Monday, June 16, 2008

Simah Was In Town

A very memorable wiken...

But first and foremost.. I must say this!

TQ..TQ..TQ so much Ibu & Family for the lovely BBQ. Me and hubby LOVE your house so much.. Cantik sangat!!

And for Simah & family, it was kind of you to give us some of your time to travel all the way to Rawang to meet us. I can feel the warmth even though that was the first time that we met. (p/s eehh.. Simah.. mana ada hang gemuk! OK lah tu.....)

There's another blogger and fren which were also at the BBQ. But I didnt really get your name. So sorry... tapi terima kasih bebanyak sebab sudi melayan Rizq!! Sampai ke rumah dia still ingat you tau!

Rizq was enjoying himself soooo much! Seronok dia main dengan anak anak Ibu. Yea lah.. normally dekat rumah asyik main dengan daddy, mummy or kakak Tina jer. Jarang ada kawan yang sebaya.

I hope that day wont be the last meeting ok! Really hope that we can meet lagi in the near future.

TQ again for the lovely tea & BBQ!

Menus on the dining table.. nasi impit & rendang


Wow.. this is superb! Crab yang Ibu masak.. nak resepi boleh ker????


Simah in action.. tengah amek gambar makanan... (like other bloggers always do.. hee. hee..)


Me and Simah..



The one & only Rizq...! Main tak hengat dunia dah... at the back was anak anak Ibu yang cute & comel..!

Monday, June 09, 2008

SATU HARI DI HARI MINGGU

Minggu ni daddy dah book nak main golf kat Kota Kemuning on Sunday. So mummy & Rizq pun paksa daddy keluar bawa we all jalan jalan on Saturday sebagai ganti Sunday tu.



Ke mana we all???? Tak jauh. Lepak lepak kat Shah Alam jer...



Saturday morning ke Holiday Inn Glenmarie for breakfast...



Rizq and daddy depan hotel dekat car park..




Rizq tengah tunggu makanan




Tu dia.... sodap sungguh!





Muka mengada-ngada....


Dah habis kenyang makan segalanya... operasi shopping baju raya pun bermula.. Kami ke sini....


Best..... Murah murah kain kat Alta Mode Seksyen 13 Shah Alam nie... Tahun ni tema baju raya we all i s gold.. sedondon giteww.. hee.. hee...




Ni aktiviti pagi Ahad pulak... Celik jer mata..


"Mummy Dizq nak main computer game..."




After main computer game, aku paksa dia mandi.. and dalam hujan renyai renyai tu aku seret dia pergi brekfast kat Kopitiam. Tu pun dah dekat pukul 10 pagi...


Petang pulak...


Tergolek lagi depan playstation pulak.....




Thursday, June 05, 2008

SEKADAR UPDATE

Tak lama lagi cuti sekolah pun dah nak habis. Ofis masih lagi lengang. Buat kerja pun rasa cam aman jer.. hee.. hee.. Boss pulak amek block leave (5 days in a row).. So bertambah tambah lah keamanan..

Cumanya pagi tadi bebudak ofis ni heboh & kecoh pasal kenaikan minyak.. Aku no komen.. Cakap bebanyak pun bukannya kerajaan nak turunkan harga minyak balik kan... So just live with it laaa. Nak buat macam mana. Berjimat lah mana mana yg patut...

Ah! Lagi satu.. Bulan August cuti sekolah ni aku dah confirm nak ke Kuching, Sarawak. Flight ticket & hotel dah book. Will be there for 4 days 3 nites. Lepak kat Damai Beach. Hubby nak bergolfing. So aku just cuti cuti Malaysia lah nampaknya.

Rizq pun now dah besar. Dah senang nak jaga sikit. Cuma kenakalan nya di tahap terlampau sekarang nie. Selalu kena belasah dengan aku.. hee.. hee...

Tuesday, May 27, 2008

Balik Kampung

Erm... lately ni macam aku kekurangan masa nak update blog dan jugak nak melawat ke blog kengkawan. Tak tahulah... its whether aku terlampau banyak kerja sampai tak ada masa or diri aku sendiri yang dah lemau.. hee.. hee...

Last week balik ke kampung aku kat Teluk Intan. Best sebab semua abang and kakak aku pun balik sama. Mak aku pulak dah semua anak anak ada dirumah.. macam tak menang tangan nak masak. Kalau boleh segala galanya dia nak masak nak tamu anak, menantu & cucu yang balik tu. Puas aku makan rasanya.

Tak cukup dengan makan kat rumah, hari Ahad sebelum balik ke rumah aku... mak masak kan bekalan untuk we all semua. Ada kari daging, masak lemak ketam, sambal udang etc... Seronok aku coz lauk lauk tu aku boleh freezekan & makan untuk minggu nie.. Dasar.... dasar pemalas kan!

Kalau dah balik ke kampung tu yang paling jadi perhatian ialah anak aku Rizq. Dia cucu yang paling bongsu.. so semua orang akan jadikan dia tumpuan.

Waktu nak balik tu, macam biasa semua orang akan suruh dia salam & masing masing nak cium dia.

Boleh dia kata" Eee... kenapa nie nak kena sayang banyak banyak sangat nie?"

Lepas tu abang aku saja usik dia hulurkan duit kertas seringgit... dia balas "Rizq tak nak yang ini.. Ini one only... Rizq nak one zero!"

Hee.. hee.. budak budak pun dah kenal duit kan...

Lepas tu malam tadi pukul 2:40a.m... tetiba jer aku dengar suara dia..

"Mommy.. cepat lah... ni dah kular dah ni.. ceparlah mommy.. dah kular dah nie"

Ingatkan apa benda nya yang dah keluar... aku raba raba rupanya member dah terkencing atas katil.. ermmm.. parah lah mommy ari nie...

Tuesday, May 20, 2008

GOLFER.. IN THE MAKING

Long wiken.. Nothing much to do.

In-laws came and visited us.. adik adik ipar sekali semua ada. So aku busy melayan derang and memasak jer lah.

Sabtu petang ke Shah Alam Mall. Rizq main game kat arcade yang kat bawah tu. Aku tinggalkan dia dengan Tina kat situ.. while aku & hubby ke Giant beli barang rumah sikit coz nak prepare tok in law. After habis siap semua dekat Shah Alam Mall, bawa Rizq ke Taman Tasik.. playground tu memang Rizq suka. Berpeluh peluh dia & Tina dok main.

Ahad kat rumah saja.

Monday petang hubby nak ke range. So aku & Rizq pun ikut sekali. Rizq ni dok tengah mabuk main golf. Ni kat bawah aku snap gambar dia waktu tengah memukul.....







Amacam.. bleh jadik Tiger Woods Jr tak????

Monday, May 12, 2008

++ XX --

Masak Lemak LALA. Menu for last Saturday.. Amacam..?? Lazat tak???


Thanx for all your comments.. Cant reply at the moment...


Now tengah bz preparing for this months salary. Kena process cepat sket coz next Monday is a holiday. Nanti gaji lambat marah pulak staff betul tak!!


Then kepala pun tengah celaru sket.. Manusia mana yang tak dihurungi masalah kan.. Its just the way we have to solve our problem. Kalau boleh aku malas nak ingat benda benda yang menyesakkan kepala aku nie. Itu.. kalau boleh.. tapi ini tak boleh. Nak tak nak.. you have to solve it jugak. Semoga Tuhan tabahkan hati aku hari ini & selamanyaaa....


Hari ni dapat invitation from Simah for the BBQ organised by *ibu* this coming 14 June. Really hope that I can make it to the BBQ. Teringin nak jumpa blogger blogger yang selama ni cuma bercakap di alam maya....


Monday, May 05, 2008

What I Cook Yesterday

Minggu cuti yang panjang aku cuma habiskan kat rumah jer. Kalau dah kat rumah tu.. apa lagi.. memasak jer lah kejenya. Dari breakfast, lunch, tea and dinner...

Ni kat bawah menu aku on Sunday.


Udang kari campur potato, carrot & tomato.


Nasi minyak.. (tapi tak serupa cam nasi minyak pulak gayanya)..


Tetiba plak ada gambar nie. Rizq lah nie yang tengah giler amek gambar semua benda dengan fon aku...


Ayam goreng berempah...

Tak ada cerita nak update at the moment....

See you later alligator!


Wednesday, April 30, 2008

SELAMAT BERCOTI SEMUA...

Olllss....... Selamat Bercuti Semua. Esok apa plan kengkawan?

Aku esok maybe tak kemana. Friday aku akan sambung lagi cuti aku. Sebabnya??? Hubby ada golf. Tapi aku nak ke Bangsar Village II. Nak shoppingggg!!!!!! Yes! Yes!!! FJ Benjamin ada warehouse sale.

The last round aku beli La Senza bebanyak & Guess handbag... Memang worth it. Worth sesangat... Bayangkan kalau nak beli kat kedai time tak sale. Memang bengkok makcik. So ni aku nak gi lagi nak borong La Senza lagi. So sesaper yang nak beli memang aku advise, gi lah Benjamin Warehouse Sale ok!

So.. till next week.. mmmmmmmmmmuuuahhhhhhhhhhh!!

Monday, April 28, 2008

Kedai Runcit

Dari kiri & pusing ke depan: Kacang Koah Kae chicken flavoured, Twisties cheese flavoured, Danhua Cake, Twisties (ni tak ingat apa flavour), Chocolate Merci Petits, M&Ms plain, Rocky strawberry flavoured, Chipsmore & Mamee.


Ni pulak: Kit Kat, Cadbury yang dah bukak sarung, Cadbury yang blom bukak sarung, Ferrero Rocher, etc...


Hi! bertemu lagi di minggu yang baru.. hee.. hee....

Sure you guys are wondering ape hal lah si mommy rizq ni tunjuk gambar makanan banyak banyak kan... Bukannya apa... Kengkadang aku rasa rumah aku tu dah macam mini kedai runcit gara gara anak bujang yang sorang tu... Tu baru yang nampak. Yang dalam tupperware kat belakang tu penuh jugak.

Pe'el si Rizq ni, everyday kalau aku balik kerja aku harus belikan something untuk dia. Kena..kena.. beli jugak! Sampai kadang kadang tu aku dah tak tau nak beli apa dah. Bukannya dia habis makan pun. Tapi buat syarat.. kena ada benda yang kita beli untuk dia...

Agaknya anak anak you all pun cam ni jugak ker????

Satu hari Rizq and Tina bersembang...

Sambil Rizq pegang kaki dia and picit picit..

Rizq: Kakak.. boleh tolong Dizq tak??

Tina: Boleh... apa dia?

Rizq: Boleh tak kakak? Boleh tolong Dizq tak???

Tina: Iyer lah.. kakak tolong.. Rizq nak apa?

Rizq: Tolong tengok.. kah.. kah... kah...

Tak ke loyar buruk anak aku yang tak cukup umur 4 tahun tu lagi?????

Monday, April 21, 2008

A YEAR OLDER


Alhamdulillah.. Allah masih memanjangkan umur aku untuk menikmati ulang tahun hari lahir aku tahun ini.

Kat atas tu advance birthday present yg hubby kasik last week (sila abaikan gambar tangan berbulu itu.. hee.. hee..) Amacam.. cantik tak???

Hubby baru balik dari Medan semalam.. main golf lah apa lagi! So last wiken aku cuma bawak Rizq jalan jalan kat Great Eastern Mall waktu petang Sabtu, coz pagi tu aku terpaksa datang kerja. Sabtu pun kena kerja! Sebabnya?? Dah tak cukup Monday to Friday nak settlekan kerja lagi.. Hopefully this week bleh relax sket......

So to all... Selamat bekerja!

Additional Info (Noon)

Received this from hubby....

Mmmmuuuaahhhhhhh...!!! TQ dear.....




Wednesday, April 16, 2008

Update Sikit

Ada org dah komplen, blog aku dah berabuk.. Lama dah tak update.

Aku bukannya apa. Memang teringin nak update blog and memang teringin nak melawat blog kengkawan semua. Tapi masa tak mengizinkan. kerja memang tengah banyak. Rasa tak cukup masa 8 jam kat ofis tu....

OK lah. Cerita sesikit jer dulu. This month baru lepas dapat bonus. Tu yang sibuk sangat sebab aku kat HR. Buat payroll plak tu. Macam macam kena buat. Dah dapat bonus tu, banyak plak pertanyaan kena jawab.. Baru habis buat bonus, now this month kena buat increment pulak. Bukan setakat increment, arrears lagi.. Fening... fening.. Tapi time dapat nanti best lah.

Last week sempat balik ke Melaka sekejap. Hubby ada course kat Grand Continental. Aku pagi Sabtu tu lepak kat rumah jer. Tengahari hubby balik, baru keluar. Since next week is my birthday, dapatlah advance birthday present dari hubby. Blom sempat nak amek gambar. nantu lah kalo ada masa aku tunjukkan apa yg hubby kasik....

OK lah. Dah pkl 2. Nak kena start kerja balik...

I will visit your guys and gals blog when I have the time....

Miss you all semuaa... mmuuaahh...!!

Wednesday, April 02, 2008

Tak Faham Konsep

Aku selalu puji Rizq if he did something good. Aku akan kata Tuhan sayang kan dia.

Satu hari tu dia minum susu. Dia ni selalu minum susu tak habis. So aku akan kata.. kalau Rizq minum susu sampai habis nanti Tuhan sayang...

This time around dia minum susu sampai habis..

"Mommy. dah habis"..

"Good boy.." aku kata.

"Kalau Dizq minum abis Tuhan sayang kan...?" dia tanya aku.

"Iyer.. Tuhan sayang Rizq"

"Kalau Tuhan sayang Dizq.. nanti dia belikan apa?"

Ler... anak aku ni. Tak paham paham lagi rupanya dia...

Friday, March 28, 2008

Jom Cuti

Hee..ni copy dari blog cat. Teringin nak masuk magazine. Tak der magazine betul, magazine olok-olok pun kira orait lah jugak kan...

So esok dah Sabtu. Plan for tomorrow?? To have lunch dekat Bangsar Seafood. Ingat nak gi dinner. Tapi nanti tertinggal plak Konsert AF. Aku suka lah Nadia. Suara power and kurang mengada-ngada. Lelaki pulak?? Nubhan pun best. Riz aku suka sebab nama dia sama cam anak aku.

You all ada feveret ker???


Create Fake Magazine Covers with your own picture at MagMyPic.com

Discount Magazine Subscriptions - Save big!



Wednesday, March 26, 2008

BELLA!

Rupanya blom ada update dari aku minggu ni erk!

Aku teringat kisah kat ofis last week...

Kat ofis ni aku duduk berhadapan dengan sorang mamat ni. Memang betul-betul bertentang muka. So ada satu hari tu dia cakap kat aku..

Dia pandang aku lelama.. Pas tu dia kata.. "Na! kekadang aku tengok muka ko ni macam Bella la.."

Tersenyum kambing aku kejap.. Hee.. hee...

Pas tu dia sambung lagi.."Tapi kengkadang aku tengok cam bola pulak..."

Isshh.. ada yang nak makan penampau aku nie!!! Grrrrrrrrrr....

Friday, March 21, 2008

Hujung Minggu Datang Lagi...


Semalam cuti Maulidur Rasul Aku tak kemana…

So bila petang, tak buat apa apa, aku pun bawak keluar flash card. Panggil Rizq duduk sebelah aku sambil aku tanya dia.

“OK. What’s this?’ Sambil tunjukkan gambar bola.

“Ball”

“What color is the ball?”

“Red and green”

Macam tu lah seterusnya. Rizq jawab.. “House.. guitar…yoyo…etc etc..”

Tiba one time ni aku tunjukkan gambar motor..

“Rizq.. what’s this?”

Nak tau apa dia jawab… “MAT LE’MPE’T (mat rempit)”

Hee hee.. itu ler anak aku. Bertuah betul kan!!

On Another Occasion

You all pernah tengok tak iklan ubat nyamuk yg 'tanpa menggunakan elektrik' tu. Alaa.. ubat nyamuk baru yg bentuk cam kipas tu..

Rizq tanya aku..

“Mummy.. itu ubat nyamuk kan”

“Yea… ubat nyamuk..”

“Kita tak boleh makan kan. Kita tak boleh pegang kan..” kata Rizq lagi.

“Betul.. pandai anak mummy…” jawab aku.

“Ubat nyamuk tu kita bagi kat nyamuk kalo nyamuk atit peyut kan mummy…” sambung Rizq lagi.

Bab ni aku dah tak boleh kata pandai anak mummy dah.. Ajaran sesat mana yang dia dapat aku pun tak tau!!!

Tuesday, March 18, 2008

Bowling @ Sunway Pyramid

Haa.. haa.. memang anak aku tu loyar burukss... tak sempat nak membalas komen sebelum nie. Ada lagi citer loyar dia malam tadi. Nanti lah aku citer...

In the meantime.....

We have an inter-departmental bowling tournament last Saturday @ Sunway Pyramid. Tp you all jgn tanya la aku dapat tempat keberapa ok!

Below are some of the pictures taken during the tournament....



View dr lane aku...

Team mate aku...


Aku & kakak yang sama team...

Thursday, March 13, 2008

Kisah Si Kecik Lagi...

Isshh.. aku geram betul ngan si kecit nie.

Dia ni selalu mengacau kalau aku tengah solat. Dua hari lepas, time tu solat Isyak. Dia kecoh kecoh nak solat gak.. berdiri sebelah aku.

Dia ni kalau berdiri jer tak kisah, ni dia sendengkan badan dia kat badan kita. Nak terjatuh aku dibuatnya. Pas tu dia start korek korek & tarik kuku jari aku. Time ni aku tak leh tahan. Aku pun terpaksa stop solat.. marah kat dia.

By that time, hubby dah habis mandi. So we all pun decide lah nak solat jemaah jer. Tapi sebelum solat tu aku dah pesan baik punyer kat Rizq.

“Rizq.. dengar cakap mummy. Rizq jangan kacau mummy & daddy nak Allahuakbar. Jangan Sandar sandar kat mummy. Jangan tarik kuku mummy..”

Dia pun kata. “OK mummy”…

So we all bertiga pun start lah solat. All went well sampai lah ke tahiyat akhir. Sebaik jer hubby habis beri salam.. Tetiba si Rizq ni pulak.. “Poootttt…..” Kentut yang jenis tersepit tu.

Kalau just cam tu tak apa.. ni siap cakap “Alamak! Rizq terkitut pulak!!”

Aku yang belum sempat nak kasik salam.. terus tergelak berdekah dekah……

Makanya aku terpaksa solat Isyak untuk ketiga kalinya….

Wednesday, March 12, 2008

Kita Rehat Dulu...!!

Aku akan bercuti half day today... DAN akan ke sini..................



Aduhh... bestnya. Tak sabar nak diurut & dibelai.. haa.. haa.. haa...

Jumpa lagi esok!!

Monday, March 10, 2008

Kisah Makan Makan Lagi

Aku rasa korang semua dah bosan bukak blog aku. Tak ada citer yang menarik!!

Memang betullll..... Actually aku tak tau nak tulis apa. Tu yang asyik citer pasal makan jer. Ni menu yang aku masak hari Ahad yang lepas.

Hari Sabtu, aku kat rumah jer. Hubby golf kat Lembah Beringin. Aku cuma keluar sekejap gi saloon. Cuci cuci rambut. Urut urut sket.. heee... Sedap gaks.

Tengahari hubby balik, kami ke Shah Alam. Mengundi. Habis mengundi, minum petang kat Azira Restaurant. Then bawak Rizq ke Shah Alam Mall. Main la.. apa lagi! Ingat habis kat situ, nak ke Taman Tasik Shah Alam pulak. Tapi, hujan.. So terbatal lah hasrat....


Ikan kembung goreng

Udang masak lemak dengan mangga muda


Ulam daun selom



Sambal belacan
That's it. Till then..




Monday, March 03, 2008

LAST NITE'S DINNER

Semakin hari semakin tak ada masa nak update blog.

Here's to show you what I cook for last nite's dinner.

Lamb chop. Tapi mash potato tu ada kurangnya. Brown sauce tak tau nak buat.. tak sempat nak belajar. Hee... hee..

Macam tu pun hubby kata sedap jugak! Berani ker dia nak cakap tak sedap??? Ohhh.. tidak! Apa aku masak, semua mesti dia kata sedap...



Nampak tu anak bujang sorang suka sangat main torchlight. Hee.. hee... Aku tak kisah, asalkan dia senyap & tak kacau aku nak makan....