Monday, May 22, 2006

+ X Rojak..***

Boss Baru Ku

Baru baru ni aku ada dapat boss baru. So.. ini nak ngumpat sket. Dia ni kan kalau menguap.. punyalah kuat. Aku tau lah dia tak der keje.. tapi kalo ngantuk pun jgn ler tunjuk sangat. Ini satu hari ada lah 44 kali dia menguap. Pas tu bila sendawa pulak. satu floor leh dengar. Isshh. pelik aku ngan orang orang yang cenggini. Now, waktu & saat aku tengah menaip ni (aku baru lepas balik lunch) dia tengah tido. Sedap punya nganga ker. Tersandar kat dinding. Pas tu yang paling aku tak leh tahan.. dia punya dengkur. Alamakk.. kalah enjin generator. Aku masuk pintu dia tak sedar... aku punya phone bunyi pun dia tak sedar... Ni sesajer aku tekan keypad kuat kuat... Pun daia tak sedar!! Apa lah agaknya yang dia buat malam tadi kan. Heee.. heee....

Anakku Sorang

Sekarang ni Rizq dah nak masuk umur 19 bulan. Dah makin banyak mulut. Apa yang aku & daddy dia cakap semua dia boleh faham. Dia memanggil aku dengan nama MIMI.. & membahasakan diri dia YISH... Cute sesangat. Semalam dia panjat atas sofa kat rumah tu. Dia berdiri atas sofa tu, angkat satu tangan tinggi tinggi cam orang pegang pedang & terjun! Masyaallah.. apalah yang agaknya dia angan angan kan tu. Bukan main cam Tarzan lagi. Lagi satu perangai baru dia ialah kalau naik kereta dia tak nak duduk tempat lain. Dia nak duduk ngan daddy dia drive khete. Aku cukup angin betul sebab kalau aku tarik dia akan menangis macam gila meroyan.. Anak... anak....

Aku

Weekend yang lepas adalah hari menghabiskan duit untuk aku. Aku keluar ke One Utama bershopping. Pas tu.. balik singgah pulak ke Damansara beli TV satu untuk dalam bilik tidur. Apa kelas! Maid aku kasik TV dalam bilik (walaupun cuma TV 14 inci).. aku & hubby cuma tengok TV kay living hall jer. Bilik tak der mender. So untuk menaikkan taraf aku sama dengan maid, aku pun beli satu TV untuk letak kat dalam bilik.. muaahaahaa.....

16 comments:

Syikin said...

sabor MB ngan bos baru tu..sempat ya MB kira dia menguap ebrapa kali ;). kalau saya pun kira gak kot.first time dengor camni punya bos

bab anak tu..hehe, itulah sbhgian drp dunia kanak2..lepas2 ni lgi adventure.

eh..maid tu bagi tv letak kat bilik, tak takut ke dia asyik tgk tv nanti tak ingat nak wat keje rmh?

alinlai said...

TV Plasma ka? Yish dok berlakon citer Thunder Cats tu bukan dulu2 mak dia minat citer kartun tu ka? mana tumpah kuah kalau tak ke nasi ke ke ke...

marlinabaharom said...

syikin-so far tengok maid ok laa. semua keje beres sebab pesan malam jer tengok tv waktu we all ada umah. tak tau ler dia betul ikut cakap or not.. allah jer lah yg tahu.

lyn-hang jgn perli aaa.. mana ada duwet nak beli plasma tv..hee..hee.. dolu dolu mak tak seganaih tu la!

kasutVINCCI said...

keless you. maid pun ada tv kat bilik. Kekekekeke

marlinabaharom said...

KV-kesian pulak kat dia.. kang memalam boring tak tawu nak buat apa.. sambil tu nak pancing soh dia stay lg ngan we all.. hee.hee..

Ayu said...

siap nak menaik taraf bilik sama dgn maid tuh hahahaha sabo jek la ko MB

Arena said...

Sabar jelah bos baru ko tuh.muahahha..

oo ko dah ader TV dalam bilik ya.. rumah aku punyalah kecik, TV kat ruangtamu aku leh dengar sebutir-sebutir dalam bilik..so tak yah la TV lain kkekeke..

atehlaila said...

Menaikkan taraf sama dgn maid? Biar betul..kurang2 ko kena pakai 21 inci punya tau..

Hot Mama said...

Hahha! Tul tuu takkan laa maid ade tv dlm bilik boss takde satu dlm bilik...
Pasal menguap tuu memang tak senonoh! Dia tak tutup mulut ker, lalat masuk baru tau.. fre-free jer kenyang! Hheeheh

marlinabaharom said...

ayu - memang benar!!!

arena-bukannya apa. sebagai persediaan worldcup ni. kang terlepas pulak la cerita sembilu kasih, ada apa dengan cinta , salina 2..etc etc...

ateh-yea betul! aku amek 21 inci nyer tv ler..plasma blom mampu

hot mama-dia memang tak tutup mulut..memang tak senonoh!

alinlai said...

achik,

lupa nak tanya...ada astro ka TV ur maid ke ke ke...

marlinabaharom said...

lyn-cis... soalan bonus tu! mana leh kasik astro kang sesedap dia melayan sinetron indon waktu siang...

simah said...

salam perkenalan..

hopefully bos u tu bila menguap ada la lalat masuk dlm mulut ka..gerenti takkan menguap mcm mulut crocodile lagi dah..

MAMARISYIA said...

muahahhahah..kalau aku mau aku buat-buat tipon dia punya ext..bagi dia tersedaq...muahahah..buruk sungguh...kehkehkeh...sib baik ko dah upgrade tarap ko ngan maid ko tu...kalau tak mau maid ko cakap aku puan...dia bibik ku!!!muahahahha..cabbbbbuuuuttt...

marlinabaharom said...

simah-selamat berkenalan.. ni blog hopping dr mana nie??

MR-aku tau ler umah ko tu dah canteksss.. jgn buat aku jeles!

PB said...

wow... ini baru boss yang highclass. Maid pun bagi Tv.
Baguslah...