Semalam umur ku genap 32 tahun...Tak banyak yang dibuat. Hari cuti. Tapi itu tak beerti yang aku boleh bangun lewat. Rizq akan bangun seawal pukul 5:30 pagi. Pusing kiri pusing kanan..kesian tak ada orang nak layan dia. Mummy & daddy still very much deep in sleep. Boring agaknya, dia pun start bersuara. Time ni, nak tak nak terpaksa bangun..hee..he...
Hari cuti ni aku & suami ambik peluang untuk kepasar. Yealah..hujung minggu biasanya suami sibuk dengan kelas MBA nyer. Memang tak berpeluang nak kemana. Terlanjur bercuti & tambahan pula hari jadi aku, tengahari tu kami keluar berjalan jalan. Rizq kena tinggal lagi. Kesian sebab sekarang dia dah pandai erti kena tinggal. Sedih saja rupanya. Tapi tengahari tu panas sangat. Tak sampai hati nak bawa dia berjalan time panas panas macam nie.
Arah tujuan kami ke Bukit Bintang tengahari ni. Plan memang nak berjimat. Tapi bila dah nampak barang memang duit tak oleh nak simpan. Sempena hari jadi aku, hadiah dari suami merupakan seutas jam tangan. Thank you sayang...
No comments:
Post a Comment