Thursday, July 27, 2006

Bye Bye Luv...

Cewaahhh.. tajuk cam bagus jer kan! Cuma nak sampaika. Minggu teramat lah sibuk. Semalam gi training kat jalan ampang. So today masuk opis, keje melambak. Tak sempat nak melawat blog korang pun.

So today after work, I'm off to Malacca. Balik kampung. Esok coti. Then ari Sabtu ada family day hubby aku kat Water City. Free Getaway for the weekend.

Jadi, for all, happy weekend. Ada rezeki, kita akan berjumpa lagi next week!!

Tapi esok aku akan balik berada di KL sekejap sebab hubby ada meeting. Rizq and bibik kena tinggal kat Melaka. Furthermore, aku terpaksa ke Sri Hartamas untuk tengok baju untuk staff performance for our dinner. Aku incharge for the fashion show.. terpaksa lah mensurvey baju kat tempat sewa tu..

BYE...!!!!!

Monday, July 24, 2006

Weekend


Mummy & daddy yang selalu tertido atas nie


Even ada katil sendiri, he only used for lepak lepak & minum susu


Rizq with his favourite toys





A pretty boring weekend. Nasib baik ada Rizq. Boleh lah main lama lama.

This weekend banyak dok kat rumah ajer. Saturday morning hubby pepagi lagi dah kuwar umag.... menoreh! Haa..haa... idak ler menoreh getah. Member kena masuk jogathon. Haa..haa... buat sakit kaki jer.

Aku kat umah dah boring. Lepas Rizq mandi & makan, aku bawak dia keluar. Nak gunting rambut. Dia ni memang lah terkenal budak yang tak suka gunting rambut. Mesti nangis meronta ronta. As expected.. memang pun . Baru masuk kedai dia dah keraskan diri dia dah. nak bawak duduk atas kerusi member dah berguling guling melentik lentikkan badan. Si amoy tu pulak hulur kopiko kat dia. Rizq ni memang aku tak pernah kasik makan gula gula. Tapi Amoy tu suruh gak bagi supaya Rizq senyap. Aku pun gigit sikit kasi kat dia takut tercekik. Ler... rupa rupanya pandai dia makan gula gula... terus senyap waktu Amoy tu potong rambut. Now I know the secret.

Malam tengok AF4 jer. Nothing much.

Pagi Ahad keluar gi breakfast kat kedai mamak. Si jantan tu makan roti telur. Berselera pulak tu dia makan.

Tengahari aku seperti biasa memasak... Now aku ada routine baru. Aku akan masak tiga lauk. Then aku freezekan. Member aku pun akan masak tiga lauk dan difreezekan. Come to Monday, we all akan bertukar tukar lauk untuk makan seminggu tu... Lega aku. Now bila balik rumah dah tak payah nak terkocoh kocoh masak untuk dinner dah. Cuma defrost & panaskan...

Wednesday, July 19, 2006

Ungu!

Muahaaahaa.... nampaknya ramai yang memuji template baru aku.

Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada MR. Dia telah bersusah payah (susah ker??) menukarkan template aku nie. Memang salute lah ke dia! Hee..hee...

So aku nak promo... (MR, ko kasik aku commission k!). MR buat ni cekap & canggih. Sekejap jer dah siap. Korang cakap ler korang nak cemana. Aku suspect ..eh! respect sokmo kat MR.

So Isetan preview sale this Friday. Ada yang dah ajak aku nie. So aku akan gi Isetan KLCC after work. Jom.. jom... bleh lah kita bergather!

Tuesday, July 18, 2006

Sembang Pagi

Di suatu pagi yang hening.

Waktu: 8:00 pagi

Tempat: Bilik tidur utama

Pelakon: Suami & isteri

Isteri: Yang, u tau tak.. menurut kajian, lelaki ni kalau sebelum kawin, kentut boleh tahan tahan, tapi lepas kawin jer... semua lepas!

Suami: Kajian... mana u baca?

Isteri: Adalaaaa.....

Suami: Alaa.. Pompuwan pun sama gak.

Isteri: Mana pulak? pompuwan mana ada kentut kuat kuat depan suami?

Suami: Memang pompuan tak kentut kuat.. tapi...

Isteri: Tapi apa?

Suami: Tapi... pompuwan lepas kawin selamba derk ajer korek idung depan suami..isshh.. geli I!

Isteri: Tak per.. AIMAN tak kisah.....

Monday, July 17, 2006

Gambar gambar jer...







Monday blues lah pagi nie. So tak tawu apa nak update. Tu gambar Rizq waktu gi The Curve for the first time. He is so happy sebab boleh berlari kesana sini without we all being bising. Nice place to go. Hubby pun suka.

Malam tadi tak tahu apa hal, Rizq menagis meraung raung. Sampai satu jam. Suara tak keluar dah menjerit. Badan menggigil gigil. Hubby plak jenis yg tak bleh dengar budak nangis cam tu. Sian Rizq kena marah ngan hubby. Last last tengok Rizq cam tu aku yang nangis sebab tak tawu buat apa.

After one hour, badan pun dah berpeluh peluh, aku cuba kasik nenen... terus dia lena. Pagi ni bangun, bengkak mata dia....

Wednesday, July 12, 2006

I CAN'T LIVE WITHOUT.....

1. First and top of the list should be my one and only hunny bunny Rizq. Eeee.. tak dapat nak bayangkan kalo dia tak der kat depan mata. Kalau pergi keje pun rasanya cam kejap kejap nak kol.. kejap kejap nak kol. Mesti si bibik tu tensi kalo aku asyik kol coz sometimes tu bila Rizq tido, aku kol, mestilah dia terbangun. Saper yang susah kalo Rizq terjaga? Bibik jugak yang tak boleh buat keje. He..hee... And of course lah, hubby pun penting.

2. Deodorant-Amatlah pantangnya aku kalo berselisih ngan sesaper tetiba.. berlesing.. bau badan dia. Atau lebih tepat bau ketiak! Yaarrkkss.. aku boleh termuntah kat situ jugak. That's why aku rasa deodorant ini amat penting untuk kesejahteraan hidup aku. Biarlah baju tak lawa asalkan tak ada bau bau yang kureng menyenangkan dari badanku ini..

3. Hairdryer-Ooo...This is a must for me. Tambah tambah bila travelling. Even tak travelling pun sama. Becoz aku ni jenis yang memang basuh rambut every single day. Never miss one. So dengan anak kecik.. kerja jauh.. Mana ada masa nak menayang rambut depan kipas untuk dikeringkan. Everything kena cepat! I don't have time to towel dry my hair. Nak dibiarkan kering sendiri pun tak boleh. Rambut aku akan jadik cam orang tengah gila meroyan kalo dibiarkan kering sendiri. Hee..hee...

4. Handphone-Fuiyoo... I'll be lost and rasa cam orang bodoh kalau tertinggal handphone bila keluar. Bukannya apa. All the numbers are in there. Then time boring boring tu aku normally will play with SMS. Average no of SMSes sent each month is around 400. So apa aku nak buat kalo tak ada handphone? Even my bosses will communicate with me thru handphone.

5. Shampoo-Disebabkan membasuh rambut itu satu kewajipan untuk aku lakukan setiap hari, maka tak boleh tidak, aku kena ada shampoo kalau kemana-mana. Kalau tak rasa gatal satu kepala nie. Eeeee....problem... problem

6. Toothbrush-Orang yang paling aku takut nak jumpa dan kalau boleh tak nak jumpa is the dentist. Ngeri..ngeri...!! bila ingat kan equipment derang ni. So untuk mengelakkannya, aku kena sentiasa memberus gigiku ini. Aku memang ada toothbrush kat opis. Then kalau malam pulak, aku wajib berus gigi sebelum tido. Kalau aku tertidur pulak, pukul 2:00pagi pun kalau aku terjaga, aku akan bangun untuk gosok gigi.

Setakat ni jer lah dulu rapuan aku petang Rabu ni. Ada masa aku akan merapu lagi....

Tuesday, July 11, 2006

KIDS R STILL KIDS

The boss of a big company needed to call one of his employees about an urgent problem with one of the main computers.

He dialed the employee's home phone number and was greeted with a child's whispered, "Hello?"

Feeling put out at the inconvenience of having to talk to a youngster,
the boss asked, "Is yur Daddy home?"

"Yes," whispered the small voice.

"May I talk with him?" the man asked.

To the surprise of the boss, the small voice whispered, "No."

Wanting to talk with an adult, the boss asked, "Is your Mommy there?"

"Yes," came the answer.

"May I talk with her?"

Again the small voice whispered, "No."

Knowing that it was not likely that a young child would be left home
alone, the boss decided he would just leave a message with the person who
should be there watching over the child.

"Is there anyone else there in your house?" the boss asked the child.

"Yes," whispered the child, "a policeman."

Wondering what a cop would be doing at his employee's home, the Boss
asked, "May I speak with the policeman?"

"No, he's busy," whispered the child.

"Busy doing what?" asked the boss.

"Talking to Daddy and Mommy and the fireman," came the whispered answer.

Growing concerned and even worried as he heard what sounded like a
helicopter through the ear piece on the phone, the boss asked, "What is
that noise?"

"A hello-copper," answered the whispering voice.

"What is going on there?" asked the boss, now very alarmed.

In an awed hushed voice the child answered, "The search team just landed
the hello-copper."

Alarmed, concerned and more than just a little frustrated the boss asked,

"What are they searching for?"

Still whispering, the young voice replied, along with a muffled giggle:soft laugh

"Me...."

************************************************************************

Teringat kisah Rizq last weekend. Hari Ahad tu dia poo poo. So lepas aku cuci everything, aku nak pakaikan dia pampers. Punyalah susah..menggeliat sana menggeliat sini. Akhirnya 2 pampers dia tarik & buakak sendiri. Habis terkoyak. Dekat 1/2 jam jugak aku mengerjakan dia. Mengejar dia yang lari keliling rumah tak nak pakai pampers.

So last last aku kata.. "Rizq.. kalau Rizq tak nak pakai Pampers nanti mummy suruh tiger gigit Rizq punya bird".

Dengan selambanya dia amek tiger (mainan dia) gelak gelak and letak tonyoh tonyoh kat dia punya bird.

Mesti dalam hati dia cakap.."See mummy! Tiger cannot do anything to me!"

Hampeh!

Friday, July 07, 2006

IT'S TIME TO CELEBRATE



Invitation was received today! Yeay... bestnya. After so many years our Company tak buat dinner, today it is confirmed that we're gonna have one.

This might be the last dinner we are organising before merging. Hopefully by end of the year our Company will be merging with another Company (a sister Company). Just hoping for the better.

So we all yang dah tergedik gedik nak menyambut dinner ni telah pun pergi survey baju tengahari semalam. Isshh.. rambang mata dibuatnya! Dress cantik cantik. Rege pun lagi lah cantik kan!

Tapi tak aper... 4 tahun sekali. Kalo hubby bising aku akan cakap.. Aku pun menyambut dinner cam dia menyambut World Cup lah. 4 TAHUN SEKALI..HEE..HEE....

Wednesday, July 05, 2006

Nak Komen ke Tak Nak??

We celebrated our anniversary kat Coca BSC yesterday evening. It was a nice but a very quick dinner. Tak sempat lah nak mentik mentik sangat. Bukannya apa. Mulut makan & sembang sembang. Tapi hati asyik teringat kat Rizq jer nak balik cepat. Sebab we all takut nanti balik Rizq dah tido. Tak dapat lah nak main. Si kecik tu time tido dia around 8 or 8:30p.m. Cepat kan! Memang since dia baby the sleeping pattern is like that.

Erm.. aku pasti ramai kengkawan blogger semua selalu dok blog hopping kan! Aku pun suka gak time time free dok menjenguk blog orang lain. Cuma aku baru hari ni terperasan. Ada certain blog tu aku baca & akan tinggalkan komen every time aku singgah. Ada pulak blog yang aku akan melawat hari hari tapi tak pernah pulak aku tinggalkan komen. Bukannya blog tu tak interesting sebab kalau tak interesting, aku tak kan gi jenguk everyday. Cuma aku tak tawu nak tulis apa & tinggalkan jejak kat situ. So korang pun macam aku or aku sorang yang cenggitu??

Tapi aku hepi bila orang datang blog aku & tinggalkan komen. Aku suka.. suka sesangat!!

Monday, July 03, 2006

8 Tahun Tapi Rasa Macam Baaaarruuu.. 8 Minggu!

Sabtu bebaru ni balik kampung aku kat Teluk Intan. Dah lama sangat rasanya tak balik. Tu yang rindu semacam jer kat kampung. kena pulak sekarang ni tengah musim buah manggis & rambutan. Even kat umah tu cuma ada sebatang pokok manggis, tapi buahnya lebat sangat. Dalam sehari tu boleh lah dapat 30 or 40 biji. Pas tu mak pulak dah peramkan dari beberapa hari yang lepas. So memang puas lah makan buah manggis tu...

Kat umah mak tak der Astro. So malam tu aku bersetinggan kat umah abang aku.. about 7 minutes drive from mak's house. Ingatkan after konsert (yang memualkan) tu nak balik.. dah hubby pulak stuck nak tengok bola. Nak tak nak terpaksa lah tido kat umah abang aku malam tu. Sunggoh lah tak selesa nya seba aku tak ready nak tido kat sana. Baju tak bawak tukar.. berus gigi pun tak ada. Pas tu anak aku nyer bebarang pun tak lengkap. Ada susu & botol jer. Tapi tak kan pukul 3 pagi aku nak mengangkat anak aku yang tengah tido tu bawak balik umah mak. Eeee.. seram aku. Kang aku jadi kak lady pulak dah..terdengar benda yang bukan bukan...yaaa.. AMPUN!

8 tahun?? Apa yang 8 tahun tu? Aku dan suaniku lah. Esok genap 8 tahun kami kahwin. Walaupun dah kenal lama (7 tahun.. Alinlai tahu kat mana & macam mana aku kenal dengan hubby) tapi kita orang lambat kawin. Mak kata belajau dulu. Jangan nak gatal kawin cecepat.

So semoga perkahwinan aku kekal bahagia abadi selamanya.. AMIN...