Tuesday, May 16, 2006

wA C BoOKs......

Hee.. hee.. disebabkan korang asyik dihidangkan dengan gambar zoo jer sejak minggu lepas, aku cuba lah menulis sesuatu. Walau pun dalam otak ni kering kontang tak tau nak tulis apa..

Last week has been a very busy week for me. Tak menang tangan rasanya nak buat kerja.

Friday, 12 May

Pepagi lagi aku & hubby bangun. Bukannya apa.. Fridge tu kena diisi. barang barang basah semuanya dah habis. Untuk aku seronok lah sebab tak payah memasak. tapi bg suamiku yang tercinta gitu...yang perutnya kena diisi dengan masakn isteri tersayang terpaksalah jugak aku kepasar. Pergi pasar waktu hari bukan hari minggu memang seronok. Orang tak ramai. So tak payah lah nak bersesak sesak memilih barang. Pas tu terus ke kedai mamak, breakfast. Breakfast tanpa anak disisi perut memang kenyang. kalo tak mana nak melayan anak.. mana nak menyuap mulut... Issshh.. Fening!!

Balik umah, amek Rizq and terus ke kelab. Bawak anak bujang sorang tu berendam. Punyalah hepi. Tapi satu hal pulak nak bawak dia naik. Meraung raung member bila daddy dia suruh naik. Mana taknya.. kulit yang dah sememangnya IRENG tu semakin rentung!

Tengahari sampai petang cuma lepak kat umah...

Sabtu, 13 May

Apa yer yang aku buat ari Sabtu itu hari??? Oh ya. Aku ada gathering member member sekolah Men Sains Teluk Intan di IOI mall Puchong. Walaupun the turnout tak berapa menggalakkan, tapi aku hepi dapat jumpa derang semua. Ada tu dah lebih kurang 15 tahun dah tak pernah jumpa. Main bowling.. tapi banyak yang masuk longkang. mana taknya.. semenjak aku operate perut & my breast lump 4 tahun yang lepas, aku dah tak pernah pegang bola bowling.

Ahad, 14 May

Aktiviti hari ni hanyalah.. masak.. masak.. and masak... Pagi sampai lah kemalam.

Monday, 15 May

Ari ni amek cuti coz sepatutnya tengahari ada interview. Pas tu petang pulak nak settlekan hal jual umah. Tapi tetiba that company called. Interviewer tu terstuck kat Hong Kong.. Pulak dah. So.. I wasted my half day leave. Melepak kat bilik opis hubby sampai tengahari. Hubby pulak dah aku depan mata tak buat kijer. Kita orang bersembang & main PC..... Nasib baik boss dia pun cuti. Makan gaji buta lah nampaknya hubby aku tu.

9 comments:

Alinlai said...

ke ke ke....sibuk ye achik? tak pe bersibuk2 dahulu bersenang2 kemudian, ada masa pi berenang lagi kwang3...

Mummy Rizq said...

lyn-chewah.. cam poyo jer rasanya bila sibuk sibuk nie. entah apa yg disibukkan pun tak tawu. tapi rasanya 24 jam sehari tu tak cukup...

aNIe said...

Marlina...kita orang pompuan ni kalau hari cuti kalau tak kemana-mana...apa lagi masak..masak..masak...abih yang kat umah tu duduk2 je perut lapar...celik mata je nak makan...betul tak? hehehe

NONIE AZIZ said...

muahahha..calet...aku pun suka kalau fridge aku tu kosong ngan barang basah...muahhahah..tak yah aku masak!!!

Mummy Rizq said...

kak lady-kengkadang tu kering idea nak masak apa kan...

MR-amboi.. sakan hang pi balik kg no.. naseb baik ingat nak balik shah alam!

Kaklong Syikin said...

mb..nampaknya kena polish lagi main bowling ni..

rajinnya awak memasak drp pagi sampai ke malam..

Kaklong Syikin said...

hehe..MB, sibuk lagi ya..blh ke curi masa update blog ?:)

Mummy Rizq said...

syikin-ok ler..ok..ler. ari ni try update yek!!

atehlaila said...

Saper suruh ko masak? Baik ko balik s alam..kat belakang building MAIS seksyen 3 tu ada kedai SUP UTARA POWER..aduhai, terkenang2 aku