Ooo.. lamanya tak bersiaran. Bukannya apa. Opis now tengah buat operasi pasal staf yang suka berfacebook.. berblog.. sampaikan intranet trading slow. So aku yang menurut perintah & tak mahu nama aku masuk dalam senarai top 10, terpaksa memperlahankan aktiviti aku. Just some updates on my happenings.
RumahTengah dalam proses renovation. So sekarang my weekends penuh dengan jalan jalan mencari barang. Selalu full jer. Tapi insyaallah.. by mid August i.e. sebelum Ramadhan aku akan berpindah ke rumah di Shah Alam.
RizqUisshhh.. dia ni sekarang suka berleter. Ada saja benda yang nak dicakap kan atau diborakkan. Sampaikan hubby and myself tak boleh nak bercakap atau berdiskusi.
"Dengar ni dengar ni.. Rizq nak cakap ni. Rizq nak cakap dulu. Mummy dengan daddy diam" Itu lah yang selalu terjadi.
Loyar buruk pun iyer jugak. Hari tu aku cakap dengan dia.. "Rizq tak boleh membazir.. Rizq kena jimat".. Boleh dia cakap dengan aku.."Kalau nak jimat pergilah Carrefour.." Kurang asam punya anak.. hee.. hee..
We spend 3 days 2 nites dekat Legend Hotel 26 Jun - 28 Jun. Below are some of the pictures.... Tapi the sad thing is.. dia demam dan tak boleh nak enjoy sangat the stay..