Friday, October 06, 2006

Counting Days...

Haa.. haa.. Dah pukul 4:30ptg hari Jumaat. Setengah jam lagi dah nak balik. Yipeee..!!

Petang ni untuk berbuka, aku dah suruh hubby tapaukan KFC jer. Boring gak hari hari makan nasi nie.

Actually.. tak der mender pun nak update. Tapi disebabkan ada setengah jam lagi.. aku pun merapu ler.

Cuma nak ucapkan Selamat Ber Weekend To Everybody yang membaca. Esok & Sunday bolehlah masak sedap sedap kan... Tak payah lah nak makan lauk tunjuk tunjuk lagi..!! (ehem.. ehem.. ada orang terasa tak???)

Aktiviti Weekend

Saturday

Bangun sahur
Tidur balik
Subuh
Pergi pasar
Run some errands
Pergi One Utama nak carik Levis for Raya
Balik
Masak.. masak.. and masak...
Makan..Yes!!

Sunday

Bangun sahur
Tidur balik
Subuh
Bangun
Cuci baju & kerja rumah
Masak..masak.. and masak...
Makan... Yes!!

Dah habis dua hari cuti....BORINGNYAAA....



MUMMY & RIZQ

25 comments:

blackpurple said...

Levi's tuh... tapi Raya2 kalau pakai Red Loop memang ekstra kacak...hehehe

Anonymous said...

penuhler xtvt korang hujung minggu nih..ada harapan ker rizq menambah koleksi baju raya

Syikin said...

salam,

masak apa menu berbuka sabtu ni MB?

oh ya, nak respon pasal amik maid ni..

yg calon no. 1 tu, pernah experience jaga budak tak? sbb yg penting skrg MB nak maid yg blh jaga budakkan?

yg calon no. 2 tu nampak ok..sbb dah ada anak, sifat keibuan tu lebih.

tp, kalau calon no. 1 tu ada adik beradik ramai..tak de masalahlah sbb dia dah biasa jaga budak kecik.

oh ya, saya duk concern plak dia pernah tinggal kat h.kong, ngan chinese familylah ya dia tinggal? sbbnya ada sorang yg saya kenal tu, dia amik maid indon yg pernah kerja kat singapore, n tuannya tu chinese yg makan pork.
n maid ni mengaku dia pernah tolong masakkan pork..jd, yg musykilnya, maid ni tak taulah dah samak or belum tangannya tu sbb tangan dia dah kira 'bernajis'lah..tp maid ni dah berhenti kerja ngan org yg saya kenal ni.

penting bab2 mcm ni, sbb kalau dia jaga anak kita, bagi makan anak kita wlwpun hidup ngan kita dia masak makanan halal, tp tangan dia masih tak 'suci', itu mmg kena scrutinize betul2..sbb makanan tu blh membentuk akhlak n peribadi kita..

harap MB tak marah ngan pandangan saya ni.

hari2 doa ngan Allah, minta mudahkan MB buat pilihan n tunjukkan ,mana satu yg terbaik utk kebajikan MB sekeluarga esp. Rizq ngan kehadiran maid baru ni, minta Allah mudahkan segala urusan berkaitan ngan maid berkenaan jika ia yg terbaik, dan kalau salah sorang tu or both lbh mendatangkan masalah pada kebajikan n kebahagiaan MB, maka minta ALLAH jauhkan mereka drp MB..mintalah pertolongan ALLAH ya..

Zakiah said...

hello sis marlina
lama tak menjengah...

siap ada levis baru for raya. ini sudah kes macam saya kecik kecik dulu. tak nak baju kurung tapi nak jeans for raya...ehhe. baper pasang baju raya nih??

pasal amik maid tu pulak..try la beli issue mother and baby gambar wendy jacobs cover dier. ada issue special untuk select maid.

ibuVouge said...

psst ari ni(ahad)ko masak apa
aku dlmkebuntuan ni...tatau nak masak apa

rizq kalau amik gambar sure mata buuuullllaaat...encem

maklang said...

Maklang ari ni dah kerja. Tapi balik awal jadi sempat lah tadi buat steam fish, sweet sour prawn and sawi Jepun with mushroom and oyster sos. Sekali sampai waktu buka, Bibik lupa masak nasik. Kantoi betul. Nasib baik ada roti telor!

marlinabaharom said...

blackpurple-alaa.. raya baju kurung ler.. levis tu tok lepas raya..

mamasinga-ermm.. betul lah tu. koleksi rizq yang bertambah

syikin-sabtu MB masak sotong kari, sayur kobis & taugeh goreng & hati & limpa goreng. ahad plak.. ikan merah masak lemak cili api , sayur goreng & udang goreng tepung.

pasal maid plak, thank u very much for the peringatan... we've decided to take yang no 2 tu. at least dia tahu cemana perasaan ibu kan. hopefully ok.. tapi bulan 11 mid baru sampai.

zakiah-jeans satu kewajiban hee. hee.. baju raya? ada ler sesikit. cukup ler nak buat gi round umah sedara mara. oo... ada pasal nak select maid yer? akan dibeli hari ni jugak.

IV-pasal menu.. tengok jawapan aku kat syikin... mata rizq memang bulat. tah ikut saper aku pun tak tawu...

mak lang-haru tul.. lauk sket punya cun ker! tapi tak dr nasi plak...hee..hee..

Kak Lady said...

Amboi...Mummy sempat berposing lagik kat kedai tu...heheheh

Masa cutilah orang2 bekerja nak masak & makan dengan keluarga ye....kalau bekerja dengan keadaan kerja...selalunya lauk tunjuk2lah...nak buat camno...

alinlai said...

walaupun hari cuti, tapi pasar ramadhan juga menjadi pilihan hati ku kwang kwang kwang...kami tolong support business depa :) kalau kita tak support sapa lagi nak support :)

Sherin Almashor said...

Comelnya Mummy & Rizq! :)

I pergi One Utama hari ahad kalau tak sure jumpa u hari sabtu haritu.

hari ni buka masak apa? Sherin nak masak simple je harinni-Bihun tomyam. Cik Abang dah request.:)

marlinabaharom said...

kak lady-time ni kat melaka.. tengah tunggu ikan bakar sampai.. yummy!

lyn-wei.. cukup cukupla mengkayakan tokey kedai tuh!

sherin-alaa.. salah hari lah kan sherin! ari ni ikan senangin masak asam pedas, rebus sayur kacang panjang & maybe nak goreng ikan masin.. amacam? orait tak?

.:HalogamoRa:. said...

aktiviti penuh tu !!!

sirizq pengang meja tu kuat kuat takut jatuh ye sayang.

Sherin Almashor said...

sedapnya u punya lauk berbuka..:)Esok? hehehehe.I tumpang kenyang baca je.:)

alinlai said...

tak habis lagi merasa semua menu kat pasar tu...kena la adil dekat semua yang meniaga tu :) kasi can la relax petang2 bulan posa, habis bulan posa kita start memasak la ke ke ke...

Ayu said...

hahaha MB hang kena ikut si Alin tuh hehehe kene abiskan menu pasar ramadhan :P

pasal maid ni aku takde pengalaman tp yg aku pasti mmg kene hati2 la moga2 dpt yg baik ye

Ibu said...

anak2 ibu pun tiap hari counting days jugak. berapa hari lagi nak balik kampung? nak kejar ayam kat kampung!

Hot Mama said...

Mar... comelnya dua branak!

marlinabaharom said...

halogamora-mummy gained extra kg.. sebab tu kena tolong pegang meja...

sherin-bila la nak rasa sherin nya butter cake nie?

lyn-make sure hang masak after puasa naa....

ayu-semenjak pindah bkt beruntung ni dah jarang sgt melawat pasar ramadhan..

ibu-jgn ibu yg terpaksa kejar anak lepas tu cukup.. he..hee..

HM-anak jer la comel.. mummy tu dah expired!

kunci said...

levis' for raya? atas pakai kebaya yer? hehehe..kan trend sekarang. cool.

Sherin Almashor said...

Nanti u dtg raya rumah I, I will bake it for you ok? I mmg nak buat fruit cake pun for raya but for you I will bake another cake. No problemo! U boleh tapau lagi.:)

Anonymous said...

.

your weekend bunyi macam lifestyles of the rich and famous....

dudaesimboyo.blogspot.com

.

atehlaila said...

Aku round blog hang dr bawah..sampailah ke atas..sedih sebab tak sempat update blog sendiri. Aku yg kat Damansara ni pun tak sempat masak beb..masuk umah, sempat taung air dlm jug jer..azan pun dilaungkan..frust betul. Apa2 pun, last week balik kampung..dendamku terbalas...

Anonymous said...

patutlah aku rasa macam tersedak jer...ada orang ngata aku rupenyer!!Tahun ni raya tak berLevi's aku...huhuhu

Syikin said...

salam,

MB..sedapnya menu awak tu..

eh, mana updated entri baru ni?

marlinabaharom said...

kunci-he..hee.. tak leh pakai kebaya & jeans.. boss tak approve!

sherin-eh! fruit cake pun terer yer.. bagus lah u nie.

ano-kalau rich & famous tak payah la nak masak memasak.. heee..hee.. order jer.

ateh-kesian kat kita kan! aku tak balik kg pun.. nanti raya jer balik berbuka & raya.

MR-eh! ko terasa ker.. memang pun aku ngumpat ko..

syikin-heee.. dah updet dah. tapi baru sempat separuh...