Thursday, March 29, 2007

Hari Ini Hari Khamis

Eeee.... tak tawu nak cakap betapa syoknya aku minggu ni. Cuma satu hari aku bersua muka dgn boss iaitu hari semalam. Itu pun cuma separuh hari. Hari ini dia pergi course. Then tomorrow aku plak cuti. Pas tu next week dia cuti 2 minggu.. HEAVEN! Haa.. haa..haa.. korang tak jeles ker dengan kehidupan aku nie??

Malam tadi aku dah start pisahkan Rizq dari katil we all. Aku letak satu tilam kat sebelah katil we all. Ingatkan ok.. tapi last last aku ngan Rizq tido atas tilam, hubby sesedap atas katil. Dah la malam tadi tak tau kenapa si Rizq dekat pukul 12 malam baru tido. Meloncat sana meloncat sini, amek bedak tabur atas katil, amek handbag aku punggah, amek fon daddy dia bercakap sorang sorang.. last last hubby tutup semua lampu segelap gelapnya baru lah dia senyap. Agaknya budak budak ni tak tau erti penat kan... Penat mulut aku melayan dia. Tapi yang bestnya dia pandai picit aku. Lembut jer tangan dia tu.. hee.. hee...

Memula tu berat jugak hati aku nak pisahkan tempat tido. Tapi last week ajer dua kali dia jatuh katil. Naik benjol kepala kawan. Menjerit tengah malam. Kesian sangat aku kat dia. Tapi dia tido lasak sangat. Dah tak boleh control dah. Tu yang decide dia tido sendiri kat tilam bawah. Tapi aku rasa mesti kena amek masa lama supaya dia biasa dengan tilam baru dia...

OK lah. Tak der benda sangat nak mengarut. Esok aku cuti. So for the rest of you... enjoy the rest of the week!

Tuesday, March 27, 2007

Lelaki Idaman

Dah banyak yang aku blog pasal anak aku. Tapi aku jarang memblog pasal hubby aku kan.

So today aku nak citer serba sedikit pasal dia... anyway, dia bukan tau aku ada blog pun. So tak kisah lah kan...

When is the first time I met him?
I met him kat atas padang kawad waktu Kesatria kat ITM Shah Alam in year 1991. Tapi waktu tu blom bercintu lagi. Baru pandang pandang. Aku cuma jadik posmen dia ajer...

Where did he propose me to be his girlfiend?
Dekat food court bawah Dataran Merdeka. I don't think the food court still exist sekarang nie..

What is the most memorable moments waktu bercintun kat ITM?
Pergi study kat library together, makan nasi goreng kat gerai belakang Asrama Cempaka dan berpayung bersama sama waktu gi melawat gerai konvo.

Why did I like him (dulu)?
The feelings come naturally. Tak tau lah naper. Maybe he's cute...

Why did I love him (sekarang)?
He is a very responsible husband & father. Dan dia pun suka belikan aku present. Hee.. hee.. sebab tu aku suka dia! Dan lai satu.. dia tak pernah kata apa yang aku masak tak sedap. Semuanya sodap sodap belako...

When did he say he wants to marry me?
Bila erk! Errmm.. kalo tak silap waktu tengah belajo kat US dulu.. Menggatal tak habis kita orang nie!

When did we get engaged?
After we get our first month salary!

What is his bad traits?
Hubby ni angin sket... so kalo dia tengah marah, diamkan jer la. Nanti dia cool sendiri.

What is his dream car?
He never mention it to me, but by the way he looks, I know that he dreamt for a bimmer.

Ok la tu. Tak leh ler dedah banyak banyak sangat kan.

N.B. Aku paling suka bila tengok hubby pakai spec. Boleh jatuh cinta sekali lagi. Tapi dia cuma pakai spec waktu driving at nite or kena attend course and terpaksa dok kat belakang. Rabun jauh laki aku nih!

Thursday, March 22, 2007

Already Thursday..

What to blog about today??



Baru lepas jenguk blog IBU. Ada gambar the heroes tengah main shower.....How I wish Rizq pun ada siblings that he can play with! I pity him... really pity him. Asyik main dengan Tina ajer. Mummy and daddy selalu balik lambat. Mesti dia boring asyik main benda yang sama. Nasib baik Tina ni jenis yang rajin melayan... Asyik ikut cakap Rizq. She never says NO.



Kalau ditakdirkan umur my eldest dulu panjang... he is now about 5 years old. But cuma 7 / 8 minggu aku berpeluang mengandungkan dia. Its an ectopic pregnancy and the doctor had to abort him. Dah lah aku memang jenis yang susah nak get pregnant! Sedih... sedih.... But what to do? There's always a hikmah behind everything.....


He is now my everything...




Tuesday, March 20, 2007

JALAN JALAN HUJUNG MINGGU

Aku sudah kembali!!!!

Bukannya apa. Semalam aku sambung bercuti. Apa aku buat?? Ni kat bawah aku ceritakan kegiatan kegiatan aku sepanjang coti 3 hari yang lepas.. beserta gambarnya sekali. For those yang nak tengok gambar yang lain lain, silalah ke fotopages aku erk!
Sabtu, 17 March 07
Check-in ke PNB Darby Park. Dari dalam khete lagi Rizq dah kata nak swim.. nak swim. Tak larat aku nak menjawab dia spanjang perjalanan dari Bkt Beruntung ke KL. So after check-in, unpack.. then terus ke swimming pool. Me and hubby kat adult swimming pool, while Rizq Tina jaga kat the wading pool.
Petang sikit, after dah swim and so forth, pergi KLCC plak naik LRT. First time Rizq naik lrt.. tapi dia tak berapa excited because all the way from Ampang Park to KLCC was dark Tak nampak mender. Hee....
Baru round beberapa minute, Rizq dah tertido dalam stroller. Ini memudahkan mummy & daddy nak makan and shopping! After about one hour Rizq pun terjaga... so terus bawak dia ke park. Bersungguh sungguh dia main!
Balik ke apartment, jalan kaki jer. Tak sangka plak dekat! After maghrib, pergi dinner kat Lotus. Hubby dah malas nak drive. Makan.. makan..makan... then we all pun balik nak kejar AF5 punya konsert. Tapi menghampakan.
Aktiviti malam tidak dapat diceritakan sebab it is rated only for above 18 years of age.
Sunday, 18 March 07
Pagi pergi breakfast kat cafe apartment. Lepas tu... activity swimming pun bermula lagi sekali. Pagi ni my sis and anak saudara join the club kat apartment.
Check-out tengahari. Kebetulan pulak hubby punya kawan buat makan makan tengahari ni.Dia baru pindah ke Bukit Mahkota. So apa lagi... kita orang pun seronok la bila ada makan free cenggini!
n.b The one thing I cannot forget..bila Rizq cakap "Dizq tuker duduk umah tini (Rizq suka duduk rumah sini" Hee... apa dia ingat banyak duit mak dia nak beli apartment kat tengah KL nih!
Monday, 19 March 07
Hari ini dikhaskan untuk aktiviti bersama kawan kawan. Semuanya ada dalam gambar kat bawah nie.
We all pergi shopping ke Nilai 3 (HEAVEN!!) and pergi naik cruise (lunch on board) kat Putrajaya. Such a unique experience!
Ni pagi... baru sampai kat Nilai 3

Ni mummy Rizq dah start membeli


Dalam kedai carpet pun jadi. Jangan tak tawu.. we all memborong carpet. Tawar habis habisan sampai more than 50%. Bangla tu pun surrender. Nak tau apa dia kata? "Good business but no profit!" Hee...


Dalam cruise


Berposing lagi mak dara nie...


Swimming pool, PNB Darby Park

At KLCC park



Mummy & Rizq

Daddy & Rizq

Till then.. bye!


Friday, March 16, 2007

Plan For The Weekend!

Lip lap... lip lap... dah hari Jumaat. Esok hari Sabtu.. YABEDABEDOOO!!! Rest day untuk aku!

So apa plan korang semua this wiken? Tadi aku dah book PNB Darby Park untuk stay for this wiken. Saja nak bawa Rizq jalan jalan. Kesian kat dia. Asyik terperuk kat rumah ajer.

So ingat after checking in petang esok, nak bawak dia ke KLCC. Then petang tu boleh lah ke park dia... Best jugak kan!

Early malam, mungkin nak kuwar dinner. After that nak ke umah kakak aku menumpang tengok konsert AF5. Habis AF5, balik apartment, tidokan Rizq... Anak sorang tu tido ajer.. aku nak tinggalkan dia dengan Tina, sambil aku and hubby mengular.. heee.. hee.. bestnya! Dah lama tak keluar malam dating dating ngan hubby.

To the rest... ENJOY YOUR WIKEN!

Wednesday, March 14, 2007

CONGRATULATIONS!

Congrats to mamarisya (MR) coz sudah melahirkan
seorang baby girl semalam melalu tingkap...
Semoga dia & baby
sihat sihat hendaknyaaaa....

Monday, March 12, 2007

Eee.. lambatnya lagi nak dapat gaji!

Citer Anak

Haa..haa.. ni gambar Pak Aji I sorang kat rumah tu. Dah besar dah anak mummy nie. Dah makin banyak kerenahnya everyday. Segala apa yang dicakap semua nak buat orang ketawa. The face is full of expression. Kalau cakap siap dengan tangan, muka, mata... semua bergerak. Siap dengan gaya kalau nak cakap sesuatu. That's why I found it very interesting to interact with him. Mummy & Daddy luv Rizq very much!


Citer Tina

Semalam si Tina ni dok memotong dahan pokok bunga kertas kat belakang rumah. Pukok tu dah besar sampai dahannya jatuh menutup jalan. Dari pagi sampai ketengahari. Tengahari aku soh stop sebab hari panas sangat.

Lepas makan & cuci pinggan, aku, hubby & Rizq naik kebilik. Solat... and then aku pun tidurkan Rizq. Terjaga dah pukul 5 petang. Hubby nak makan pengat pisang pulak petang tu. Turun kedapur aku tengok pintu belakang terbuka. Pas tu aku dengar suara si Tina. Dok gelak gelak. So aku rasa ni mesti tengah bersembang ngan maid belakang. Tetiba aku dengar dia panggil aku. "Ibuk..ibuk.." Aku pun menjengah keluar umah. Tak pulak nampak kelibat dia. Cari punya carik nampak dia kat atas pokok. Aku kata kenapa? "Ibuk.. saya nggak bleh turun nie.." "haa..haa... ko pandai naik, ko turun lah sendiri Tina" aku kata.

Nak tak nak, dia terpaksa terjun gak. Naseb tak jatuh masuk longkang!

Got this from a forwarded email.. So which category are you in??

Between the ages of 15 - 20
A woman is like Sabah. She is half discovered, half wild.
Between the ages of 20 - 30
A woman is like Putrajaya, fully discovered and scientifically perfect.
Between the ages of 30 - 35
She is like Kelantan, very hot, wise and beautiful.
Between the ages of 35 - 40
A woman is like Johore. She is half destroyed but still desirable.
Between the ages of 40 - 50
She is like Kuala Lumpur, old but still got hope.
Between the ages of 50 - 60
She is like Sarawak, very wide, very quiet but nobody goes there.
Between the ages of 60 - 70
A woman is like Malacca, with a glorious past but no future

Thursday, March 08, 2007

CERITERA SEMALAM...


Haa... gambar kat atas ni aku amek semalam. Waktu ni tengah Q nak amek makanan kat ofis. Itu muka lapar namanyaaa....

Actually waktu ni baru lepas AGM our Sports and Recreation Club. Club ni ditubuhkan lebih kurang 6 or 7 years ago where me and a few other friends are the perintis or pioneer. After beberapa lama memegang jawatan, we let new people to drive the Club.

Tapi semalam waktu kat AGM, orang orang lama divote kembali untuk head the Club. So terpaksalah, aku sekali lagi memegang jawatan Secretary...

Actually memang dah malas. Tapi disebabkan derang memberi kepercayaan kpd we all untuk head the Club again, we will do our best for the staff!

MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA!!

Monday, March 05, 2007

What I Did Last Weekend...

Sabtu pagi, 3 March 07, aku tak tau nak buat apa. Pikr pkir, aku pun bersiap and drive to my sister's house in Desa Pandan.

Sampai kat sana, aku breakfast kat umah kakak aku. Pas tu aku mengurut kaki guna ISqueeze Ogawa dia.. aaa.... leganya rasa. Rehat rehat sambil memikirkan mana nak mengular nie. Tetiba plak ada orang datang nak amek biodata maid. Kakak aku ni buat bisnes maid. So terpksa plak tunggu. Settle semua dah tengahari.

Then we decided to go to PD jalan jalan.

Sesampai jer, we all terus carik kedai makan. Perut dah menjerit jerit minta diisi... Jumpa satu restaurant, we all belasah jer la. Lauk yang tak sedap pun, tapi bila dah lapar, semua telan jer.

Abis makan, we all ke the Store plak. Kat situ Rizq main kat indoor playground. Bukan main suka hati dia lagi melompat lompat. Sambil Tina jaga Rizq kat situ, aku gi membeli belah sket... Anakku ada buat sale pulak tu! Untung lah si Rizq.

After about one hour kat situ, we all pun bergerak ke pantai. Jalan jalan, makan makan, sanp some photos.. and tetiba hari pun start hujan. Angkat bungkus, masuk khete dan tak lama pas tu, we all pun bertolak balik ke KL.

Abis lah setengah hari percutian kat PD.


Rizq and his cousin, my sister's son (DD) kat pantai



Tina, DD & Rizq in action


Rizq yang tak pernah main pasir



Sedih... dah kena balik...

Friday, March 02, 2007

SELAMAT............


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU....

SELAMAT BERISTIREHAT DENGAN KELUARGA.........

SELAMAT BERSHOPPING............

SELAMAT BANGUN LAMBAT......(tapi kena lah bangun subuh dulu!)

SELAMAT MAKAN MAKAN............

DAN SELAMAT SEGALA-GALANYA.......

JUGA...!! SELAMAT TINGGAL SORANG SORANG UNTUK AKU SEBAB HUBBY DAH KE MEDAN!!!! HUAAARRRGGHHHHHHHHHH!!!!

Wednesday, February 28, 2007

BLOG BARU

Hari ini dengan resminya aku dah wujudkan satu blog baru http://mummyrizq.blogspot.com.

This blog is dedicated for my recipes yang tak seberapa giteww.... Jadi ibuk ibuk di luar sana yang sememangnya pakar memasak boleh lah sama sama kita bertukar tukar resepi sesama sendiri. At least tak der lah kita masak masakan yang sama setiap hari. Nanti boring pulak kan.

Now at least boleh lah kita tukar selera tanpa perlu keluar ke kedai makan. Masak sendiri lagi sedap kan - GORENG PON SODAP.....

Lagi satu, tips kalau kita nak rasa yang masakan yang kita masak tu sedap... hidangkan makanan tu ikut style kedai. Guna pinggan yang bersih & cantik (tak semestinya mahal). Susun meja cantik cantik.... Hias dengan bunga sket...

Pas tu tengok la. Mesti suami & anak anak berselera nak makan....

Selamat Mencuba!

Monday, February 26, 2007

Fourth Week of February

La ni aku tengah dok menghirup kopi panas yang baru ajer di hantar oleh kakak tea lady tu. Sambil cicah ngan potato bread aku beli kat Tesco Ampang time lunch tadi. Nak kata lapar, tak juga sebab lunch time tadi baru lepas pekena JM Beriani. Tapi tak tau la. Mulut ni asyik nak mengunyah ajer....

Tak tau apa nak merepek ni tapi boss still coti coti raya cina. Rugi rasanya masa ni dibuang begitu sajer tanpa mengupdate blog. Sementara ada masa, baik aku tulis sesuatu kan...

Apa yang aku buat wiken semalam? Hari Sabtu pepagi aku kepasar dengan hubby. Memang normally aku akan kepasar setiap hari Sabtu nak stock-up fridge. This week kena beli banyak sket sebab next week hubby tak der from Friday to Sunday. He will be going to Medan with his friends for a golf trip. Tinggal lah aku dengan Rizq ajer. So aku pun kena buat plan aku sendiri la nampak gayanya.

Dalam pukul 10:00a.m. aku, hubby, Rizq and Tina berangkat ke Mid Valley. Tujuan utama aku kesana sebab nak buat groceries. Hujung bulan lah katakan... Then terlanjur kesana, aku carik perfume sebab aku nya dah nak habis. Nasib baik itu hari boss kasik ang pow. So lepaslah duit perfume tu. Hee..hee..hee...

For lunch, we went to Chili's. Dah lama tak pekena "Triple Play". Err... sedapnya! Tina yang tak makan benda benda pelik selain dari nasi pun aku paksa makan jugak. Gasak ko le Tina! mana plak aku nak carik nasik kat Chili's kan!

Balik.. petang cuma rehat rehat kat rumah. Malam, aku masak kue teow goreng ajer.

Ahad plak, pagi aku buat burger for breakfast. Tengahari masak asam pedas ikan tenggiri, sotong goreng bodo and sayur campur jer. Petang buat pengat pisang nangka.

Weather ok plak petang tu, so bila hubby nak pergi range, we tag along to the clubhouse dan bawak Rizq gi swimming. Excited giler mamat tu. Bukannya tau berenang pun, tapi seronok main bola dalam swimming pool jer.....

Itu lah serba sedikit citer wiken aku yang tak seberapa. Till then...Mmmmmuuuuaahhhh!!

Thursday, February 22, 2007

Update Bergambar

A fren of ours will be resigning soon. Sob.. sob.. memang sedih. Got the news last week, and since then we all dah bersedih. Aku sendiri dah berapa kali round dah menangis!

So tomorrow is her birthday. Today, with a few other frens (8 orang wanita yang blom sedar diri) cuba membuat surprise lunch for her.... which turns out NOT too surprise because she caught us before we all menjerit "SURPRISE!!!!"

Our lunch today was at Tykoh Ingiku - one of the most popular Japanese Restaurant in KL.

Food was nice.

So kat bawah ni gambar gambar yang dapat ditangkap sebentar tadi...



She is the one second from left


This is what I have. ..Seafood Teppanyaki


From another angle.


8 orang (termasuk 2 kanak2 Ribena) yang blom sedar diri...


Haa.. this one better! semua ready..


Me and a fren yang dah resign earlier. But we still keep in touch (regularly!)


The birthday cake



Salad & egg custard yang dah licin..




Birthday girl tengah potong kek..

Ok. Back to work now....

Wednesday, February 21, 2007

WEIRD!!!!!!

Aduhhhhhh... kengkadang susah jugak nak memikir kan apa yang weird mengenai diri sendiri ni kan. Bagi diri sendiri rasa benda tu dah biasa dengan kita, but may be for other people, it IS a weird thing!

Tapi disebabkan boss aku masih coto coti raya cina, so aku ada masa lah nak memikirkan benda benda weird yang biasa aku buat. So bear with me...ok!

RULES: People who are tagged should write a blog post of 6 weird things about them as well as state this rule clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. Don't forget to leave a comment that says 'you are tagged' in their comments and tell them to read your blog.

1. Setiap hari aku mesti, tak boleh tidak, mesti shampoo rambut aku ni haaa... Kalo aku tak basuh rambut, aku rasa fening... sakit kepala... sticky.. semuanya ada. Ada orang pernah tanya aku, aku ni mandi W****B ke setiap hari? Isshh.. haru betul! Apa derang ingat kalo basuh rambut jer, maknanya aku **tuuutt*** lah yer! Kureenngg.......!

2. Kalo nak tu... nak jugak! Hubby kengkadang fening dengan aku ni. Aku kalo nak sesuatu tu, mesti nak jugak. Tak boleh kata nanti, tak boleh kata no... Aku mesti nak jugak barang yang aku hajatkan tu. So sekarang aku nampak Rizq sudah pun mewarisi perangai aku nie... BRAVO son!

3. Bilik air adalah segala galanya. Even though bilik air kat rumah aku tu, tak der lah besar. Normal size for a two storey link house. Tapi aku suka hias bilik air. Aku sangkut frame gambar, aku taruk vase, aku taruk bunga... Aku happy kalau bilik air aku cantik. Aku suka mandi lelama. Tapi sekarang ni susah sket nak berla lamaan dalam bilik air coz Rizq selalu nak ikut aku masuk sekali... Paghah budak sorang nie!

4. Fobia bila tengok rambut bertaburan. Aku ni tak suka & tak boleh tengok kalau ada rambut jatuh merata rata atas lantai atau atas karpet ker. Aku sanggup merangkak rangkak atas karpet mencarik rambut aku yang jatuh... Issshhhhhhh....
5. Haa... sesiapa yang lapar & perlukan makanan segera, bleh contact aku. Dalam drawer kat opis ni macam macam makanan ader! Dari mee maggi, chocolate, biskut, potato chips.. semua nya ada. Aku memang suka mengumpul makanan kat opis. Bukannya apa... senang kalo tetiba lapar, bleh tarik drawer and pilih saja. Boss boss aku pun suka sebab kalo anytime derang lapar, derang mintak jer kat aku.
6. Last but not least.... aku suka makan fast food. Kalo everyday orang ajak aku makan fast food, aku ok ajer. terutama pizza & McD. Errmm.. lazat! Sungguh lazat!
Hee..hee.. now comes the time for me to name 6 persons. Jadi.. IV, alinlai, dot, irfa, MR, & Ontahsapo... sila sila lah yer.....

Friday, February 16, 2007

GONG XI FA CAI!

Banyak dapat limau kengkawan??? Ang pow? Kacang ?

Untuk aku kat opis nie.. limau banyak dapat. Berkotak kotak! So aku sampai dah tak larat nak tengok limau lagi. Kiri kanan atas bawah.. semua berbau limau. Ang pow pulak normally boss aku bagi lepas balik dari cuti. Agaknya duit duit lebih dia gi holiday tu, dia layangkanlah kat aku. Hee..hee...

So, cuti panjang ni kemana semua? Sebagai menantu mithali, pepagi esok aku akan bertolak balik ke Melaka. Kalau lambat takut jem pulak nanti. Petang esok pulak ada makan besar..haa..haa.. bukannya apa. Father in law aku nyer birthday 14 Feb yang lepas. Blom celebrate lagi. So this wiken, semua anak & menantu (read: kesayangan) balik baru lah boleh celebrate. Kat mana? Tak tahu lagi...

Untuk lelain yang nak travel tu, silalah pandu dengan cermat supaya semua jiwa selamat.... pandu ikut peraturan, bukan perasaan, OK!

Perkembangan RIZQ

Alhamdulillah, now dia dah sihat. No purging and no fever. Itupun after one week baru ok. Selera makan dia dah bertambah sekarang. Aku kasik dia makan Appeton untuk kanak kanak. Tadi pagi aku kol tanya Tina apa dia makan.. sekeping roti canai (segera) & sebotol Gerber. Makan tengahari pulak dia suka makan nasi dengan tempe... (aduss.. anak aku dah jadi orang Jawa nampaknya). Dekat rumah tu memang ada stok tempe & tauhu untuk Tina sebab itu makanan ruji dia. Hubby kata save duit dia sebab habis habis pun Rizq akan mintak tempe.. dia tak akan minta KFC ker.. Pizza ker... Ciss...! Sungguh kureng betul! Kesian anak aku tu.....

Perkembangan Aku

Aku semakin kembang ke tepi! Haa..haa... Wei.. scemana nak reduce berat nie? Bila lah aku nak dapat balik berat asal aku sebelum beranak kan Rizq. Now I am 56kg.. another 3kg more to go. Lemak seakan akan tepu!

TULLLUUUNNGGGGGGGGGGGG!!

Monday, February 12, 2007

Apa Sudah Jadi???

3-day Course

I attended a 3-day course dekat Royale Bintang. title of the course is "Developing True Potential". I can say that it's the best course I have attended so far!!!

This fascilitator managed to dig out what's inside us and share it with the rest of the class. Even the most reserve person in the Company has willingly share his / her emotions with us. Very amazing! Maka banyak lah berlakunya banjir banjir kilat dalam kelas tu.

The other thing that I gained from the course is the confidence to voice out our feelings and also to make a public speaking.

But the BEST thing I discover is that we can do what we want! It's all come from our own attitude. We have to change our attitude to change the others. If others won't change, let them be. But if we are ourself is a positive thinker, we wouldn't care if others change or not. We would be happy of what is there for us.

Rizq

Rizq has been sick since last Wednesday. Fever and purging. And until today he still purged. Dah dua kali jumpa doctor, tapi belum sembuh. Kesian sangat tengok dia. Dah lah kurus, tak suka makan. Tambah pulak purging! Makin susut dah badan dia.

Dok main handphone mummy... ni sebab tak nak kasi dia nangis..


Asyik lagi dengan handphone


Pose la sket.. senyum macam tak nak senyum..

Ok setakat ni jer dulu laporan dari bilik berita.



Tuesday, February 06, 2007

COURSE

- ATTENDING A 3-DAY COURSE AT ROYALE BINTANG HOTEL-
Will be back this Friday.
mmmuuuuuuuuaaaaaaahhhhhhhh.. to all!

Friday, February 02, 2007

Good To Be Back..

Hi all!

This is me. Back to the office safe and sound.

Pagi ni nak kena settle kerja dulu. Later this evening I can story what happened in Kelantan. In the meantime, please do enjoy the photo jer dulu erk!


Ni kat LCCT. Bergambar sebelum departure.


Ni gambar baru sampai kat airport Kota Bharu. Cam apa jer. Depan plane pun nak bergambar.


Tengahari, waktu makan kat Pantai Sri Tujuh.


Me & kak Suzana.


Ni gambar Rizq semalam.


Ni, mummy & Rizq!

Sambungan (4.44p.m.)

Ok.. aku mulakan dari pagi. Bangun tido kul 4:30 pagi sebab kena ada kat LCCT pukul 6:30a.m. Cam nak gi menoreh lah pulak rasanya.

Tiba kat LCCT, member semua dah ada. 7 of us (originally 8, tapi yang sorang tu terpaksa pull out last minute coz hubby dia muncung!!) After breakfast kat McDonald, we all pun check-in. Pagi ni flight awal 10 minit. So we all pun sampai ke KB awal jugak.

Sampai jer kat KB, dah ada van & driver tunggu. Ni memang we all dah arrange awal awal. Happy happy semua, we all pun bertolak ke Pengkalan Kubor. Sebelum tu singgah kat Petronas amek minyak. Selesai jer isi minyak, tetiba van tak leh start. Pulak dah... Buat hal kat tengah tengah ni. Rupa rupanya tak ada battery. Menebeng lah we all 7 orang gadis genit ni kat tepi Petronas. Orang lalu lalang pandang jer.. Hee..hee..

After 1/2 hour, semua settle. Battery pun dah ditukar. So, off we went to PK. Dalam 45 minit sampai...

Kat PK, aku cuma beli baju tido Rizq, baju tido aku & jeans GA tok laki aku. Ni dapat jeans ori. cam tak caya jer. Lagi satu aku pun beli corning ware yang 6 pcs tu. Kat Parkson rege dia RM499. Kat sana aku bleh dapat RM199 jer! Mughah kan!

Habis bershopping around noon. Terus ke Pantai Seri Tujuh untuk makan tengahari. Tak banyak gerai yang bukak. Gi sana makan colek ajer.

Habis makan, we all ke Pasar Buluh Kubu / Siti Khadijah. Biasa lah. Kalau dah kesana, beli lah keropok, buah dukong, tudung & baju kelawar. Hee..hee... Tudung dia mughah sungguh!

Shopping nyer shopping, tak sedar ari dah petang! Its time to say goodbye to KB. Flight back is at 5:00p.m. So we have to be at the airport latest 4:00p.m. Sedih gak nak balik... Dalam van we all tu dah penuh dengan kotak kotak. Duduk pun atas kotak. Ni ler akibatnya bila mak mak dara pergi bershopping....

Monday, January 29, 2007

BZ

SEDANG BERHIBERNASI DI BAWAH TIMBUNAN FILE FILE & A4 PAPER....
HOPEFULLY CAN BE BACK BLOGGING THIS FRIDAY!
P/S GOING TO KELANTAN FOR SHOPPING SPREE WITH FRENS THIS WEDNESADAY.. HEE..HEE.. HOPEFULLY WEATHER OK!!!

Monday, January 22, 2007

Carca Marba

Hari baru...Minggu baru... tapi tak ada yang baru yang nak aku ceritakan kat sini. Dah seminggu tap update blog. Asyik ronda ronda masuk blog orang ajer. Bukannya apa. Kering idea nak tulis apa dah!

Last wiken tak der apa yang menarik yang dibuat. Cuma melayan Rizq kat rumah ajer. Dia dah semakin banyak cakapnya. Now aku & hubby cuba nak memahamkan apa yang dia cakap jer.

Contoh contoh perkataan Rizq:-

1. Tomen - Ultraman / Superman
2. Brrr - Susu botol
3. Nanana - Susu cap gantung
4. Ti stim - Roti stim (feveret food)
5. Tutup, boleh, kakak, mummy, daddy, bola etc - ni semua cakap dah clear

Aku & Company

Dah nak masuk 9 tahun aku ngan Co sekarang ni. Dari dulu aku memang tak tahan ngan boss aku nie. Angin dia angin ribut taufan. he likes to ask for something yang aku rasa tak logik. Tapi somehow or rather, aku jer yang tahan dengan dia. Driver dia semenjak dia masuk keje dah bertukar 7 kali! Orang bawahan dia pun dah baper kali bertukar. Cuma aku yang tetap bertahan. So semua colleague aku kata cuma aku yang boleh paham dia. Mungkin aku ngan dia ada chemistry. Bukannya aku tak pernah kena marah! Kena macam macam. Tapi aku style yang masuk telinga kiri, kuwar telinga kanan. Aku ni jenis yang tak makan saman agaknya. So aku masih disini. Satu yang aku respect boss aku ni sebab dia jenis yang cepat marah & cepat cool down. DIa jenis yang ingat staff. Kalau time CNY tu aku mesti dapat angpow yang kaw kaw punya. Kalau dia gi oversea (which in a year a few times dia gi holiday), dia mesti belikan aku or Rizq souvenir. Dan kalau time increment or bonus, dia recommend aku yang best! Mungkin sebab tu aku masih disini.. Agaknya sampai pencen lah nie.. Hee..heee...

Hubby

Hari ni hubby cuti sebab Company dia kasik replacement leave for Maal Hijrah hari Sabtu itu hari.. bestkan! member apa lagi! Gi memukul lah. So aku dipaksa amek half day leave coz dia habis memukul tengahari.... So.. nampaknya I will be in the office only sampai pukul 1:00. After that.. bye bye all!