Wednesday, December 27, 2006

SALAM AIDIL ADHA & SELAMAT TAHUN BARU

Sebelum terlambat aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha & Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua bloggers yang singgah di sini. Aku akan bercuti bermula esok sampailah ke 3 Januari 2007. Semoga Tahun Baru yang mendatang akan membawa semangat baru kepada semua. AZAM??? Aku tak pernah berazam! Setiap hari bagi aku, aku akan cuba make the best out of it...

Asal Usul CICAKMAN

Hujung minggu hari tu, baru aku dapat tahu mana Rizq belajar perkataan CICAKMAN. Waktu tu aku tengah bersarapan bersama hubby. Tetiba mobile aku berbunyi. Terpapar nombor yang tak dikenali. Bila aku jawab, perempuan diseberang sana tu kata nak cakap dengan Marlina...

Dia: Hello Marlina. Ini kak Huda.

Aku: Kak Huda? (sambil kepala ligat berfikir... aku tak kenal pun sesapa yang bernama Huda)

Dia: Ni haa.. akak duduk kat Lorong Mawar 1.. Rumah no 3 dari hujung!

Aku: Aaaaaaa..... Naper kak?

Dia: Akak nak cakap sket. Tapi Marlina jangan marah yea...

Ermm.. aku dah mula tak sedap hati.

Aku: Aaa.. cakap lah kak.

Dia: Akak nak kasik tahu. Orang gaji Marlina tu petang petang selalu datang umah akak bawak anak Marlina. Dia main badminton ngan orang gaji akak.

Aku: Laaa... yer ker! Saya tak tahu pulak!

Dia: Akak tak suka sangat lah dia datang sini main dengan orang gaji & anak akak. Akak dah tegur dah orang gaji akak... Tapi dia degil sket...

Time ni telinga aku dah berasap....

Aku: Terima kasih lah akak kasi tahu saya. Saya ni pegi keje awal pagi, balik pulak dah malam.. Tak tahu hal hal kat rumah ni sangat....

Then you guys know lah what happenkan...

Su rupanya Rizq belajar CICAKMAN dari anak kak Huda tu lah... Patut ler aku tengok lately ni kaki & betis Rizq dok calar balar... tangan luka... Rupanya si Tina syiok main badminton, dia biarkan anak aku entah main apa apa....

TENSION!!!!!!!!!!

Tuesday, December 26, 2006

Sunyinya Opis Hari Nie...

Apa aku nak merapu pagi nie?

Boring teramat coz office sunyi.. department aku pun sunyi sebab semua org gi cuti.. aku nak mengular tak tau nak kemana pulak nie!

Esok aku akan kerja lagi sehari.. lepas tu aku akan bercuti starting Khamis sampai lah ke New Year. Tahun ni aku balik beraya kat rumah in-law di Melaka. Aku tak balik ke Teluk Intan.. sob..sob... sedihnya! Tapi nak buat cemana kan.. Ikut jer lah hubby.

Apa aku buat last wiken?

Hari Sabtu tu, pagi tak kemana. Kat rumah jer coz in law and adik ipar semua ada. Derang sampai sehari sebelum tu. Saja jer jenjalan. After makan tengahari, derang pun balik sebab nak rush ke Melaka.. khete baru adik ipar dah kuwar. So excited nak pick-up khete laaaa...

Petang tu pulak, we all bawak Rizq kuwar gi jalan jalan dekat The Curve. I was so impressed with the Christmas decoration.. especially yang macam bazaar kat tengah tengah tu. Rasa cam kat oversea pulak..haaa..haaa... We had dinner dekat Marche. Food was good. Environment dia pun best jugak. Sesiapa yang blom pernah try, I recommended this place! Very the best and the cozy... Ada amek gambar, tapi cable ni tak leh nak download pulak kat PC...

Hari Ahad.. firstly ingat nak gi wedding kat Putrajaya. Tapi hubby balik lambat dari servis khete. So tercancel lah plan. We all bawak Rizq gi jalan kat SACC Mall kat Shah Alam. Pi makan kat Nandos pulak. Hee.. hee.. asyik makan luar jer. Tak yah lah masak. Best nya kalo hari hari cam nie!

Petang tu balik.. hubby nak gi range, memukul pulak. So me & Rizq ikut gi club. We all gi swimming jer semntara hubby memukul.

So.. Misteri CICAKMAN yang Rizq cakap tu aku dah tahu mana dia belajar. Kalo ada masa aku akan tulis petang nanti...

UPDATE

Sekarang ni Rizq, after mandi dia akan cakap "Nak tomen.. nak tomen.." Memula tu aku blurr jugak. Last last aku paham. Hari tu waktu kat SACC aku belikan dia **spender** Ultraman. So dia sekarang asyik nak pakai mender tu ajer.. Hee..hee...

Thursday, December 21, 2006

A Quick Update

Dah hari Khamis.. last posting aku is Monday, 18 Dec.... Lama jugak kan. So below are some updates from me

Aku

Senyum aku makin lebar. Malam tadi TV aku yang dihantar repair (rosak 2 weeks ago because of lightning) dah siap. Derang dah hantar ke rumah. So tak payah la aku nak berjegil mata nak tengok TV spare kita orang tu lagi.. Hee..hee..

Senyum yang ke dua... Set bilik tidur yang baru pun dah dihantar semalam. Penat menegmas bilik blom habis lagi. But believe it.. Rizq yang biasa bagun pukul 5:30 pagi... pagi tadi pukul 8:30pg baru terjaga.. Gara gara katil baru lah tu! Hee....

Senyum yang ke tiga... Bonus aku + gaji sudah masuk tengahari nie. Isshhh... tu yang tak boleh tak senyum nie!

Rizq

Dia baru baik demam pagi nie. Even though hari tu dia demam.. keaktifan nya tetap terserlah. Now dia dah pandai buat ayat. Kalau dia duduk atas kerusi komputer tu dia akan cakap kat aku..."Mami tolak Rizq".. kalau dia makan apa apa dia akan cakap.. "Ni mam dap nie..." Tapi yang paling meng surprise kan aku malam tadi, bila dia tetiba cakap "Cicakman!" Pelik aku. Aku & hubby tak der pulak cakap mender tu. Nak kata si Tina (maid) yang ajar, mana pulak dia tahu sebab memang TV is a no no kalau we all tak der kat umah! Budak budak ni pandai ajer....

So. itu ajer lah update aku untuk hari nie. Nak gi kuwar makan nie... Bye....

Monday, December 18, 2006

Wiken Semalam..

He..e..leh! actually ari ni aku coti. Tapi terpaksa datang keje gaks sekejap...
Hancur harapan nak gi mengurutsss pagi nie! hee...heee..

Tak per.. tak per.. jap lagi nak gi KLCC tengok CINTA show pukul 10:45am. Ada sesaper yang nak ikut? Jom! Pas tu petang nak ke SOGO area pulak. Beli apa yang patut dibeli.. yang tak patut dibeli pun kalau nak beli bleh gaksss.....

Ari Sabtu itu hari sedang aku bersyok syok diurut kepala kat salon, kakak aku kol.. katanya abang aku yang kat kampung tu masuk hospital. So aku pun bergegas lah nak balik ke kampung. Kena pulak hubby tak der. Dia ke Medan ngan kengkawan nya. So aku pong suruh la kakak aku & abang aku pick-up aku dulu sebelum balik ke Teluk Intan.

Derang sampai ke rumah aku pun dah dekat pukul 4:00 petang. Amek aku, then drive back... about 8 kms lagi nak sampai ke rumah tetiba khete kakak aku buat hal. Tetiba jer bergegar.. slowing down & terus berhenti! Alamak... haru.. haru... Pahal lah pulak khete ni buat hal? Rupa rupanya kakak aku lupa isi minyak.. dia isi minyak RM30 tiga hari yang lalu... Now dah berapa ratus km dia travel! Sajer jer... We all terpaksa mintak tolong India seberang jalan tu gi belikan minyak. Sementar tu we all duduk la kat tempat bas tepi jalan.. Rizq suka sangat dapat lepak kat situ. Kesana sini dia berlari! Dekat sejam baru lah India tu sampai bawak minyak 2 tong...

Abang aku tu doctor suspect minor stroke.. Pas sembang itu ini kejap, we all balik singgah umah emak. Lepas makan (nasi, durian, rambutan, satay etc).. we all pun berangkat balik. Sampai Bukit Beruntung lebih kurang pkl 12 malam.... Pengsan!!

Itu lah kisah wiken aku...

Wednesday, December 13, 2006

Dua Hati

Sedang orang lain tengah kasik review pasal citer CINTA.. aku nak cuba beralih arah... hee..hee..

Ada tak sesaper kat sini mengikuti citer Dua Hati kat TV3 every Tuesday nite?

Aku dok ikut citer ni dari awal lagi.. lakonan Jue, Linda Rafar, Mustapha Kamal.. etc etc.. dah tak ingat.

Aku bukan nak kasik review citer tu.. cuma nak melepaskan geram pasal perangai B**OH bopren Jue tu malam tadi. Saper nama mamat tu heh! Aku pun tak tawu.. Its actually bukan B**OH.. just that dia telah membawakan watak yang teramat baik malam tadi. Linda Rafar pun patut dibagi thumbs up!

Scene waktu Jue, Linda & mamat ni tengah makan kat hotel. Si Linda ni cakap macam macam pasal mender yang dia buat ngan mamat ni (tunang Jue).. kengkonon nya puji lah Jue sebab mamat ni caring..so on and so forth... Sebenarnya dia nak memporak perandakan Jue & tunang dia...

Isshh.. menjadi sangat apa yang dia buat. Aku kat luar ni yang sakit hati. Hubby jadik mangsa!

Tuesday, December 12, 2006

Lilek..Lileks Sajer....

Aku menangis...menagis nie...uhuk..uhuk... penat nya aku type panjang panjang, boleh hilang begitu saja! Hampeh!!!!!!!!!!!!!!
So now aku nak summarise apa yang aku type tadi jer...
Minggu ni aku dapat menarik nafas lega.. akhirnya. Tapi tak lama. Next week aku akan sibuk kembali.
Cuma nak share my plan for next week ngan you gals out there...
Monday, 18 Dec 06
Hari ni me and frens akan amek cuti the whole day. Pagi, we all akan gi buat facial & massage. Mengendurkan segala urat yang telah tegang. Tapi kan, sesapa tau tempat mana yang best ada massage & spa? Yang aku tawu cuma kat Ampang, Beratu... Tapi kalo ada a few choices lagi bagus. We can compare the price & the service.. tak gitu?
Petang pulak nak gi SOGO. Nak soping baju anak. Kat situ kan banyak choice & harga pulak boleh tahan! Set set soping tok Raya Haji lah nie..hee..hee..
Tuesday-Thursday
Erm.. back to work..work.. and work...
Friday, 22 Dec 06
Pagi keje as usual. Petang pulak aku dah apply cuti. Nak gi tengok CINTA. Org lain dah baper kali tengok.. aku baaaaaarrrrruuuuu..... nak tengok. Itu pun kalo ada lagi. Kalau tidak, aku gi lah tengok Cicakman.. Dah ajak hubby soh amek cuti sekali. Tak tau lah dia nak ke tak nak. If not aku gi lah sengsorang...
Christmas Weekend
No plans yet. Mungkin dok umah and bawak Rizq gi park or main air kat Sunway kut...
So, you gals & guys out there? Tak der sesiapa pi amek coti hujung tahun gi jenjalan ker????

Friday, December 08, 2006

Nama Aku

Just a short entry! Hari ni aku nak citer pasal nama aku...

Nama aku Marlina. Waktu kat sekolah menengah orang ramai panggil aku dengan nama achik. Sebab geng geng aku dinamakan dengan along, angah, achik & ateh... so ini kira ikut saper tua lah nie. Tapi ada jugak bebudak jantan panggil aku dengan nama Saadiah. Derang kata muka aku macam muka Saadiah terutama tahi lalat yang ada kat pipi aku ni haaa.... Belasah ler apa korang nak panggil aku..hee..hee

Tiba kat ITM pulak, nama achik ni still diteruskan jugak. Mostly kengkawan semua panggil aku achik!

Come to Toledo.. nama achik orang dah tak pakai. They called me by my name. Ina.. Mungkin lagi senang and ringkas agaknya..

Bila masuk kerja pun orang still panggil aku Ina. But my old frens (alinlai contohnya) masih menggunakan achik.

Dan.. tiba time memblog pulak.. memacam nama aku dapat! Mar, Lina (ni nama ex-girlfren my hubby nie), MB... etc...

TAPI APA ADA PADA NAMA KAN!!!

Entah apa apa entry aku ari nie

Tuesday, December 05, 2006

Bernafas Dalam Lumpur...

Korang boleh ibaratkan aku macam bernafas dalam lumpur... aku masih boleh survive, tapi hampir sampai ke tahap tenggelam.. Hee..hee...

Satu jer yang buat aku happy dua tiga hari ni kat ofis. Last few days boss aku buat appraisal untuk aku. Ini untuk menentukan our achievement at the end of the year lah. Dan lagi satu untuk menentukan bonus (note: esok BOD meeting untuk approve bonus..yeaaahooo!!)

Guess what? Boss aku yang mulia itu telah memberikan aku 92/100. That falls under Excellent! Muahaahaaa.... Then dia recommend aku increase salary & also promotion. Now aku tido pun bleh senyum.....