Friday, September 29, 2006

Hari Jumaat, Enam Puasa

Alhamdulillah.. hari ni dah hari ke enam puasa. Semuanya so far so good.. LANCAR.

Sambil update ni aku tengah chat dengan IV. Sesajer buang masa. Kalo tak pun masuk opis mata ni asek nak tertutup jer.... Dan jugak tengah dengar HotFm.. Faizal Ismail tengah interview Faizal One In A Million.

Actually, tak der mender sangat nak dicerita hari ni. Tak sabar nak tunggu weekend. Penat rasanya everyday asyik jem on the road. Esok nak pergi bawak bibik shopping. Dah nak balik dah dia. Sedih pun sedih jugak. Tapi apa nak buat. Dia pun ada family dia sendiri jugak. Life goes on...

Meanwhile enjoy the pictures below. More pictures can be found in my fotopages.




Di PD dgn Adrin (Best fren's daughter.. muda 5 bulan dari Rizq)




Rizq and daddy kat tepi pantai.



Rizq bawak girlfren naik car.



Baju raya.. baru beli semalam.



Haa..haa.. perasan hensem!

Tuesday, September 26, 2006

First Day Berpuasa Di Ofis...

Aku nak angin tak boleh.. aku nak marah pun tak boleh!! Ni bulan Ramadhan.. tak baik!!

Semalam petang hubby ada miting then terus sambung untuk berbuka di ofis. Maka aku dengan berat hati terpaksa lah bawa kereta sendiri. Memang aku malas.. tapi apa nak buat kan.. dah terpaksa.

As usual, kat ofis ni, we Malays dibenarkan balik 1/2 jam lebih awal dr biasa. So tepat pukul 5:00 aku say goodbye to boss and challo. Jalan ke kereta, 5 minit, panaskan enjin 5 minit, tapi stuck kat depan Berjaya Time Square 45 minit! Cemana la polis ni jaga traffic. Derang ni tak nampak ke khete dah berjela jela kat belakang! Yang dia cuma lepaskan satu jalan ajer kenapa????

Lepas Berjaya Time Square, now aku stuck kat Jalan Imbi pulak. Another 15 minutes or so. Lepas tu Jalan Istana.. then Jalan Damansara.. and last sekali Jalan Duta pun aku stuck! Masuk tol Jalan Duta time dah lebih kurang pukul 6:40p.m. Ni memang tak sempat nak beli apa apa kat Bkt Beruntung nie! So aku stop kat Restoran Jejantas tapau 2 snack plate untuk aku & bibik. Settle lebih kurang pukul 6:50p.m. Masuk khete.. tanpa berlengah aku speed 130 / 140 km/h. Aku dah tak ingat polis or saman dah.. Yang aku ingat aku kenan sampai Bkt Beruntung sebelum pukul 7:10p.m....

And I succeed!! Masuk umah, buka TV then terus azan.. Legaaaa...... Alhamdulillah.

Thursday, September 21, 2006

Not Well

The whole family have been down with fever since Tuesday. It started with hubby (kena antar tido bawah.. tak leh tido dengan me & Rizq). Even dah tido bawah pun still berjangkit dekat Rizq. Then mummy pulak.

Rizq paling kesian coz member jadi lembik tak larat nak buat apa dah. Nak amek cuti tapi kerja banyak. What I can do is just to apply untuk balik awal jer. Nasib baik boss ok. Sampai jer rumah that Tuesday, terus dukung Rizq. Senyap semacam.. he's not my original Rizq. Pelik pulak tengok dia diam. Kesian sangat.. muka layu... mata merah. Tapi malam tu sampai pukul 3 pagi baru dia tido. He's cranky... asyik nak breasfeed jer tak moh lepas. Pinggang and badan aku pun dah rasa semacam. Lenguh, sakit, semua ada... Nak marah and mengamuk pun ada jugak!

So the next day... I got the fever & flu. Lembik rasa badan tapi gagahkan jugak nak ke ofis. Ada kerja nak disiapkan... Tepat jer 5:30ptg, pack everything and cabbuuutttt....

Sampai rumah dalam pukul 7:00p.m. Lauk basah & sayur pulak dah habis. Singgah rumah kejap, amek Rizq then ke pasar malam.

Pagi ni bangun, Rizq dah back to normal. Dah start melompat dan menjerit kesana sini. Lega... mummy & daddy. But as for me & hubby still blom sembuh betul. Still batuk & sakit kepala.

Tapi hari ni boss tak masuk! Paham pahamlah yeaa.....

Monday, September 18, 2006

Yeay..!! Yeay..!!

Hati ku girang.. hati ku girang berbunga bunga... Hee hee... Suami terchenta dah balik semalam..hee..heee...

Hubby sampai dalam pukul 3:00 petang. So aku sebagai isteri mithali telah ditugaskan untuk mengambilnya kat airport... Bertolak dari umah pukul 2:00lebih (tertido nyer hal!) Sampai kat area Saujana Putra tu hubby dah kol kata dah sampai. hee..hee.. aku kata tunggu ler. Blom sampai lagi. So dah dekat kul 3:30ptg baru ler aku sampai ke airport. Muuaahh sana.. muaahhh sini... kita org pun balik.

Sampai kat Shah Alam, singgah dulu kat Al Rafi Bistro Seksyen 13 (MR.. Kak Lady... saya terkenang umah lama nie). Hubby blom makan since pagi. Pekena dulu maggie goreng & mee mamak goreng kat situ. Teh ais dia superb!

Dah habis makan.. sembang sembang.. baru balik umah (nak sembang kat umah memang payahler. Rizq asek interframe).

Haaa.. ni part balik umah best.. Bukannya apa. excited nak tengok daddy beli apa untuk mummy... So buka buka beg.. aku dapat sehelai seluar jeans, sehelai skirt jeans.. 3 helay babt T and satu handbag.. Muaahaahaa.. Boleh buat beg tangan raya nie! Hubby kata dia tak beli thai silk coz dia tak minat corak kain tu. Ermm.. tak per la. Lagipun baju raya aku semua dah siap pun!

_________________________*********************_____________________________________

On a second note... at last I've got to meet Sherin Al Mansor last saturday. We attended a talk on Positive Parenting dekat Sime Darby Convention Centre. So I've got to pegang pegang muka Rissa yang so the cute tu and also Em the hensem boy. Sherin was a very nice and sweet lady. Tapi tak sempat borak panjang sangat. Hopefully we've got to meet again some other time.

Wednesday, September 13, 2006

SEDIH..SEDIH...

Thot today nak update blog with PD pictures. Tapi tak boleh pulak. Hubby tetiba kena gi Chiangmai for 5 days starting today until this Sunday baru balik. So he has brought with him the camera... Sedih.. sedih..

Sedih yang pertama sebab tak boleh nak download gambar.. and sedih yang kedua... uhuk..uhuk.. sebab kena tinggal 5 hari!!! Huwaaaaa....!!

Tapi tak per la. Aku harap nanti dia balik sini dia akan belikan aku baju-bajuan, seluar-seluaran..kain pasang silk tok buat baju kurung ker..hee..hee... Untung jugak aku kan! Hubby selalu macam tu. Kalau aku ada sama.. aku nak apa beli la sendiri. Tapi kalau aku tak der pandai pulak dia membeli untuk aku. Cam hari tu dia ke Langkawi, aku dapat chocolate, t-shirt dua helai, perfume Hypnose.. sungguh seronok aku rasa!

Oh ya! lagi satu sedih.. aku terpaksa drive ke ofis. Dah la time sekarang everyday hujan petang! Tak sanggup aku nak mengharung traffic tu. Keluar ofis pukul 5:30, salah salah sampai umah dah malam... Kesian Rizq dok menunggu aku!

Nantilah, bila dah ada kamera, aku download gambar dengan citer citernya sekali.

Rizq's development

Dia dah pandai cakap even not the whole word. Semenjak dua hari ni dia asyik cakap "nak mami..nak mami" I am so proud because before this dia tak tawu nak pronounce mami pun.. he always called me mimi. But now dah tahu cakap nak mami!! I'M A VERY PROUD MUMMY!!

Thursday, September 07, 2006

Hati hati selalu...

Dalam Buletin Utama semalam sorang lagi mangsa kena simbahan asid... agaknya sekarang ni dah ramai pompuwan dok ada simpanan asid satu botol kat umah kan!

Citer semalam terjadi kat Sarawak. Lelaki berumur 41 tahun & pompuwan tu pulak dalam 20-an. Seorang askar berpangkat sarjan. It's been a few months that they have been living together without knowing that the sarjan has already married.. with 4 kids!!

Tu laa.. saiapa suruh tak nak siasat dulu sebelum buat apa apa keputusan. Patut la everytime that girl brought up mariage punya topic, that sarjan mengelak.. Ermmm.. last last bila si perempuan tu dah tahu, derang bergaduh. Last resort.. kena simbah asid and now that particular sarjan ada dalam ICU, cedera parah.

Lain kali nak buat apa apa kena lah berfikir panjang.. better still for the guys, kalo nak selamat janganlah menggatal. Kalo tak kena siram asid dengan bini sendiri, girlfriend pulak yang buat hal. Haa..haa..haa..

So untuk yang lelain, esok aku akn bercuti. Nak ke PD sampai hari Ahad. Hubby ada golf. Selamat berweekend evrybody.. This time around I will remember to charge my camera battery of course!

Tuesday, September 05, 2006

Ada Fining Sikit...

Kapla ada fusing laaa...

Erm.. aku pernah citer kan yang bulan puasa ni bibik nak balik bercuti selama 5 minggu. So she decided to do some shopping. She also voiced her concern of buying a phone for her family back in Indonesia so that its easier for her to keep in touch with them. Hubby and myself have no problem to that. So hubby kata nanti nearer the date she's going back for holiday, we'll go together to buy the phone.

Waktu pergi Penang hari tu, bibik tak pergi coz dia kata nak bercuti.. and she wanted to do some shopping. So we let her. We send her to my sis's house in Desa Pandan.

Balik dari Penang when we go to pick her up.. dia cakap dengan aku "Ibu jangan marah yer..." aku tanya lah kenapa? Rupanya dia dah beli handphone. Tak per.. tak per.. as long as dia simpan henfon tu elok elok untuk dibawa balik ke Indon.. fine with us.

Last weekend waktu dia tengah tolong hubby aku ubah pasu bunga.. tup tup.. SMS dari poket dia berbunyi! Pecah rahsia dia... So, hubby and myself memang pantang la kalo bibik guna fon. Memang agen sendiri dah pesan jangan kasi pembantu guna henfon. Dari henfon lah selalu berpunca segala masalah. Masalah boyfren, masalah lari dari rumah and etc.We all pun pelik kenapa dia nak guna henfon. Dekat rumah pun ada telefon. Kalau dia nak telefon ke Indon, we all tak pernah larang. She can kol anytime...

So, aku cakap dengan dia elok elok. Hubby tak kasi dia guna henfon tu lagi. Just simpan and bawa balik hantar ke Indon. Itu petang hari Merdeka.

Malam tu, waktu hubby tengah solat kat atas.. bibik datang kat aku. Dia kata.. kalau dah tak nak kasi dia guna henfon, dia suruh aku carik pembantu lain. Dia nak balik terus ke Indon. Merajuk kononnya...

Aku ni style yang bukan suka memujuk orang. So aku kata.. bibik nak balik.. suka hati bibik. Nanti aku akan carik pembantu lain.

Cumanya yang aku tengah tension and fening ialah sebab aku dah renew permit dia, medical check up dah buat.. and flight ticket pergi balik pun aku dah beli! Wei... makan RM ribu tu... Tapi aku tak akan suruh dia balik kesini dah coz once dia dah tak ada hati nak kerja ngan aku.. biarkan jer la dia pergi. Aku risau nanti entah apa apa dia buat kat Rizq!!!

Sekarang pulak bukan senang nak cari pembantu baru. Agen kasi tahu yang most of the Indons prefer to work in either Arab or Hong Kong. The pay is much higher...

In the meantime kena cari tempat untuk Rizq stay bila bibik tak ada nanti. Aku tak boleh nak amek cuti lama sangat... uhuk...uhuk..!!

Monday, September 04, 2006

Weekend Report

Last weekend was my youngest SIL convo kat Uniten Bangi. So Friday after work, we headed straight to Bangsar. Jumpa Rizq & my in-laws kat sana. Malam tu we had dinner kat Bangsar Seafood, One Bangsar. Alamakkk.. food was very yummy. Hubby ordered Buttered crab (my favourite), buttered prawn (buttered lagi!), Fish with entah apa sauce, sotong goreng tepung, sizzling tofu and a vege. Sedap.. sedap... waktu tu makan dah tak hengat dunia. Gemuk pun gemuk laaa.. Hee..hee...

Abis makan around 9:00 o'clock, we went straight to Mariott IOI. First time pergi sana. The hotel room was big, bathroom was spacious.. but the aircond is so very very cold..brr... We switch it off, but even that we are still shivering under the comforter.

Early Saturday morning, semua kena get ready dekat dewan convo. Rizq we all tinggalkan kat bilik dengan bibik. I'm sure I will be sleepy dekat dalam dewan nanti. Masuk pukul 8:00a.m and akan abis around 2:00p.m. Yang tak bestnya, we all were seated kat baris depannnnn sekali kat VIP because my FIL is The Business School punya Dean. Memang tak leh nak cilok tido la. Rasa cam tersenggok senggok dah. Camera pulak asyik kat depan mata ni ha! Sampai rasa pening kepala menahan mengantuk.

Fuh.. lega! Abis awal around 1:00p.m. Lepas makan and so, balik bilik amek Rizq. Lepak lepak sekejap, petang bawak in law & Rizq ke KLCC. Hubby nak cari a few books kat Kinokuniya. Got to do some shopping kat Isetan because the original plan was to spent only one nite dekat Marriott, but then in law suruh tido lagi satu malam. Terpaksa lah membeli baju Rizq and tambah apa apa yang tak cukup untuk dia. Mommy & daddy will just make use apa yang ada jer la. On the way back to hotel, Rizq dah tertido dalam khete. So tak boleh nak dinner. Just tapau nasi goreng bawa balik hotel.

Sunday morning.. bangun lambat sikit. Nasib baik Rizq pun ok.. tak buat perangai. Lebih kurang pukul 10:00a.m. check out. Pergi breakfast... and we all pun balik. Tengahari tu sampai rumah, badan rasa macam nak demam...menggigil. Telan panadol 2 biji.. ingat nak tido. Tapi tak boleh juga. Rizq dok mengacau. Layan jer lah si kecik tu.

Ingat malam nak tengok ada orang tu kawin kat Lipis.. tapi, penat punya hal, dah tak boleh tahan. Tengok dalam mimpi jer laa...

Frust sket tak boleh amek gambar coz camera tak charge! Silly me!!