Wednesday, April 30, 2008

SELAMAT BERCOTI SEMUA...

Olllss....... Selamat Bercuti Semua. Esok apa plan kengkawan?

Aku esok maybe tak kemana. Friday aku akan sambung lagi cuti aku. Sebabnya??? Hubby ada golf. Tapi aku nak ke Bangsar Village II. Nak shoppingggg!!!!!! Yes! Yes!!! FJ Benjamin ada warehouse sale.

The last round aku beli La Senza bebanyak & Guess handbag... Memang worth it. Worth sesangat... Bayangkan kalau nak beli kat kedai time tak sale. Memang bengkok makcik. So ni aku nak gi lagi nak borong La Senza lagi. So sesaper yang nak beli memang aku advise, gi lah Benjamin Warehouse Sale ok!

So.. till next week.. mmmmmmmmmmuuuahhhhhhhhhhh!!

Monday, April 28, 2008

Kedai Runcit

Dari kiri & pusing ke depan: Kacang Koah Kae chicken flavoured, Twisties cheese flavoured, Danhua Cake, Twisties (ni tak ingat apa flavour), Chocolate Merci Petits, M&Ms plain, Rocky strawberry flavoured, Chipsmore & Mamee.


Ni pulak: Kit Kat, Cadbury yang dah bukak sarung, Cadbury yang blom bukak sarung, Ferrero Rocher, etc...


Hi! bertemu lagi di minggu yang baru.. hee.. hee....

Sure you guys are wondering ape hal lah si mommy rizq ni tunjuk gambar makanan banyak banyak kan... Bukannya apa... Kengkadang aku rasa rumah aku tu dah macam mini kedai runcit gara gara anak bujang yang sorang tu... Tu baru yang nampak. Yang dalam tupperware kat belakang tu penuh jugak.

Pe'el si Rizq ni, everyday kalau aku balik kerja aku harus belikan something untuk dia. Kena..kena.. beli jugak! Sampai kadang kadang tu aku dah tak tau nak beli apa dah. Bukannya dia habis makan pun. Tapi buat syarat.. kena ada benda yang kita beli untuk dia...

Agaknya anak anak you all pun cam ni jugak ker????

Satu hari Rizq and Tina bersembang...

Sambil Rizq pegang kaki dia and picit picit..

Rizq: Kakak.. boleh tolong Dizq tak??

Tina: Boleh... apa dia?

Rizq: Boleh tak kakak? Boleh tolong Dizq tak???

Tina: Iyer lah.. kakak tolong.. Rizq nak apa?

Rizq: Tolong tengok.. kah.. kah... kah...

Tak ke loyar buruk anak aku yang tak cukup umur 4 tahun tu lagi?????

Monday, April 21, 2008

A YEAR OLDER


Alhamdulillah.. Allah masih memanjangkan umur aku untuk menikmati ulang tahun hari lahir aku tahun ini.

Kat atas tu advance birthday present yg hubby kasik last week (sila abaikan gambar tangan berbulu itu.. hee.. hee..) Amacam.. cantik tak???

Hubby baru balik dari Medan semalam.. main golf lah apa lagi! So last wiken aku cuma bawak Rizq jalan jalan kat Great Eastern Mall waktu petang Sabtu, coz pagi tu aku terpaksa datang kerja. Sabtu pun kena kerja! Sebabnya?? Dah tak cukup Monday to Friday nak settlekan kerja lagi.. Hopefully this week bleh relax sket......

So to all... Selamat bekerja!

Additional Info (Noon)

Received this from hubby....

Mmmmuuuaahhhhhhh...!!! TQ dear.....




Wednesday, April 16, 2008

Update Sikit

Ada org dah komplen, blog aku dah berabuk.. Lama dah tak update.

Aku bukannya apa. Memang teringin nak update blog and memang teringin nak melawat blog kengkawan semua. Tapi masa tak mengizinkan. kerja memang tengah banyak. Rasa tak cukup masa 8 jam kat ofis tu....

OK lah. Cerita sesikit jer dulu. This month baru lepas dapat bonus. Tu yang sibuk sangat sebab aku kat HR. Buat payroll plak tu. Macam macam kena buat. Dah dapat bonus tu, banyak plak pertanyaan kena jawab.. Baru habis buat bonus, now this month kena buat increment pulak. Bukan setakat increment, arrears lagi.. Fening... fening.. Tapi time dapat nanti best lah.

Last week sempat balik ke Melaka sekejap. Hubby ada course kat Grand Continental. Aku pagi Sabtu tu lepak kat rumah jer. Tengahari hubby balik, baru keluar. Since next week is my birthday, dapatlah advance birthday present dari hubby. Blom sempat nak amek gambar. nantu lah kalo ada masa aku tunjukkan apa yg hubby kasik....

OK lah. Dah pkl 2. Nak kena start kerja balik...

I will visit your guys and gals blog when I have the time....

Miss you all semuaa... mmuuaahh...!!

Wednesday, April 02, 2008

Tak Faham Konsep

Aku selalu puji Rizq if he did something good. Aku akan kata Tuhan sayang kan dia.

Satu hari tu dia minum susu. Dia ni selalu minum susu tak habis. So aku akan kata.. kalau Rizq minum susu sampai habis nanti Tuhan sayang...

This time around dia minum susu sampai habis..

"Mommy. dah habis"..

"Good boy.." aku kata.

"Kalau Dizq minum abis Tuhan sayang kan...?" dia tanya aku.

"Iyer.. Tuhan sayang Rizq"

"Kalau Tuhan sayang Dizq.. nanti dia belikan apa?"

Ler... anak aku ni. Tak paham paham lagi rupanya dia...