Monday, April 20, 2009

Buat Hal!!

Aku baru lepas menangis.... Bukan nya sedih tapi geram!!

Geram kat maid aku tu...

The story goes like this...

Normally Rizq akan balik kindy around 11:45. Dan aku akan telefon dia around 12:00p.m. or else dia akan kol aku.

Today, as usual aku kol dia pukul 12:00. No answer.. Maybe kat toilet kut.. kol lagi pukul 12:15.. still there is no answer.. Hati aku dah start risau. Kol neber sebelah yang normally jaga Rizq tu. Tak ada jawab jugak.. Ooo... maybe fon rosak kut. Ini kes nak menyedapkan hati sendiri lah nie. Pukul 12:30, aku try lagi.. pun tak berjawab. This time try kol henfon neber sebalah. Rupanya dia tak ada kat rumah. Ke kedai katanya.

Asked her whether she has seen Rizq. Dia kata nampak Rizq balik sekolah pukul 11:45 tadi. So I asked her help to check on Rizq bila dia sampai ke rumah. Dia pun OK. Tak lama lepas tu dia kata dia dah sampai rumah... pintu, tingkap, curtain semua nya bertutup rapat! Dia panggil panggil pun tak ada yang jawab.

Now aku dah mula takut... aku mintak dia tolong round kawasan umah aku kalau kalau ternampak Rizq. After a while, still dia kata tak jumpa.

Aku kol hubby. Hubby dah mengamuk. Aku pun dah start menangis dah... Hubby try kol kawan kawan yang duduk dekat dekat umah aku... Nasib baik derang ni semua baik baik. Bersusah payah menolong we all. Hubby terus datang ke KL nak amek aku. Sambil tu aku kol sana kol sini.. cakap pun dah rasa tak tentu arah.

Hubby sampai around 1:00p.m untuk amek aku. Tiba kat jalan Tun Razak, hubby kol kawan dia lagi sekali. Last last kawan dia kata dia jumpa Rizq kat umah neber yang satu lagi. Rizq tengah main main kat bawah while the maid tengah berborak borak ngan maid yang satu lagi kat atas rumah. Mau tak hangin satu badan aku dibuatnya. Siap Rizq lunch sekali kat umah tu. Eee... tensionnya aku! Macam ler kat umah aku tu dah tak cukup nasi ker!

La la tu jugak aku kol agen aku... I have asked him to amek balik maid yang ini & tukar yang lain! I will not trust maid yang semacam ini... I am so sorry...!!

Monday, April 06, 2009

Finally!

Finally.. I’ve gotten a maid! Boleh lah aku jadik “mem” balik.. haa.. haa. ..haa… Bukannya aku mengada-ngada tak nak buat keje. Tapi siapa yang tau perangai Rizq, tau lah kenapa aku sangat sangat memerlukan seorang maid.

Rizq is the type yang kalau buat apa apa dia nak kita tengok sekali. Kalau buat homework, kita kena ada kat sebelah. Kalau dia main toys kita kena main sekali. So tersangatlah susahnya time tak ada maid. Asyik kena duduk sebelah dia, bila nak buat house choresnya.. nak masaknya… membasuh baju lagi.. memang time tu aku tak cukup tidur. Even Saturday & Sunday aku kena bangun pukul 5 pagi untuk buat semua kerja rumah. Once Rizq bukak mata jer.. he expect me ada kat sebelah dia. Kalau aku tak ada.. habis lah kena jerit.. Itu yang aku tak larat!!

Maid aku yang baru ni, agen kasik on a trial basis dulu because candidate yang aku nak dulu tak ada. This particular lady, umur dia 19 tahun. Pernah bekerja sebelum ni.. 2 tahun kilang & setahun bekerja dirumah doctor kat Kg Baru.

Dari segi kerja rumah.. so so jer lah. Slow sket & kena tunjuk ajar. Tak pandai nak carik kerja sendiri. Dari segi melayan Rizq aku tengok OK. Masak pun setakat sup for Rizq, goreng telur.. BOLEHlaaaaa… Can’t expect much.

Aku tak kisah sangat bab bab jaga umah ni. As long as dia boleh layan Rizq, tahan dengan kerenah Rizq, then it be ok.

Aku harap sangat supaya aku dah tak perlu nak tukar tukar maid lagi. Aku dah tension & boring nak menunggu maid yang lain…