Tuesday, May 30, 2006

Kacang

Semalam petang lewat lagi sampai ke rumah. Bibik dah telefon berkali kalai tanya bila nak balik sebab Rizq asyik sebut "nak mimi..nak mi..." Alaa.. kecoh lah si bibik nie!

Sampai rumah Rizq dah standby kat luar menunggu. We all sampai jer, si kecik tu terus masuk khete. Bawak ler pusing seround dua melepas kan gian nak naik car dia tu.

Balik umah dah dekat maghrib. Bukak kan TV tok Rizq. Tengah ada citer KACANG kat TV1. So korang semua pernah tengok tak citer nie? Mengisahkan kehidupan bermacam macam jenis kacang yang ada kat dunia ni. Kacang pis, soya, hijau, dan entah apa lagi. Si bibik jer pandai nyanyi lagu ni. Baru tengok kejap citer tu dah nak abis. Rizq yang aku tengah riba dah start jebik jebik mulut. Aku pun pelik. Start jer tulisan kuwar kat TV tu menunjukkan tamatnya citer kacang tu, Rizq start menjerit. Menangis, merayu sampai basah baju ngan air mata dia. Asyik sebut "nak..nak" and tunjuk kat TV.

Rupanya dia sedih citer tu dah abis sebab dia baru jer nak start feeling tengok KACANG. Jenuh lah pulak aku memujuk dia supaya stop crying.

Semenjak bila pulak dah dia nie jadi hantu citer KACANG???

Thursday, May 25, 2006

Hadiah untuk diri sendiri


Korang ingat lagi tak posting aku bulan April dulu? Pasal aku komplen susah nak bergerak kemana mana kalo hubby tak der.

Then waktu birthday aku aku dah belikan diri aku hadiah. Ni ler dianya. Amacam.. cun tak????

So sekarang ni aku dah rasa ok sket. Walaupun I don't drive to work, but then khete ni still akan bergerak. terutama untuk bawak Rizq jalan petang petang waktu balik kheje. Me & hubby akan alternate car to work. Seminggu khete hubby, and seminggu khete aku. So now aku nyer expenses pun dah naik sebab kena isi minyak... kena antar servis. Tapi tak per. janji hati puas.

Rizq pulak sekarang ni dah macam routine pulak. Everyday we all balik kheje, kena amek dia bawak round round. Selalunya hubby yang bawak coz aku kena memulakan tugas sebagai isteri mithali... iaitu memasak. Hee.. hee....

Pagi tadi Rizq terkezut jaga pukul 4:30 pagi. Bangun jer dia terus duduk. "Wiwi"... alahai.. takkan ler pukul 4:30 pagi nak tengok TV anak ooiii...
So aku pun bebuat tukar topik.. "Rizq nak susu?" Then dia kata 'Nak!" and terus turn kat daddy dia pukul pukul suruh bangun bancuh susu.. Hee..hee.. Selamat mummy bleh sambung tido.

Monday, May 22, 2006

+ X Rojak..***

Boss Baru Ku

Baru baru ni aku ada dapat boss baru. So.. ini nak ngumpat sket. Dia ni kan kalau menguap.. punyalah kuat. Aku tau lah dia tak der keje.. tapi kalo ngantuk pun jgn ler tunjuk sangat. Ini satu hari ada lah 44 kali dia menguap. Pas tu bila sendawa pulak. satu floor leh dengar. Isshh. pelik aku ngan orang orang yang cenggini. Now, waktu & saat aku tengah menaip ni (aku baru lepas balik lunch) dia tengah tido. Sedap punya nganga ker. Tersandar kat dinding. Pas tu yang paling aku tak leh tahan.. dia punya dengkur. Alamakk.. kalah enjin generator. Aku masuk pintu dia tak sedar... aku punya phone bunyi pun dia tak sedar... Ni sesajer aku tekan keypad kuat kuat... Pun daia tak sedar!! Apa lah agaknya yang dia buat malam tadi kan. Heee.. heee....

Anakku Sorang

Sekarang ni Rizq dah nak masuk umur 19 bulan. Dah makin banyak mulut. Apa yang aku & daddy dia cakap semua dia boleh faham. Dia memanggil aku dengan nama MIMI.. & membahasakan diri dia YISH... Cute sesangat. Semalam dia panjat atas sofa kat rumah tu. Dia berdiri atas sofa tu, angkat satu tangan tinggi tinggi cam orang pegang pedang & terjun! Masyaallah.. apalah yang agaknya dia angan angan kan tu. Bukan main cam Tarzan lagi. Lagi satu perangai baru dia ialah kalau naik kereta dia tak nak duduk tempat lain. Dia nak duduk ngan daddy dia drive khete. Aku cukup angin betul sebab kalau aku tarik dia akan menangis macam gila meroyan.. Anak... anak....

Aku

Weekend yang lepas adalah hari menghabiskan duit untuk aku. Aku keluar ke One Utama bershopping. Pas tu.. balik singgah pulak ke Damansara beli TV satu untuk dalam bilik tidur. Apa kelas! Maid aku kasik TV dalam bilik (walaupun cuma TV 14 inci).. aku & hubby cuma tengok TV kay living hall jer. Bilik tak der mender. So untuk menaikkan taraf aku sama dengan maid, aku pun beli satu TV untuk letak kat dalam bilik.. muaahaahaa.....

Tuesday, May 16, 2006

wA C BoOKs......

Hee.. hee.. disebabkan korang asyik dihidangkan dengan gambar zoo jer sejak minggu lepas, aku cuba lah menulis sesuatu. Walau pun dalam otak ni kering kontang tak tau nak tulis apa..

Last week has been a very busy week for me. Tak menang tangan rasanya nak buat kerja.

Friday, 12 May

Pepagi lagi aku & hubby bangun. Bukannya apa.. Fridge tu kena diisi. barang barang basah semuanya dah habis. Untuk aku seronok lah sebab tak payah memasak. tapi bg suamiku yang tercinta gitu...yang perutnya kena diisi dengan masakn isteri tersayang terpaksalah jugak aku kepasar. Pergi pasar waktu hari bukan hari minggu memang seronok. Orang tak ramai. So tak payah lah nak bersesak sesak memilih barang. Pas tu terus ke kedai mamak, breakfast. Breakfast tanpa anak disisi perut memang kenyang. kalo tak mana nak melayan anak.. mana nak menyuap mulut... Issshh.. Fening!!

Balik umah, amek Rizq and terus ke kelab. Bawak anak bujang sorang tu berendam. Punyalah hepi. Tapi satu hal pulak nak bawak dia naik. Meraung raung member bila daddy dia suruh naik. Mana taknya.. kulit yang dah sememangnya IRENG tu semakin rentung!

Tengahari sampai petang cuma lepak kat umah...

Sabtu, 13 May

Apa yer yang aku buat ari Sabtu itu hari??? Oh ya. Aku ada gathering member member sekolah Men Sains Teluk Intan di IOI mall Puchong. Walaupun the turnout tak berapa menggalakkan, tapi aku hepi dapat jumpa derang semua. Ada tu dah lebih kurang 15 tahun dah tak pernah jumpa. Main bowling.. tapi banyak yang masuk longkang. mana taknya.. semenjak aku operate perut & my breast lump 4 tahun yang lepas, aku dah tak pernah pegang bola bowling.

Ahad, 14 May

Aktiviti hari ni hanyalah.. masak.. masak.. and masak... Pagi sampai lah kemalam.

Monday, 15 May

Ari ni amek cuti coz sepatutnya tengahari ada interview. Pas tu petang pulak nak settlekan hal jual umah. Tapi tetiba that company called. Interviewer tu terstuck kat Hong Kong.. Pulak dah. So.. I wasted my half day leave. Melepak kat bilik opis hubby sampai tengahari. Hubby pulak dah aku depan mata tak buat kijer. Kita orang bersembang & main PC..... Nasib baik boss dia pun cuti. Makan gaji buta lah nampaknya hubby aku tu.

Wednesday, May 03, 2006

A short update





Lately ni aku banyak kerja. Nak melawat & meninggalkan komen kat blog kengkawan pun dah tak sempat. So yang sempat cuma upload gambar nie. Let the picture speaks. gambar gambar waktu melawat zoo melaka ahad lepas..