Thursday, July 14, 2005

Dah Kurus?????

Kurus...itu lah perkataan yang aku tanamkan dalam diri aku semenjak 9 bulan yang lalu. Tapi nampaknya "kurus" cuma akan tinggal didalam kenangan coz setelah "mencoba" dengan begitu teruk sekali..hasilnya CIPUTTTT..jer!

Sewaktu mengandungkan Rizq, selera makan aku begitu baik sekali! By 9 months berat aku bertambah sebanyak 22kg. Waktu tu aku tak ambil pusing coz aku rasa selepas melahirkan, mesti aku boleh mencapai berat aku yg ideal kembali. Kenangan cuma tinggal kenangan. Walaupun dah 9 bulan berlalu, aku masih ada 5kg untuk aku kurangkan.

Sekarang setiap pagi sarapan aku cuma quaker oats...dan tengahari pulak aku akan makan sayur-sayuran hijau tanpa nasi. Malam aku akan makan nasi, tapi dengan quantity yg dicontrol. Tapi hampeh! Baru kurang 1.5kg.... Berapa lama lagi akanya perlu aku cenggini????

No comments: