Hari minggu hari tu aku ke Genting Highland bersama suami & anak & juga member satu office aku. Sampai ke Awana pun hari dah petang...hujan pulak turun mencurah curah.... Tapi what the heck! Dah terlanjur sampai, kami bergegas ke Skyway untuk naik ke atas.
Tiba di stesyen..masyaallah...panjang nya Q nak ambik skyway. Akhirnya selepas satu jam beratur, dan tangan aku dah rasa macam nak patah mendukung Rizq yg sedang tidur, kami berjaya mendapatkan tempat.
First time naik skyway...gayat pun ada. Mak ooii..tingginya! Lebih kurang 15 minit, kami pun sampai keatas. Rizq buat perangai tak nak duduk stroller. daddy nya dukung pun dia menangis. Terpaksalah aku yang mendukungnya. Nasib baik anak sorang. Bolehlah manjakan lebih sikit.
Tak lama kat atas, kami pun turun balik ke Awana. Singgah kedai nasi kandar di Gohtong Jaya for dinner. Sampai hotel, dah tak boleh nak buat apa...tak terdaya rasanya. Yang termampu hanyalah layan TV jer...
The next morning, actually hubby & the fren nak memukul. Tapi malangnya course tutup for repair. Hee..hee... Terpaksa lah menemankan isteri & anak kat swimming pool saja. Nak join, tak bawa swimming trunk! So lepak jer lah kat tepi pool tu..sambil sambil tu dapat juga lah dia mencuci mata...
1 comment:
Selamat....nanti ajak aku skali yer..
Post a Comment