Saturday, 14 Oct
Malam ni pukul 1:00 pagi baru tidur. Agen datang rumah sebab minta tolong hantarkan satu maid ni ke airport.. flight dia & bibik sama. Layan jer laaa...
Pukul 3:00 pagi dah kena bangun balik. Siap siap untuk sahur, gerak semua orang.. and makan. Habis settle kemas semua, get ready untuk hantar bibik ke airport. Pukul 4:00 pagi bertolak dari rumah.. then an hour later arrived at LCCT. Flight bibik pukul 7:00 pagi. Sedih jugak aku waktu hantar dia balik. Yea laa, dia dah jaga Rizq sejak Rizq keluar dari perut aku ni. Dia lah yang jaga aku waktu dalam pantang, walaupun dia still muda lagi. Baru 25 tahun. Aku tak banyak cakap waktu hantar dia sebab aku tau kalau aku cakap mesti meleleh punyalah! dah habis dia check-in.. masuk imigresen, baru aku bertolak balik. Sampai rumah lebih kurang pukul 7:30 pagi.
Semestinya lah anak jantan sorang tu tak akan tidur balik kan. So aku & daddy dia terpaksa lah melayan dia. Sambil sambil tu aku buat kerja rumah. Mencuci.. membasuh... Mata ni actually mengantuk, tapi aku tak bleh tidur. Kalau tidur, mesti kerja rumah tak siap. Bila nak masuk tengahari, baru lah Rizq penat & nak tidur. Legaa... Baru lah mummy boleh mandi & settle apa yang patut.
Petang, aku & hubby pergi ke bazar Ramadhan kat Bukit Sentosa, around 10 mins from home. Punyalah ramai orang. Parking pun jauh sikit. We all terpaksa melompat longkang besar sebab tak der jalan lain. Kaedahnya.. lepas melompat tu pinggang aku rasa cam tergeliat!! Aduhhh... sakitnya. Dah lah tangan aku dua dua lenguh sebab Rizq asyik nak dukung... Now pinggang pulak rasa cam nak patah! Baru sehari bibik balik, aku dah jadi cenggini.
Malam pulak.. aku dok sibuk siapkan barang Rizq untuk nak hantar ke rumah baby sitter pagi esok. Rizq susah nak tidur. Hubby ke terawih. Aku layan Rizq tengok Barney sampai dia tidur... Lepas tu baru lah boleh nak membasuh pinggan bekas berbuka tadi, sapu rumah and gosok baju (hu.. hu..! dah lama nya aku tak buat keje ni). Settle semua dalam pukul 11:00 malam. Aku terus pengsan.
Pagi ni, bangun 4:30 pagi. Panaskan lauk & nasi untuk sahur. Makan makan.. then masakkan sup Rizq pulak. Baru nak cuci pinggan.. Rizq dah nangis.. terpaksa pulak baring ngan dia dulu. After 20 mins baru tidur. Then aku sambung cuci pinggan. Blom pun habis dia bangun & nangis lagi! Suruh hubby bawa turun bawah, and buka kan Barney. Ingat nak sambung buat kerja. Rizq tak nak kasi. So aku terpaksa mencuci pinggan, mengemas dapur, mengelap.. semuanya dengan sebelah tangan. Lagi sebelah dok mendukung dia. Habis mandi, solat... then bersiap pun dengan sebelah tangan. Rizq meragam.
Pukul 6:30 pagi, start packing untuk antar Rizq ke baby sitter. Nasib dia tak nangis sangat. Sikit sikit jer. Tapi tangan aku sampai sekarang masih sakit lagi sebab penat mendukung budak lelaki yang berumur 2 tahun!!
22 comments:
mar,
anak aku pun sama mcm rizq, asyik nak dokong saja. Sakit pinggang aku!
Abih tu bila nak dpt bibik baru?
ohhh dah balik bibik ... kayooo la bibik balik Indon, dia buka kedai apa lepas ni? babysitter kat mana achik hantar? wah lepas ni balik rumah non-stop la buat keja kan... sabaq sabaq...
KV-hopefully bibik baru boleh sampai dalam 6 nov nie. tu pun aku kena amek cuti laaa.. nak menunjuk ajar pulak. lotih den!
kyn-bibik bawak balik duit beli sawah babe... antar kat neber sebelah umah. main pass anak atas pagar jer.. hee..hee..
MB,
you really make me laugh.. hehe, i pun dah terbiase ade maid, mesti tak menang tangan kalau takde maid.. hehe
Masa mengandung waktu muda dulu kuatlah juga mendukung anak walaupun kandungan dah berusia 8 bulan dan mendukung budak 1 tahun lebih...tapi bila dah berumur sikit...sikecit ni pun rasa tak tahan mengendongnya walaupun sekejap....
Terasa benar tenaga kita dah berkurangan...Mendukung budak 2 tahun memang lengoh tangan dibuatnya...silap2 pinggang pun sakit...
mira- tu lah kita nie.. selalu take things for granted kan.. sekarang baru tahu langit tu tinggi ke rendah!
kak lady-alaa.. tak kan si kecit aeez tu nak dukung lagi kut! cik hubby dah balik????
kesian lu, nak wat camne bibik pun nk blk kg gak kan.
bila nak dpt bibik baru?
tolong jaga anak wa bleh?? hee..hee..
hopefully bibik baru sampai latest by 6 nov.. pray hard!
mommy is a tough job. dengar pun letih..cemana la nanti ni.
MB.. sian ko ek.. tapi syiok juga hehe bleh exercise gitu :)
selamat menyambut syawal.. maafkan segala salah dan silap yer.. moga2 kite jumpa lagi nanti.. :)
take care
sabaq sabaq...at least sabaq sampai 6hb :0)
Selamat hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan battin
aku dah laluinya... sabar.... bulan yg baik utk bersabar....
kakkkk
Selamat menyambut Syawal tak lama lagi!
kunci-berat mata memandang.. berat lagi bahu yang memikul..huwaaaa!!!
ayu-ko kesian erk... meh ler tolong aku!!
simah-Selamat Menyambut Syawal..
OS-at least ko ada maid nak tolong buat keje umah...
mar-Selamat untuk awak jugaaa... lama kat sini???
ala mar dapat bayang cemana ko..aku pun camtu..xpe mar pas ni ko sure kurus, pahala pose pun byk...
sabaq ye puan mb
la kesiannyer bibik dah balik. Letih tu dukung budak 2 tahun. Saya yang ni ppun dah nak patah pinggang. Anak punyer pasal...
selamat hari raya!!
takpe..berkat dukung anak, pinggang ko ramping cam pinggang semut..hehe..
uit,,pingang sakit lagi tak? check pinggang tu kalo tergeliat bahaya... sib baik bapak dia x soh dukung gak kan ekekee
ehehe selamat hari raya
Wehh,. Baca pun jadik letih..
Moral of the story,. kalau nak beranak. beranak la masa muda2 nii.
Ni kalau dah macam Jo atau Mama Rock nii, nak dokong bbudak dak tak larat dah.
Nak bangun pukul 4:30, nak buat susu....adoiii.
:-)
Pn IV-bab kurus tu memang aku seronok nak dengar..hee..hee..
zakiah-setakat dukung tak per.. ni dukung sambil bekerja. tu yang payah!
MS-harapan aku menggunung tinggi untuk pinggang ramping..
ABB-pinggangdah tak sakit. bapak dia la dukung aku.. tak kan aku nak dukung dia plak..hee..hee..
jokontan-aku pun muda jugak! muaahahaa..
Haaaa...maklang baca pun dah terasalah letihnya...
bila pulak Bibik nak balik??
Post a Comment