Monday, January 22, 2007

Carca Marba

Hari baru...Minggu baru... tapi tak ada yang baru yang nak aku ceritakan kat sini. Dah seminggu tap update blog. Asyik ronda ronda masuk blog orang ajer. Bukannya apa. Kering idea nak tulis apa dah!

Last wiken tak der apa yang menarik yang dibuat. Cuma melayan Rizq kat rumah ajer. Dia dah semakin banyak cakapnya. Now aku & hubby cuba nak memahamkan apa yang dia cakap jer.

Contoh contoh perkataan Rizq:-

1. Tomen - Ultraman / Superman
2. Brrr - Susu botol
3. Nanana - Susu cap gantung
4. Ti stim - Roti stim (feveret food)
5. Tutup, boleh, kakak, mummy, daddy, bola etc - ni semua cakap dah clear

Aku & Company

Dah nak masuk 9 tahun aku ngan Co sekarang ni. Dari dulu aku memang tak tahan ngan boss aku nie. Angin dia angin ribut taufan. he likes to ask for something yang aku rasa tak logik. Tapi somehow or rather, aku jer yang tahan dengan dia. Driver dia semenjak dia masuk keje dah bertukar 7 kali! Orang bawahan dia pun dah baper kali bertukar. Cuma aku yang tetap bertahan. So semua colleague aku kata cuma aku yang boleh paham dia. Mungkin aku ngan dia ada chemistry. Bukannya aku tak pernah kena marah! Kena macam macam. Tapi aku style yang masuk telinga kiri, kuwar telinga kanan. Aku ni jenis yang tak makan saman agaknya. So aku masih disini. Satu yang aku respect boss aku ni sebab dia jenis yang cepat marah & cepat cool down. DIa jenis yang ingat staff. Kalau time CNY tu aku mesti dapat angpow yang kaw kaw punya. Kalau dia gi oversea (which in a year a few times dia gi holiday), dia mesti belikan aku or Rizq souvenir. Dan kalau time increment or bonus, dia recommend aku yang best! Mungkin sebab tu aku masih disini.. Agaknya sampai pencen lah nie.. Hee..heee...

Hubby

Hari ni hubby cuti sebab Company dia kasik replacement leave for Maal Hijrah hari Sabtu itu hari.. bestkan! member apa lagi! Gi memukul lah. So aku dipaksa amek half day leave coz dia habis memukul tengahari.... So.. nampaknya I will be in the office only sampai pukul 1:00. After that.. bye bye all!

14 comments:

alinlai said...

boleh plak tu 'dipaksa' ambik half day ke ke ke, tapi rasanya achik pun sure rasa yezzarrrrr ada alasan half day leave kan kan kan....

.:HalogamoRa:. said...

Lina teruskan usaha kasi bos sayang manyak manyak lor!

nak tau cha cha panggil susu ape? nyok nyok. mana dia dpt perkataan tu pun, tatau.

PuteriSatu said...

muehehehe...mar...aku rasa ko pencen jekla kat situ..bukan senang ko nak faham hati bos ni...kira cepat marah cepat kool tu kira okla tu...jangan cepat marah tak kool2 ...lagi susah ko...

* weh kasi aku tip ko bersalinkan rizq jahitan ko 1 je tu...muehehhe..

marlinabaharom said...

lyn-ni ada alasan nak gi nyongkets sementara tunggu kamarul..

halo-budak budak ni memacam bahasa yg derang gunakan yer! kengkadang tu kita nak faham pun susah...

puteri-tips untuk satu jahitan... kena push dengan cara yg betul.. jgn angkat bon*** waktu nak push tau...

Zakiah said...

apsal bunyi botol susu brrrr. Hehehe kelakar lar.

Tahun ni ang pow sure best jugak nih. dah dapat lum?

happyirfa said...

wah..sayang betul boss mb kat mb yer..kalau kena marah hari2 pun berbalai sbb dpt ang pow manyak.

seronok bila anak dah mula pandai cakap.

simah said...

ada orang tu pekerja kesayangan bos dia :0) bagus la utk hang.. :0)
kalau ada bos mcm tu dan dia suka kat hang.. bagus la..

hang bubuh la lagi gambaq rizq kat sini .. lama hang tak letak gambaq dia..

Kak Lady said...

Marlina...nasib baik u & husband tau apa yang rizq cakap...ade biras akak tu...apa anak dia cakap dia tak paham...kesian budak tu..golek2 nangis...sbb mak dia tak paham aper dia nak...hehehe...

Kalau dah selesa kat satu company tu memang le susah nak tinggalkan...lebih2 lagi kalau dah paham dengan perangai boss...

kaklong said...

salam,

baguslah MB ni jenis susah amik hati, tak sensitif tak tentu hala.

bos camtu biasanya jenis marah tak sampai ke hatikan..dia lepas aje apa yg dia rasa, then dia cool cepat2..

sukalah tgk MB n asben ni, mcm pakwe makwe lagi tu..

bab bahasa anak baru pandai cakap ni, mmg memeningkan kepala :D. mcm alia ari tu, dia cakap kat but kat but, rupanya sikat rambut.itupun tau lepas dia tunjuk sikat tu. sementara nak paham apa dia cakap tu, dia terjerit pekik nangis2 nakkan benda tu. kita pun naik hot dibuatnya.

rafiqaheliza said...

Best betul dapat boss camtu..better than a bad boss yang tak tahu nak appreciate staffs..
Mmg best dapat anak baru nak blajar cakap. Still remember the days when my Ashraff baru nak pandai cakap..Skang ni dah tak larat nak layan dia pulak-:)

marlinabaharom said...

zakiah- brrr.. tak tau ler mana dia dapat! ang pow normally after boss balik CNY baru dapat...

marlinabaharom said...

irfa- hee.. dia bukan sayang. cuma dia payah nak dapat orang yang boleh tahan angin kus kus dia tue..

simah- tu la kan. dah lama tak ada entry bergambar! nantilaaa.. aku amek gambar terbaru rizq and paste kat sini.

kak lady-tu lagi parah. mak bapak tak tau anak nak apa.. kesiann...

syikin-cam pakwe makwe?? hee... hee... ada rahsia tu..

rafiqa-ee.. ashraff pun umur tak jauh beza dengan rizq kan! seronok melayan derang ni bercakap.

kasutVINCCI said...

oooo...kesayangan bos ni. Patut la setia. Kv plk makin kucar kacir kat ofis la ni. Tp bkn kv jek, org lain pun.

Ayu said...

amacam dgn maid hang MB? aku harap2 semuanya ok..

aku respect ler hang sbb bleh tahan dgn boss tu hehehe anyway semoga hang buat yg terbaik dan ajdi pekerja contoh :)