Thursday, November 30, 2006

Macam Dah Tak Cukup Hari

Dah lama tak update.. and dah lama tak round blog orang..

Aku busy & teramat busy. Ni nak update sket untuk menunjukkan kewujudan aku dalam dunia blog nie...

Aku sepatutnya cuti last Monday & Tuesday untuk menunjuk ajar maid. Tapi dipanggil balik bekerja. Sampai kemalam pulak tu. Sampai rasa dah tak cukup ruang nak bernafas! Memang really hectic & giler rasanya.. Nasib baik aku masih siuman.

Sorry sebab tak sempat nak jawab comment. Nak melawat ke blog korang pun masih belum ada masa. Ni boss keluar, aku curik waktu sikit nak menulis.

Since semua orang tanya pasal maid, kat bawah ni aku ceritakan sikit..

MAIB BARU

Namanya Tina. Orang Jawa Timur. Very polite & soft spoken. Kejap dia panggil aku ibu & kejap dia panggil aku mem. Confuse! Pernah bekerja kat Ipoh sebelum ni dengan family Cina.

Pasal makan pulak, dia berbeza dengan maid aku yang lepas. Tina makan sikit sangat... Pagi memang tak breakfast. Dia cuma makan sekali waktu tengahari, sekali waktu malam. Tak pernah nampak dia bancuh air untuk minum pun. Then lagi satu, dah jenuh aku & hubby suruh dia makan atas kerusi, tapi dia tak nak. Still selesa makan atas lantai..

Rizq seems to get along well with her. Tina cook for Rizq. Mungkin sebab Tina ni rajin layan Rizq main, that's why Rizq suka. She is married with one son aged 3 years old.

So.. itu jer boleh aku cerita setakat ni. Too new too judge kan. Apa apa pun kita tunggu after 6 months ok!

RIZQ

Still batuk & flu. Sekarang under medication..

Till then.. See you!

Wednesday, November 22, 2006

Blom Jawab Tag

Aku masih berhutang dengan MR... nanti erk! Ni aku tak sempat nak pikir. Tapi mesti... aku tetap akan buat..

Actually aku tak der idea nak tulis apa hari ni. Tapi disebabkan boss blom masuk (dia sakit! now tengah jumpa doktor.. YES!! YES!!!), aku nak amek peluang mengupdate.

RIZQ

Semalam petang kakak yang jaga RIZQ dah bawa dia jumpa doctor. Macam macam ubat kena makan sebab doctor kata dia dapat food poisoning. So malam tu nampaknya dia dah nak makan biskut & minum susu. Kira ok jugak la. At least he ate something, rather than perut kosong tak makan apa apa. Mesti lemah badan tu.

HUBBY

Dia tengah attend 2-days training kat Sunway Convention Centre. Tapi tak boleh escape sebab boss dia kena pi skali.. muaahaahaaa..

AKU

Aku masih seperti yang dulu..(kena nyanyi cam rentak lagu Hetty Koes Endang)! Ermm.. tak der mender menarik nak cakap. Busy kat ofis, busy kat rumah. Tapi badan masih ditahap yang lama. Montel tak kurang kurang!

MAID

Akhirnya, maid aku dah landing di Malaysia malam tadi. So, this Friday nite, agent akan hantar kerumah... Dan aku boleh menarik nafas lega selepas hujung minggu ni. Net Monday & Tuesday aku akan bercuti. Nak mengajar maid plak. Tunjuk ajar ku Sifu!

Itu jer lah entry merapu aku hari ini. Till then!

Monday, November 20, 2006

Weekend Yang...ADUSSSSSSS.....

Rasanya memang tak sempat nak mengupdate pagi ni. Tapi tulis jer lah sket. Lama sangat rasanya asyik citer pasal makan kan...

Started from Friday. Plan minggu lepas Sabtu nak balik ke Melaka. In law buat open house. Tapi tup tup Friday petang hubby kata nak balik ke Melaka Jumaat malam. Rasa cam hangin semacam coz kat rumah tu macam macam kena settlekan. Maklum lah maid tak der, so semuanya nak kena settle waktu hari Sabtu & Ahad. Baju nak cuci.. rumah nak kemas, nak mop, barang Rizq lagi.. macam macam!! Tapi bila di ingatkan syurga itu di bawah tapak kaki suami.. aku ikut jer lah. Aku kan isteri mithali!

Sabtu pagi, aku sibuk menolong mother in law aku didapur, while Rizq ikut daddy nya gi breakfast. Balik dari tu, Rizq dok mengadu perut dia sakit. "Tit nie..tit nie" sambil tunjuk kat perut. Tak lama lepas tu dia start to vomit. Badan dia lembik semacam. Tak boleh makan or hisap susu.. nanti semua keluar balik. So ari Sabtu tu, aku asyik melayan dia saja. Sabtu malam, lepas Rizq tido, aku & hubby keluar plak ke Hospital Putra, Melaka, tengok nenek hubby yang dah 11 hari terlantar kat sana. Demam.. tapi tak tau apa puncanya.

Ahad pagi, Rizq still muntah. We all siap-siap, after breakfast, berangkat balik ke Bkt Beruntung. On the way, singgah Damansara sekejap, tapau McD. Alhamdulillah hari Ahad tu, Rizq dah stop vomitting. Tapi still tak der selera. Nak main pun tak larat. Aku pulak sampai jer kat umah, sinsing lengan terus buat kerja.

Malam tu, aku pulak konk! Rizq 7:30 dah tido.. mummy menyusul pukul 8:00 dah tarik selimut. Lepas makan, aku tinggalkan jer meja. Hubby yang kemas, cuci pinggan etc. Aku betul betul dah tak larat!

Ni akibat Rizq asyik muntah atas katil lah nie. Berapa helai bedsheet aku kena cuci. Tu blom kira carpet & cushion lagi!

Hopefully hari ni dia ok....

Tuesday, November 14, 2006

Makan Busat di Ofis Plakssss...

Semalam geng geng & crew crew we all buat makan makan kat ofis. Pot luck style, then we all jemput kengkawan yang lain makan makan. Tak abis abis makan kan.. Isshh.. isshh.. isshh.. apa la nak jadi nie!

Menu semalam - pulut kuning, meehoon, lemang, rendang, kuah kacang, satay, roti jala, pizza, nasi lemak,lontong, nasi himpit etc. Dessert plak, pudding cocktail, pudding jagung, bubur jagung, fruits, biskut raya etc.

Memang kenyang.. aku sampai tapau nasi lemak bawak balik coz banyak sangat yang berlebih.

The Crew



The Dessert

Kuah Lodeh / Lontong

The Pizza & Popia Goreng

Makan Tak Hengat Duniaa...

Wednesday, November 08, 2006

Weekend Punya Citer

Fuh! Lama gak rasanya dah tak update. This week teramat lah busynya. Ada proposal kena siapkan.. Saper lagi yang kena buat kalau tak kuliketip sorang nie.. hee..hee..


Sabtu

Pagi pagi lagi seawal jam 5:00 aku dah bangun. Aku kena siapkan mencuci baju sebelum Rizq bangun.. kalau tidak mulut aku yg akan jadik penat marah kan budak yang tak makan saman tu! Habis mencuci semua.. aku clearkan pinggan mangkuk yang dah dicuci malam tadi. Settle around 6:30, Rizq pun bangun. Layan dia atas katil.. sampai pukul 7 lebih baru turun ke bawah. Mandikan si budak itew, kasi susu.. makan and gerak hubby. After semua dah siap, kami ke pasar & terus breakfast. What did Rizq had for breakfast? Nasi lemak, meehoon goreng, roti steam & half boiled egg. Meriah kan!

Balik dari pasar, cuci ikan & masak dua tiga jenis lauk untuk di freezekan for next week. Mula mula plan nak ke rumah Sherin awal. Tetiba plak itu budak kecik tido.. bangun dah dekat pukul 3 ptg. Dia bangun jer, kasik makan then siap siap. Last last dah dekat pukul 4 baru bertolak dari rumah. Kena pulak hujan teramat lebat. Lambat lah jadinya we arrived at Sherin's house.. itu pun tersesat sekejap. Hee..hee..

And guess.. what do we had there? A freshly baked butter cake and chocolate truffle (Rasanya la, betul tak Sherin?) Yummy.. yummy...

And Rissa and Em were such sweet kids. Rasa nak cium cium tapi disebabkan I'm having a bad cough, jadi terbatallah hasrat. Nanti takut berjangkit pulak! Kiss for them Sherin..!!

After about an hour there, we had to leave. Destinasi seterusnya to my hubby's uncles' houses kat Manjalara. After visited the uncles, we left for home at around 9 p.m. Penatnya...

Sunday

Erm.. hari ni ingat nak buat breakfast kat rumah. Tapi hubby kata nak makan kat kedai Kelantan pulak. So..off we went to the Kelantanese. Seronoknyaaa.. safe my energy daripada memasak.

Nothing much today. Just masaking & layaning anak jer kat rumah. Rizq ni kalau mummy ada, dia memang asyik nak berkepitssss ajer! Susah nak buat benda lain unless he sleeps.

Monday, Tuesday & Wednesday

Bz.. bz.. and bz.....

Looking forward to more open houses next coming weekend!

Wednesday, November 01, 2006

Gambar Raya

Kali ni cuma update bergambar jer laaa...

Enjoy!!


Mummy & Rizq


Daddy & Rizq tengah breakfast di pagi raya


Me & Bapak


D Cake


D Family


Rizq with 2nd cousins playing kat halaman rumah kat Melaka


Me, Rizq, Mak & Bapak


Happy 2nd Birthday