik citer pasal makan kan...
Started from Friday. Plan minggu lepas Sabtu nak balik ke Melaka. In law buat open house. Tapi tup tup Friday petang hubby kata nak balik ke Melaka Jumaat malam. Rasa cam hangin semacam coz kat rumah tu macam macam kena settlekan. Maklum lah maid tak der, so semuanya nak kena settle waktu hari Sabtu & Ahad. Baju nak cuci.. rumah nak kemas, nak mop, barang Rizq lagi.. macam macam!! Tapi bila di ingatkan syurga itu di bawah tapak kaki suami.. aku ikut jer lah. Aku kan isteri mithali!
Sabtu pagi, aku sibuk menolong mother in law aku didapur, while Rizq ikut daddy nya gi breakfast. Balik dari tu, Rizq dok mengadu perut dia sakit. "Tit nie..tit nie" sambil tunjuk kat perut. Tak lama lepas tu dia start to vomit. Badan dia lembik semacam. Tak boleh makan or hisap susu.. nanti semua keluar balik. So ari Sabtu tu, aku asyik melayan dia saja. Sabtu malam, lepas Rizq tido, aku & hubby keluar plak ke Hospital Putra, Melaka, tengok nenek hubby yang dah 11 hari terlantar kat sana. Demam.. tapi tak tau apa puncanya.
Ahad pagi, Rizq still muntah. We all siap-siap, after breakfast, berangkat balik ke Bkt Beruntung. On the way, singgah Damansara sekejap, tapau McD. Alhamdulillah hari Ahad tu, Rizq dah stop vomitting. Tapi still tak der selera. Nak main pun tak larat. Aku pulak sampai jer kat umah, sinsing lengan terus buat kerja.
Malam tu, aku pulak konk! Rizq 7:30 dah tido.. mummy menyusul pukul 8:00 dah tarik selimut. Lepas makan, aku tinggalkan jer meja. Hubby yang kemas, cuci pinggan etc. Aku betul betul dah tak larat!
Ni akibat Rizq asyik muntah atas katil lah nie. Berapa helai bedsheet aku kena cuci. Tu blom kira carpet & cushion lagi!
Hopefully hari ni dia ok....