Tuesday, October 30, 2007

It Was Fun!!

Ermm.. baru hari ni masuk kerja. Semalam cuti mengemas rumah. Membasuh apa yang patut after Sunday's open house. Overall it was a fun one.

Rizq was so happy celebrating his birthday. Getting so much of presents.

Special thanks to my blog friend.. Rafiqa! It was the first time we met. Terima kasih sebab sudi datang. The pressie was so creative! We luv it very much!! Sorry lah kalau ada yang terkurang layanan atau sebagainya erk.. Jangan serik pulak. Hope that was not the first and the last that we can meet...ok!

Since it was my first day of work this week, banyak kerja yang bertimbun atas meja.

In the meantime, enjoy some picturse taken on Rizq's 3rd birthday..




Rizq with his cousin from Teluk Intan


Blowing the candle... with me muka tertutup sebelah sebab baru potong rambut

Posing posing depan birthday cake


One of the birthday present.. Rizq in action!
Opening birthday present.. khusyuk!


The birthday cake


Rizq with mak long (my eldest sister)

Lagi depan present yang mummy & daddy kasik (perasan tak pembalut tu sama jer coz mummy & daddy nak save budget..hee..hee)


Dah besar kan Rizq!

Haa.. ni mummy kasik.. beli kat Toy City..

OK lah all. Gotta go now. Chiowww.....!!!



Thursday, October 25, 2007

So..So.. Sad

Erm.. Tak tau nak cakap apa........

Semalam aku ke Ipoh, melawat salah sorang staff we all meninggal dunia. On the way from Ipoh, singgah pulak ke Cenderong Balai melawat sorang lagi staff punya in-law meninggal.

Sampai ke Bukit Beruntung dah pukul 7 malam. Terus mandi sebelum main dengan Rizq. Kata orang kalau balik dari rumah orang meninggal jangan main dengan anak, jangan pegang anak.. tak baik.

Lepas mandi, aku terus pulak masak untuk dinner. Badan dah penat, so aku cuma masak nasi, kobis masak lemak & daging goreng sambal.

Settle makan, tengok TV sekejap then terus naik ke bilik.

tetiba kat atas katil.. tit..tit..tit.. SMS masuk.

"Hayat just passed away".

Aku macam tak percaya. Betul ke nie? Terus kol si penghantar SMS.

So, memang confirm. Sorang lagi staff we all meninggal waktu tengah main futsal. Sedih. Dia ni ahli sukan, tak merokok, sihat tubuh badan.. tapi tup tup.. dipanggil Tuhan. Umur baru 33 tahun, anak umur 8 tahun & 6 bulan..

So kat ofis ni kebanyakan orang tengah bersedih. Aku pun tengah sibuk menjawab panggilan panggilan orang. Maybe nanti nak melawat pulak. Dah terbengkalai keje kat opis lagi nie...

Apa apa pun tolonglah sedekahkan Al-fatihah untuk sahabat aku nie...

Monday, October 22, 2007

Baru Boleh Upload Gambar!

Raya stories have been told in my previous entry. So now here's the pictures!



Daddy & Rizq kat Muar, kampung nenek hubby on 2nd Raya





Hubby, bapak, mak, myself and Rizq on pagi Raya kat Teluk Intan

Sempat posing time tengah breakfast on first Raya

Muka tengah selebet sebab kena paksa bangun tidur

Kat Jusco Malacca on third Raya. Tempat favourite Rizq..

On a different note

Invitations are out (by email) for my open house cum Rizq's birthday party. But some emails bounced back to me: mira, gen2 merah & nin (so please provide me with your email address)

For puteri satu, I didn't have your email. Jadi tolong kasi erk!

For those who hasnt got invited, send me your email addresses ok!

HOPE TO SEE U GALS & GUYS NEXT WEEK!

Friday, October 19, 2007

8 Days After Hari Raya

Tengah tensi ni.. Dari pagi try upload gambar, tapi asyik error saja.

So nak bercerita pasal raya pun tak ada mood sebab tak ada gambar nak diceriterakan.

But overall it was a joyful raya.

Kat kg aku, Teluk Intan semua adik beradik balik hari Khamis tu. So dapat lah 2 malam berbuka bersama. Sehari sebelum raya, aku, hubby & Rizq balik ke kg makcik aku di Sg Air Tawar. Separuh hari jer. Petang tu dah ke Teluk Intan balik. Tapi sekarang ni hari hari asyik hujan saja... Tak apa lah. Hujan rahmat tuuuuu....

Pagi raya, after sembahyang & bermaaf maafan, balik ke Melaka pulak. Tapi traffic teruk dari Bangi ke R&R Seremban. So dah nak pukul 3 baru sampai ke Melaka.

Tahun ni kat Melaka tak henti henti orang datang. Aku sampai dah terror goreng mee kuning tu. Sebut jer.. nak mee goreng mamak ke mee goreng basah ke.. sap sap sui! Semua SIAPPPP!!

Hee.. hee... Sambil sambil tu, setiap hari aku kuwar ke Tesco lah. Jusco lah... merayap merata rata...

Rabu pagi after breakfast, aku bertolak balik ke Bukit Beruntung dah...

Habis lah percutian raya aku selama seminggu...

Aku akan cuba try test untuk update gambar raya minggu depan!

Thursday, October 18, 2007

I'm Back....

Just to let everybody know that I'm back to the office!
Will update on photos and more stories later!!

Monday, October 08, 2007

First Attempt

Dah pun masuk minggu terakhir berpuasa. Dah ada staff yang mula bercuti. Aku akan bercuti starting this Thursday sampai lah the following Thursday. Buat yang kesekian kalinya, tahun ni aku akan beraya kat kampung aku di Teluk Intan.. Hee.. hee.. Cenonoknya. Aku akan berada kat Teluk Intan from Thursday sampailah Saturday, the first Raya. Then I'll be in Malacca from Saturday till Wednesday....

A happier note from me: Muaahaahaa.... I am now officially transferred to HR. Nampaknya email aku itu hari berkesan! Now, I have to draft my own transfer letter.

Responsibility aku kat Department ni besar. It is quite tough here. But it's ok. I'll be happy doing what I like!

Masak Memasak

Kat bawah ni gambar a couple of things yang aku masak last wiken.



Atas ni gambar biskut chocolate Nestum. Very crispy. Rizq like it and I like it too. Bake it on Saturday. After sahur, aku tak tidur & terus buat sebab aku tau once Rizq bangun, aku tak akan senang dah.. Hee.. hee..



Ni pulak my first attempt buat kuih lopes. Nasib baik menjadik! Kat atas tu gambar waktu aku dah salut dengan kelapa and put it nicely dalam piring untuk didistribute kepada jiran jiran...



Wednesday, October 03, 2007

21 Puasa

Yea.. betul.. betull.. korang ni memang pandai. Itu ialah biskut kelapa... Dan Rizq nak makan burger Mcdonald! Bebudak pelat memang cenggitu...

Ada satu hari tu, waktu tu hari minggu. Abang yang duduk sederet ngan umah we all dok jalan jalan kat belakang umah. Abang tu dalam 40-an la. Anak pun dah bersekolah. Kurus.. and ada rambut cacak cacak sikit. Dia ni orang surau. Rizq time tu ada kat dapur. So tetiba dia nampak Abang ni lalu. Tetiba jer dia jerit "MAWI!" Kurang asam punya anak. Nasib ler Abang tu gelak jer. Mesti dia kata we all yang mengajar.. Hee.. heee...

On a serious note. Aku masih bertapak kat HR. Dan aku tengah tension. Bukannya aku tension keje kat sini. Aku tension dengan seseorang yang masih tak nak mengiktiraf aku supaya jadi permanent staff kat department ni. Dia masih dengan ego dia. Aku dah cuba nak jumpa dia a few times to discuss my position. I am actually nowhere in the Company. Susah keje macam ni coz the Head of Department nak kasi a full scope of work kat aku pun payah.

Disebabkan seseorang itu tak nak jumpa aku, pagi ni aku nak hantar email panjang lebar kat dia supaya dia faham apa yang aku nak! Aku pun ada perasaan jugak!

Monday, October 01, 2007

Cuba TEKA!

Soalan 1

Semalam adalah sessi cuba mencuba membuat biskut. So cuba you all teka biskut apa yg aku buat semalam? Gambar seperti diatas...

Soalan 2

Apa yang Rizq maksudkan bila dia kata "Rizq nak geber madonna?"

Teka.. Jangan tak teka,,