Friday, July 15, 2005

Rizq's First Word

Semalam petang balik lewat sikit. Traffic teramat teruk. Tension pun ada.

Terlanjur balik lambat, me & hubby terus pergi ke Syed kat seksyen 3. Perut tengah lapar. Maklumlah balik kerja..hujan pulak tu. Aku pekena roti naan & hubby pulak makan nasi briyani bukhara ikan. Emm...yummy!

Sampai rumah dah dekat maghrib. So nampaknya Rizq tak boleh jalan jalan tengok fish kat taman. Hubby terus dukung Rizq..sebab macam tu lah selalunya. Tapi bila Rizq tengok aku, dia terus hulurkan tangan and suddenly dia sebut..."MUMMY!"

Yes! tak dapat aku gambarkan betapa bangganya & sukanya hati aku ni. Then sepanjang malam bila dia bangun dia akan panggil "mummy"....Sampai hari ni aku terus tersenyum...

1 comment:

PB said...

Hai..sonok kan bila anak buka mata jer terus panggil nama kita...hilang segala masalah masa tu.