Monday, November 05, 2007

SIBUK DENGAN OPEN HOUSE

Tak sempat nak mengupdate blog dah nie....

This week sibuk pulak dengan open house kat ofis.

Today

Company nya open house buat dekat KL Convention Centre. Aku terpaksa bertugas 4:00 - 6:00 petang. Tapi pukul 2:00pm dah nak kena ada kat sana. Ada rehearsal.

Tomorrow

Branch we all punya open house waktu lunch, pot luck style. Till now still not sure apa aku nak bawa esok.

Petang pulak BSN Jalan Ampang punya open house. Jemput aku gak. Insyaallah aku pergi. makan ler katakan. Hee.. hee..

The Day After

Open house branch dekat Klang pulak... Aku pergi jugak lagi! Isshh gemukssss aku minggu ni asyik makan free.

Ceritera Rizq

Genap jer umur dia 3 years old, malam tido pun dah tak pakai diapers. Selalunya waktu siang jer tak pakai. So mummy dah boleh save lagi!

Cakap dia memang dah banyak & lancar. Selalu buat we all gelak dengan apa yang dia cakap. Ayat yang dia selalu guna ialah..

"Daddy / Mummy / Kakak ni tak pandai laaa....."

Lepas tu last week gi klinik. So waktu kat luar tu aku tanya lah dia..

"Rizq, kalau doc tanya Rizq sakit apa.. Rizq nak kata macam mana?"

Pas tu dia jawab sambil hulur tangan dia macam orang nak bersalam..

"Tilamat Hali Laya...."

Hee.. hee... tu lah anak aku yang sorang penawar hati pengarang jantung....

18 comments:

Mama Risyiariana said...

hahahhaha.....aku suka!aku suka..Tilamat hali laya...nanti ko tunggu jer mulut becok harus penatttttt..

Alinlai said...

mujur tilamat hali laya kalu...deevapali ka gong xi fa chai ka...lagi haru :)

Cat Cat said...

Mummy,
Banyaknya open house.. Makan sakan la cerita-nya.. LOL!

simah said...

tilamat hali laya ? hahahaha

baik hang record segala ckappelat dia kat video.. nanti bila dia dah besaq boleh la hang tunjuk kat bini dia !!

wah.. busy lady hang dua tiga menjak ni... layannnnnnnnnnn :0)

13may said...

jenuh makan la mami :D

Mak Su said...

har har har.. .tilamat hali laya? hihihi, see u tomolo

Zakiah said...

hahha lawak la si anak kau ni.Boleh masuk geng senario da.
Si Rayyan ni aku dok risau tak bleh cakap betul betul lagi nih. Bulan 7 tahun depan baru masuk 3. Ermh...

Sastri said...

wow... banyak undangan mamam ek... sas pun baru lepas majlis raya kat pejabat nih... semlm kat tingkat atas, hari sebelumnya kat bawah plak...

rafiqaheliza said...

Hahaha..cutenye Rizq. But this age is fun to be with kan? Diaorg punya imagination tu wild, and beyond expectation...hey, hope to c u again, insyaAllah for my sons' bday party...

Mummy Rizq said...

mamarisya - skang pun dah tak terlayan...

alinlai-itupun bagus.. hari gawai kalu?

cat - memang gemuks la musim raya nie...

Mummy Rizq said...

simah-aku banyak record dlm handphone... nanti nak transfer ke disc..

13may-gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati!

mak su-jilo jilo seven...

kiah-alaaa.. rayyan kecit lagi tu... kena prektis banyak banyak!

Mummy Rizq said...

sastri-memang murah rezeki bulan bulan raya ni kan...

rafiqa-looking forward to see u too!

zino said...

maaf le tak dapat memenuhi jemputan hari tu.. belum ada rezeki nak jumpa tu..

zino ari ahad ni ada jemputan hari raya lagi.. haha dah terlangsung shawal..

.:HalogAmora:. said...

masa bulan tilamat ali laya nih...mmg alamatnye kita ternak lemak je la mar. hehe

Ayu said...

hahaha sabo jek si rizq..
tilamat ali layaaa :)

Pnut said...

weiiii ko dah selim melim.....beshnyaaaa.... ehehehe kejelesannnnnnnnnnnnnn

happyirfa said...

salam..wakaka.tumpang gelak gak.dokter tu gelenti sakit perut bila tanya 'sakit apa?'dia bantai jawab 'tilamat hali laya'

Mummy Rizq said...

zino - blom ada rezeki.. next time nampaknya..

halo - ternak lemak? hee.. hee.. sesungguhnya!

ayu - cakap pelat bebudak nie...

pnut - selim?? haa.. haa... tidak di bulan raya ini!