Friday, January 27, 2006

Keliru

Aku nak ke Medan, aku kena pindah rumah...DAN aku kena pindah opis. Semuanya dalam satu masa yang hampir sama. So now aku tak tau nak merancang untuk ambil cuti...

Aku akan ke Medan memang confirm 1-4 March 06 nie. Itu no hal.

Problem yang pertama
Company blom decide on the date that we would have to move. Mungkin end of February, mungkin early March. Then during that time, cuti semua orang akan difreezekan. Rumah aku pulak kena dikosongkan by March. Kalau aku nak pindah awal, MIL's house (where we are going to move in) masih ada barang. So macam mana we all nak masuk pindah dengan barang barang antik we all? Tapi kalau pindah end February pulak, tetiba nanti terclash ngan time Company nak pindah pun susah jugak. Cuti kena freeze. macam mana nie? Otak aku buntu!!

Problem yang kedua
Aku plan awalnya nak berpindah sebelum ke Medan, supaya kami semua dapat menikmati cuti & rehat sepenuhnya. Yealah.. kalo semua benda dah settle, nak pergi bercuti pun kepala tak berserabut. Yang si hubby pulak bercadang nak pindah after balik Medan. Aku kata penat coz balik Medan, we all sampai rumah dah pukul 10:00 malam. Then the next morning kena kelam kabut pindah. Mana nak settle bbarang barang, mana nak settle lori, dengan anak kecik lagi... Camana ni yek!

Wednesday, January 25, 2006

Buah hati



Gambar terbaru hujung minggu hari tu. Eventhough si kecik dah nak masuk 15 months 28 Jan nie, tapi dia still tak tahu bercakap. Mungkin setiap kanak kanak berbeza. Si kecik cepat berjalan. Seawal 9 bulan dia dah laju berjalan. Tak lama selepas tu, gigi pulak tumbuh. Si kecik memang cepat bab bab yang itu...cuma blom boleh bercakap. Dia akan faham segala yang kita cakap or suruh dia buat. I don't think its a problem right????

Boss Tak Der!

Muaahaahaa... aku rasa ini lah waktu paling best untuk datang opis! Bila boss tak ader.. memang aku fening kepala bila dia ada. Tak cukup dengan kerja ofis, kerja personal dia kita kena buat.

Last Sunday the wife gave birth to their third baby. So seminggu ni dia amek coti... sambung lagi sampai raya cina. Altogether, 2 minggu coti. Dunia ini ana yang punya! Apa aku nak buek yer? Apa lagi kalo tak melawat ke blog blog orang..

Lagi satu plan aku ialah nak mensettlekan kerja kerja personal aku. Aku kan nak pindah bulan depan. So segala surat menyurat, bank lah, astro lah.. semua kena tukar address. Aku nak hantar surat Change Of Address lah!

Erm.. apa lagi aku boleh buat? Yes! Lagi satu.. aku boleh keluar makan awal & masuk balik lambat..muaahaahaa... Bayangkanlah, aku kan kerja di jalan bukit bintang. So aku dikelilingi oleh shopping shopping complex yang beraneka ragam & warna. Tambahan pula BONUS baru jer masuk...Adduss... bahagianyaaaaaaaaaaa.....

Monday, January 23, 2006

Anak bujang ku dah besar kan!



Ini lah gambar si kecik ku yang dah pandai nak main mata tu... Sekarang ni kalau dah masuk swimming pool, memang dia dah tak nak naik! Biarpun bibir tu dah biru... mandi tetap mandi!!

Bersarang & Bersawang....

Aduss...adusss.. sarang di sana sini. Susahnya nak cuci. Agaknya dah berapa lama lah rumah ku syurga ku ini dah aku tinggalkan! Nak kata sibuk...tak sibuk. Cuma busy melawat blog orang lain...

Cerita Si Nonet

Si kecik ku itu dah nak masuk 15 bulan dah umurnya. Dah pandai berlari, dah pandai melompat tapi yang paling kelakar ialah dia dah pandai mengorat!!! Aku dengan hubby tak kering gusi melihat perangai dia.

Tapi yang paling kelakar kejadian petang semalam. Hubby turun ke bawah apartment untuk jogging di track. So aku pun bawak lah si kecik turun main di playground. Memang sah dia tak akan duduk dlm stroller. Yang kami perasan perangai si kecik yang paling ketara ialah dia suka sangat make frens. Kalau masuk dalam lift and sesiapa yang dalam lift tu tak tegur dia, dia akan tegur orang tu dulu.

Ok..berbalik pada cerita semalam. Memang ramai lah orang yang ada dekat playground tu. So si kecik pun sibuk lah nak join dengan aweks aweks tu main. Hai sana hai sini.. bye sana bye sini... So tiba time nak balik, hubby pun buat lah last stretching. Si kecik ni sibuk nak kejar 2 orang awek bertudung. Tengah hai hai tu, dengan confident nya dia jalan tanpa pandang ke depan.. Tiba tiba TOINGGGG!!! dia terlanggar tiang lampu. Habis berdarah mulut/bibir dia. Aku dengan hubby walaupun tergamam sekejap, tapi we all tak leh tahan sebab kecik kecik pun dia dah pandai nak mengorat orang sampai terlanggar tiang lampu...


Hubby & Myself

Sekarang ni we all tengah sibuk nak carik buyer untuk apartment yang we all tengah duduk tu. Sebabnya??? By mid of February ni we all kena pindah ke Bukit Beruntung. Rumah in law. In law akan pindah ke Melaka dan rumah tu diamanahkan pada anak sulung dia (hubby ler tu) and aku untuk menjaganya. So sekarang ni tengah sibuk carik kotak, beli barang sikit sikit untuk rumah baru, and overhauled umah yang duduk sekarang.

Sometimes tu aku rasa sedih sangat nak pindah nie. Bukannya apa. Dah lama sangat stay kat Shah Alam nie. So tetiba kena pindah Bukit Beruntung. Aku rasa tempat tu jauh & terpencil sangat. Mana tak sedih! Pas tu bukan duduk umah sendiri pulak. Rasa cam menumpang jer.... Tapi apa nak buat. Dah hubby kata pindah, aku turutkan sajalah...