Wednesday, January 30, 2008

SATU HARI DI TEMPAT KERJA

Memang lah kerja ni memenatkan & memboringkan…

Tapi sekali sekala, kerja ni boleh jadi sesuatu yang melucukan jugak!

Macam semalam….

Ada lah sorang mamat ni (quite a high position in my company) suka mengusik aku.. tak kira lah thru fon atau pun bila terjumpa dengan dia..

Late 30s dah kawin & ada anak.. Tapi saja suka suka.. without apa-apa niat..

Location: At my workstation

My boss nak kol this mamat sebab ada benda nak cakap.. instead of using her fon, she use mine.

We are using this fon yg ada panel and can see who the caller is.

Tetiba jer dia angkat fon… and jawab dengan suara manja & mengada.. HELLO BABE!!!

Kah.. kah.. kah… satu department leh dengar dia cakap.. and boss aku…

“Ooo…. Cam ni rupanya you yer.. baby.. baby konon.. ni baby lain yg kol tau!”


Aduhhh.. pecah tembelang..!

Thursday, January 24, 2008

Aku Hidup Laa....

Kah..kah.. aku nak tergelak dengan komen Simah dalam entry aku yang lepas...

Ada ka patut dia kata aku la nie dah keje kat PD kaa?? Aku tau la aku dah lama tak update. Tapi aku masih setia di sini.... Masih ditimbusi kertas kertas atas meja aku nie ha.

Nothing much has been done in PD, Rizq yang enjoy.. asyik ke swimming pool & laut jer. Daddy sibuk meeting & mummy sibuk melayan Rizq.

Below are some pictures yang sempat diambil. Camera tak bawak, so snap guna henfon jer...








Malam kelmarin, sedang aku mandi, terdengar Rizq berbual dengan daddy dia.


Daddy: Rizq.. nanti Rizq pergi sekolah yer..


Rizq: Dizq (dia ni tak leh pronounce 'R' & 'S') tak nak.. Dizq nak work dulu..


Daddy: Mana boleh work.. kena gi sekolah dulu..


Rizq: Nanti kalo Dizq tak work, Dizq tak der duit.. Kalo tak ader duit, Dizq nak beli cokelat macam mana? Haa... Kesian kat Dizq....


Masih belum berhasil nak pujuk Rizq kesekolah.. Ada jer alasan dia.....

Thursday, January 17, 2008

Wiken Datang Lagi!

Pejam celik pejam celik, esok dah Jumaat.

Aku akan bercuti half day esok as hubby kena ke PD meeting meeting sampai hari Ahad.

First aku ingat nak bawa Rizq balik kampung sebab dah lama tak balik... tapi tadi hubby kol soh aku cuti esok ikut dia ke PD pulak.

Erm... so this wiken I will be spending my days kat PD laa....

Tak ada pulak nombor mama ranggie.. kalau tidak boleh jugak koling koling...

So mama ranggie, kalau terbaca my entry today, email me before tomorrow noon ok!

To everybody else... Selamat Bercuti....!!

ENJOY!!

Tuesday, January 15, 2008

Salam 2008

Ragam Rizq

Ermmm.. Rizq is better now in terms of his sleeping patterns. Paling lewat pun around 10:30pm dah belayar dah. Memberikan mummy & daddy lebih masa untuk berborak-borak.. Hee.... Thanx for all your tips!

Tapi ragam perangai dia yang asyik nak melekat dengan aku blom solve sepenuhnya.

Contoh, kalau aku tengah masak kat dapur & dia elok elok tengah main dengan daddy dekat luar or depan. Tetiba jer bila dia teringatkan aku.. terus berlari laju.. then stunt & terus buat slide terus terbaring kat pintu dapur. "Nak mummy.. nak mummy".. Selagi aku tak pergi dekat dia & dukung dia akan terus menjerit kat situ. Kalau aku suruh dia jalan sendiri dia akan cakap.."Rizq tak boleh bangun... Rizq tak boleh jalan. Nanti kalau Rizq penat macam mana???"

Macam tu lah dia selalu nya. Then kalau main toys pulak... segala apa yang ada dia akan serak kan kat living hall. All.. I mean ALL his toys!! Bayang kan lah. Bila suruh kemas, dia kata dia penat. Then bila kita nak kemas, dia kata dia nak main lagi.. Pening.. pening...

Kalau kata nak antar pergi school pulak... "Rizq tak nak pergi school. Rizq nak work.. Rizq nak work dekat TNB.."

Then we all akan kata kenalah lah pergi school dulu, nanti baru boleh work..

"Rizq nak work TNB dulu.. nanti baru pergi school.."

Aku pun dah tak tau nak cakap kat dia cemana....

Kisah Kerja

Ingatkan awal tahun boleh tarik nafas lega sikit.. Tapi itu semua hanya mimpi.. hee.. hee...

Heads of Departments ramai nak staff baru... so aku kena call agency, call kengkawan tanya whether derang ada CV ke tak ada..

Tahun Baru, so EA Form kena get ready. Incentive untuk dealers kena ready.. dan segala jenis payroll punya benda aku kena buat. Adusss... bila lah nak abis keje nie?

Lepas tu tak lama lagi ada increment, insyaallah ada bonus. Staff punya particulars kena update untuk reflect gaji baru.

Reporting structure pun dah tukar. So kena print transfer letters untuk staff lagi. Arrgghhhh..... Aku nak rehat.. aku nak rehat.....!

Walaupun sibuk, aku tetap berkejar balik keje awal petang sebab nak tengok SPA Q... Hee.. hee...

Monday, January 07, 2008

RIZQ

Lately, Rizq asyik meragam.

Tak boleh tersentuh sikit.. nak menangis.. tak boleh terusik sikit… dia melalak. Pening aku dibuatnya.

Rizq asyik nak memerap dengan aku. Aku nak mandi susah, nak masak susah.. Nak makan pun susah. Aku pun apa lagi.. angin aku pun naik lah. Hari hari asyik dengar suara aku marah kat dia jer. Kesian jugak. Tapi aku susah nak bergerak…

Sekarang malam pun dia tidur lewat. Malam tadi pukul 1:00pagi baru dia nak lelap. Itu pun lepas kena paksa. Pagi pagi 5:30 pagi dah bangun…. Time aku nak mandi tu la dia terjaga and start menangis. Dah kasik susu, dia still cakap.. “mummy sleep lah sekejap.. mummy bam bam lah sekejap..” Sedih… tapi aku terpaksa jugak bangun. So dia ikut aku bangun.. duduk depan bilik air tunggu aku mandi.

Memang now aku rasa tak cukup tidur. So sesiapa kat luar sana ada experience tak macam mana nak kasi anak tido awal sikit??? Tolong lah berkongsi tips dengan aku nie……

Thursday, January 03, 2008

MAY 2008 BE A WONDERFUL ONE!


Tak berkesempatan nak membalas komen komen dalam entry sebelum ni.



Rata-rata yang aku baca banyak yang lebih suka menyembunyikan "that magic words" terutama the ladies. So its really up to that particular person how they wanted to express their love to the loved ones.

So kat atas tu ialah gambar salah seorang yang paling.. paling aku sayang!!

(Actually aku tak ada modal nak update ni)

To all HAPPY NEW YEAR. Hopefully 2008 will bring happiness to everybody!