Tuesday, January 16, 2007

MAID OH MAID....

Ahhhhhhhhhh........... Hari ni baru aku dapat menarik nafas lega. Kosong sket rasa kepala nie after one project is done. Last week 3 hari berturut turut aku terpaksa balik malam. Kesian anak aku. Kesian laki aku sebab everyday asyik kena makan kat luar ajer!

OK. Now aku nak sambung entry yang lepas pasal kes si Tina nie.

Kengkawan ingat lagi tak pernah dulu aku citer yang si Tina ni siap gi umah neber aku bersuka ria main badminton? After neber aku kasik tau, aku dah sound si Tina ni supaya jangan bawak Rizq merayau rayau tak tentu pasal kerumah orang. Bahaya.. entah entah dia syok syok main badminton, dibiarnya Rizq main kat jalan.. entah ada khete laju ke.. lori ker... seriau aku!

Then last week, as usual, aku akan kol kerumah nak cakap dengan Rizq. Kol kol, tak der orang angkat. Aku ingat line tepon kat rumah rosak. So aku mintak tolong kakak sebelah rumah tengok tengok kan derang. After a few minutes, kakak tu tepon aku balik. Dia kata nobody's at home. Bila dia pusing2 rumah, dia kata pintu pagar belakang rumah terbuka. But Rizq & Tina were nowhere to be found. Time ni darah aku dah naik sampai ke kepala. After one hour, baru la tepon tu berangkat bila laki aku kol. Bila ditanya, Tina kata dia ada kat belakang ghumah. Nampak sangat betapa dia mengencing aku n laki aku! Then balik malam tu pulak tengok kepala Rizq dah benjol besar lagi...!! Agak agaknya apa lah yang dibuatnya kan....

Satu lagi aku punya syarat untuk keje kat rumah aku ialah maid dilarang ada handphone. Any calls or communications she wants to make, she can use my handphone.

Tetiba semalam waktu aku tengah cakap dengan Rizq dekat telefon, tetiba aku terdengar macam bunyi SMS kat rumah aku. Then you all tau kan bila kita tengah cakap kat tepon, then kalo ada handfon nak masuk, theres some gangguan thru our landline. That's what I heard yesterday. So aku suspect dia ada guna henfon kat rumah which we didn't know.

Aku plak style yang tak pandai nak tanya direct nie. Aku risau kalau nanti dia sakit hati ngan aku entah apa apa dia buat dekat Rizq... So apa pendapat kengkawan semua?

Rizq

Semalam aku n hubby belikan dia motorbike yang rechargeable tu. Member tak nak tido asyik nak naik motor tu kebelakng kedepan rumah.. Hepi sesangat... Satu hal pulak nak buat auta kat dia soh tido..... anak...anak.....

18 comments:

alinlai said...

isk buat hal dah, benjol kat kepala budak kecik tu dah surut ka blom? kalau blom pi la check takut ada infection ka apa ka...silambam je si tina tu ...

Kak Lady said...

gmMar...kak lady rasa Mar kene mintak tolong jiran dalam hal ni...sebabnya..Mar takde dirumah dan yang tinggal kat umah cuma dia & rizq. Mintak tolong jiran tu tengok2 kan...dan beritau Mar klu ade yang mencurigakan. Sbb jiran kak lady sebelah ni pun dulu ade mintak tolong akak perhatikan maid yang baru dia ambil...maklumlah...anak2 cuma tinggal dengan maid aje. Yang kita takut ialah keselamatan Rizq...yang lain tu kita tak kisah sangat...

Tina tu dah mula berani buat hal...tu yang susah tu...

simah said...

aku setuju dengan kak lady.. suruh jiran ko keep an eye sikit on ur madi..

tapi kan kalau hang tak cakap ur dissatisfaction hang kat si tina ni aku takut nanti one day dia buat something yg secara sengaja atau tak sengaja membahayakan dia..

at least la hang reinstate ur home rules.. convey to her ur suspicions..biar dia tau that u r aware of certain of her tabiat tak senonoh.. dia ni jenis suka tipu n tak takut orang..tapi at least make sure she knows that u r watching her somehow..tell her yg ko tak percaya 100% cakap dia..

ni aku punya two cents thoughts la..

comel la rizq..boleh imagine dia naik mainan dia.. gambaq tak ada ka?

simah said...

i meant membahayakan anak hang..(sorry salah typo)

Zakiah said...

aperla tina ni. cakap ajerla terus terang nanti lama lama dia ingat okay. Kalau cakap elok elok insyaallah okay kut. Betul gak cakap kak lady. Mintak tolong orang sebelah. sabar banyak banyak ajerla.

kasutVINCCI said...

risau gak dekat rizq tu. Betul jgk nasihat kak lady tu. Lg pun hang selalu kerja blk lewat. Senang hati jer tina tu nak buat apa.

happyirfa said...

hai mb..
macam2 karenah jugak aklau ada maid.dulu irfa pun ada gak ambik budak dr kampung sendiri.keluarga
org susah dan sekolah sampai darjah 6 jer..adalh hampir 2 tahun dia tggl dgn irfa masa anak pertama sampailah irfa ngandung anak ke2..satu yg sakit hati.apa2 hal kita tanya dia bantai jawab'tak tahu'..sakit betul hati.kepala anak benjol atau luka .bila tanya 'kenapa"dijawabnya 'tak tahu'..angin betul.saya bukan reti sound direct.takut dia buat apa2 kat anak kita masa kita keje.mcm apa yg mb pikir jugaklah.

ontahsapo said...

nasib baik agent maid aku garang giler... so maid ni cukup takut kalau aku ngadu... mau kena sepak terajang... setakat ni alhamdulillah....

Anonymous said...

hello....nice blog....

just dropping by to promote my blogger friend's business...

http://sisterscupcakes.blogspot.com/

Kaklong said...

salam,

MB, risau pulak tgk stail maid baru ni. maid lama tak buat camni kan?
nampaknya kena slow talk ngan maid tu, takut2 nanti dia naik kepala. apa2 pun, MB banyaklah berdoa lepas solat, minta Allah buka pintu hati maid tu nak buat kerja baik2, tak buat benda entah apa2 belakang MB suami isteri.hari2 doa camtu jangan miss.

lagi satu, jgn putus doa minta Allah tunjukkan kalau maid tu buat jahat or tak amanah..insyaAllah, Dia akan tunjukkan. yg saya tau ni, drp mama blogger kita Shami..dia ada experience maid camni..

Kaklong said...

lagi satu, lupa pulak.pesan kat maid, kalau anak tu jatuh, cepat2 tuam kepala dia.

kalau anak tu jatuh n lepas tu terus muntah, cepat2 suruh dia call MB tau, sbb itu bad sign, maybe ada kecederaan dlm kepala.

Wan Faziatul Amira said...

achik

eee achik, jangan laa buat diam je, buatlaa something before its too late...nak nak she is playing around with ur son.. lagi laa, may be baik baik ke, derang ni setengah tu kalau cakap lebih lebih sikit mulaa buat muke.. anyway, baik cepat cepat cakap

blackpurple said...

Kena hati-hati. Tak boleh bagi muka sangat. Naik lemak nanti.

Ada maid kawan saya siap pakai hp 3G lagi..... huh...

atehlaila said...

Kesian Rizq...camtu lah nasib ibu2 yg bekerja ni..risiko tu byk sangat..

Hati2 sikit dgn motor ni, jgn esok jadi mat rempit..anak2 ateh skang dah pandai cakap pasal mat rempit dan latest perkataan yg diaorg bawak balik " motor Pacak" means aksi angkat tayar depan tuh...huh!!pening.

PuteriSatu said...

windu aku nak baca blog ko..tapi aku tak de masa nak melawat..kadang2 tak de mood...tapi bila baca blog ko..aku suka....

eh camana leh jadi gitu plak maid ko ek...eiii mesti ko susah hati kan tinggalkan rizq dengan minah tuh...baik ko hati2 weh...

~ GAB ~ said...

Risau jugak ya anak dgn maid ni.

It happened to my 2 neighbours next to each other late last year. Both maids made an escape together. The one with 3-year old baby left the baby with the 2 siblings which the other maid took care of, age 4 and 5. Could you imagine the kids (still babies in that sense) taking care of the baby. Anything can happen.

hanisumayyah said...

Maid camni memang pening nak urus, dia degil dalam diam...makan kat dalam niii...rasanya kena slow talk ngan dia, tapi kesannya memang adalah, tak boleh lari, sure dia simpan dalam hati kalau MB dah cakap apa tak puas hati. Pengalaman saya dulu, 3 bulan jer, tak dengar cakap saya hantar balik Indon, maid saya ni kalau saya marah dia, dia boleh bebel balik kat saya...tu yang tak tahan tu. kalau dah takde jalan keluar lain, sebaik-baiknya tukar maid lain sebab sikap adalah sesuatu yang paling susah nak ubah! Sebab kalau biarkan banyak risikonya lebih2 lagi dia yg jaga Rizq.

Sorrylah..panjang pulak komen, teringat kat maid dulu, tak hilang lagi geram kat dia kalau teringat!!!

Idham said...

:) wazz here...and i can understand ur dillema...nak bagi tau nanti si maid ambek hati, nanti kalau dia ambek hati takut pulak dia lepas geram kat si Rizq..nak tak bagi tau, nanti dia terus naik toncang...

but rasa nya la...baik bersemuka, dperhaps with questions...

idham