Saturday, April 30, 2005

Merajuk

Petang semalam hujan lebat. Tau jer lah. Kat KL nie, time ujan memang jalan jem.

Normally sampai rumah dalam pukul 6:30 petang. Tapi semalam dekat pukul 8:00 malam baru sampai. Plan nak masak sambal udang terbengkalai...

Sampai jer rumah, aku & hubby terkam anak dulu. Tapi dia buat derk ajer. Tak nak gelak bila diagah. Pandang muka mummy & daddy pun dia tak mahu. Tapi bila dengan bibik nya bukan main dia ketawa. "Eh! Takkan Rizq marah & merajuk kut!" Sampai lah kemalam waktu aku nak tidurkan dia, dia masih very cold towards mummy & daddy.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, mood dia dah ok sikit. Tapi bila aku nak keluar pintu, Rizq mengangkat tangan dia seolah olah nak ikut kami pergi kerja. Emmm...perit rasa nya bila macam nie. Boleh ker aku MC??? hee..hee...

Riz..Rizq..baru 6 bulan dah pandai merajuk yea..Mummy & daddy will try to be home early today..

No comments: