Monday, September 06, 2010

The Routine

Cuma tinggal beberapa hari lagi nak raya kan...

Aku hepi.. hepi sesangat coz dapat cuti panjang.. dapat balik kampung... dapat makan makan...

At d moment aku tengah bertungkus lumus bersengkang mata yang mengantuk ni cuba menghabiskan kerja kat ofis sebelum bercuti. Aku akan start cuti dari hari Rabu, 8 Sept sampailah 16 Sept nanti.. Errrmmm lama kan!

Sebenarnya kalau cakap pasal balik kampung ni.. aku n hubby ada routine yang kita orang ikut. Tak main lah ikut giliran ker.. cabut undi ker... atau gaduh gaduh ni..

Semenjak lepas kahwin dulu aku akan balik ke kampung aku di Teluk Intan normally 2 hari sebelum Raya. Malam Raya tu memang wajib umah mak aku akan dikunjungi orang surau untuk bertakbir. Malam Raya merupakan malam yang paling sibuk berbanding dengan Hari Raya itu sendiri... So memang kita orang adik beradik akan berkumpul time tu before memasing balik ke rumah inlaw derang..

Then after solat Raya.. sarapan.. bermaaf maafan dan bergambar. Habis sessi bergambar.. aku pun akan bertolak ke rumah inlaw kat Melaka. Normally sampai pun dah dekat nak petang. Nothing much yang kita orang buat.. Just visit the nenek and sedara mara dekat2 situ.. Biasanya will be in Malacca sampailah 3 or 4 Hari Raya..

That is our routine dari dulu sampai sekarang and I likeeeee it! Bukannya apa. bagi diri aku saat yang paling penting time Harai Raya tu is Malam Raya n also d pagi Raya...

Till then.. aku nak Ucapkan Selamat Hari Raya n Maaf Zahir dan Batin kepada Semua...

Monday, August 23, 2010

What's For Berbuka - Hari ke 12

Since it's a Sunday.. aku ada banyak masa untuk masak dekat rumah. Unlike hari hari bekerja where I need to rush for berbuka. Time tu aku akan masak apa yg sempat sajer...

So semalam dengan rela hatinya aku dah memasak menu menu yang kat bawah ni.. except the kueh.. aku tapau from Pasar Ramadhan dekat Stadium Shah Alam...


Kuah rendang hati (balance beli from Pasar Ramadhan), ikan pari bakar (home cook), sambal kicap (untuk dimakan dengan ikan bakar & taihu goreng) and last but not least sup tulang.. (tapi dimana kuahnya yer.. yg nampak cuma tulang tulang) heee hee....


Close up of the ikan pari bakar


Close up of the soup tulang

D Dessert which we got from d Pasar Ramadhan...
Itu jer yg sempat diupdate for this Monday morning...
See ya...!!



Thursday, August 19, 2010

That's Whats Friends Are For..

Phewwiitt siapa kah gadis gadis ayu tu erk.. hahahah... korang nampak tak rambut aku time tu? Panjang kan. Aku rasa itu lah rambut terpanjang yang pernah aku simpan. Now memang tak pernah dah. Harus sampai atas bahu jer.


Below picture was taken 3 years ago. Aku ngan geng geng opis aku. Altogether there were 8 of us. Selalu kemana bersama sama...
But that was 3 years ago. Now masing masing kebanyakannya dah membawa haluan masing masing. Tak kira lah better offer or jadi full time house wife. But we do meet once in a while.. all 8 of us for lunch.
Cuma kengkadang terasa rindu nak rasa environment macam dolu dolu.





Gambar kat atas tu time we all punya one day outing.. Yea.. usually we will try to make our time once a year for a day outing. Be it jalan jalan.. shopping etc... Tempat yang biasa we all lawat is Langkawi or Kelantan. But Langkawi is like a yearly visit. Best aaarrr kat sana...
Tapi yang gambar first kat atas tu is dekat Nilai (Nilai pun jadikkkk tau....) kat kedai karpet lepas tawar menawar dengan Bangla jual karpet tu la. Abang Bangla tu dah tak boleh nak cakap apa mengadap dengan 7 orang pompuan sewel ni..hahaha...
After Nilai we went for lunch.. cruising at Putra Jaya Lake. That was my first experience and it was not bad at all. Rasa cam VVIP plak coz the whole boat was for us. Seronok..seronok sangat sangat!
That was all the sweet memories that I will keep sampai bila bila.
And frens... Thank you for being my fren thru bad and good times. Thank you again for everything.

Tuesday, August 17, 2010

Poser Oh Poser..

Hari dah hari ke-7 berpuasa.. badan masih terasa lemau lemau tak bertenaga. Heehee.. Tapi puasa tahun ni trend makan En Hubby dah bertukar. Selalunya tahun tahun yang lepas.. kalau time sahur tu nasik tak boleh tinggal. Tapi sekarang demi menjaga perutnya yang semakin lama semakin kedepan tu, dia bertekad no more nasik during sahur. Just oats and roti. hahaha.. Makcik sukerrrrr..... Dan untuk tidak menjemukan.. aku pelbagaikan lah roti tu. Buat french toast ker.. butter toast ker.. roti cicah sardin ke.. tukar tukar gitu!

Time berbuka pulak.. menu biasa kat pasar ramadhan.. either murtabak, roti john, rojak singapore or yong tau foo. En Hubby akan beli untuk berbuka then after solat only aku akan masak nasi and lauk2 sementara menunggu dia balik Terawikh. Waktu makan malam we all adalah pada pukul 10 malam. Aduh! lepas makan sekejap terus tido. Betapa tidak sihatnya cara kita orang kan..

Dan cerita anak bujang aku pulak...

Hohoho... ini budak kan.. dia punya cakap dah mengalahkan orang tua! Tak tahan..tak tahan... Malam tadi dah lewat aku dan En Hubby balik. Tengok tengok dia blom siapkan homework. Start lah makcik yang kepenatan ni nak menjerit.... Dia pun start lah buat dengan tulisan dia yg mengantuk dan senget benget tu...

Bila aku tegur suruh dia padam.. dia pun jawab..

"Tak per mummy.. Lau She' tahu ini tulisan Rizq.. Dia dah paham dah.. Dia tak marah..."

Aku memang angin.. satu badan aku angin! Menjawab memang pandai..

Itu ari pulak En Hubby suruh dia carik kan remote Astro yang hilang...

Boleh dia kata dengan nada dia berlagu lagu tu.."Cariklah Sendiri!...."

Fuh.. sabar.. sabar.....

Friday, April 23, 2010

My 37th Birthday

Yeap.. 2 days has passed since my 37th birthday.. I can say... it was a good one even I have to attend a course on my birthday.

What I wish for my birthday?? Naaaa... better keep it to myself. It's better that way.

And guess what did I get from hubby for my birthday?

- Two months before my birthday, I got an iPhone from him.

- One month away from my birthday.. I got a DKNY perfume..

- 2 days before my birthday.. a bouquet of flowers..

And I thot that was it!

- But on the day of my birthday.. Another bouquet of flowers was sent to the hotel where I attended my course. Surprise!! Haa..haa..

Thanks so much sayang. I luv U..



Lots and lots of birthday wishes I received thru my FB. Thank you fren for remembering my birthday. I was so glad.

But among all the wishes, one wish from a long time fren really disturbed me. Why did he has to make such a "sarcastic" wish!!

He was saying something like - to be careful of what my hubby was giving me. Lots of surprises and presents.. And who knows one day hubby would be bringing a "MADU" for me. I know he was not joking... The way he worded it ... Urrgghhh.. I hate it!

But who cares rite!

My stand is that - Just enjoy what you have now. Nobody can predict what future will be.

Betul kan???

Friday, February 19, 2010

Aktiviti Bersambung

Since the recent Chinese New Year was a long holiday and we came back to KL from Malacca on Monday... we have ample time to bring Rizq jalan jalan on Monday evening. The place? KLCC Park la. Dah lama tak kesana. Rizq was so happy. And the new bibik was also sooooo the rajin melayan Rizq.






After KLCC Park, we thot of having Yong Tau Foo kat Ampang for dinner. Amende laaa kan! Ini kan CNY. Mana lah kedai tu nak bukak. Agaknya tokey tu tengah syok syok kat meja mahjung kan! Haa..haa..haa.. So we detour ourselves and had satay & mee rebus dekat Satay Station, Kg Pandan.
And below pulak was hubby and myself lunch yesterday. Chewaaaahhh mentang2 hubby sekarang kerja just a few minutes drive from my office, so we can have lunch together. Member2 kutuk aku coz tinggalkan derang time lunch. Derang kata..."alaaa.. laki ko tu sebab tak ada kawan baru lagi. Sebab tu lah dia ajak ko gi lunch".. haa..haa..haa.. Tak kisahlah kan!
We had lunch at Al Rawsha. Chicken mandy.. share 2 org.. me had Pepsi and hubby had lemon Barbican.

















Abis lah cerita for this week.
Tomorrow me and family going back to T Intan. Tak sabarrrr dah ni...













Wednesday, February 17, 2010

Ada lagi ke blog nie????

Dulu dulu.. blog..blog..blog.. pas tu FB...FB..FB.. blog dah lupa. But now blog pun dah jarang.. FB pun dah kena block kat ofis. Nganga jer lah.. haa..haa... Tak boleh lah nak bersosial sket pun kat opis. Everything have to do from home!

Bukannya tak rindu kat kengkawan blog.. rindu sangat sangat. Benda pun macam banyak nak cerita. Tapi waktu amat lah terbatasnya.

Baru lepas baca a few blogs.. CeritaIbu, CeritaPnut, Bakpo... etc.. Rasa terlepas rindu sekejap. Tapi untuk aku, today aku start sikit jer lah dulu. Gambar gambar banyak update dalam FB jer. Kat sini aku cuma akan cerita perkembangan terbaru kelurga aku terutama hubby and Rizq. For today I'm gonna start by saying..

GOOD LUCK HUBBY FOR YOUR NEW JOB! He started his new job today.

Pesan isteri "KERJA ELOK-ELOK... KUAT KUAT.. SUPAYA LEH BAWAK BANYAK DUIT UNTUK MUMMY SHOPPING! JANGAN JELING JELING AWEKS KAT SEBELAH OK!"

Itu jer lah dulu...

Hope I can update more, everyday!