Tuesday, January 09, 2007

Minggu 2 Tahun 2007

Sedar tak sedar dah masuk minggu ke-2 tahun 2007. Terima kasih aku ucapkan to those yang telah mengaminkan harapan dan impian aku. Semoga impian aku dalam tahun ni tercapai...

Hari ni aku baca suratkhabar ada dua kes di mana bayi/kanak kanak didera sampai mati. Isshh.. aku tak paham ler perangai manusi yang tak serupa manusia nie. Derang tak rasa kesian ke kat budak budak ni. They were entrusted to take care of the child.. tapi senang senang nak bunuh pulak anak orang tu. Kat mana derang letak hati dan perikemanusiaan pun aku tak tahu!

Tahu tak betapa susahnya orang nak dapatkan anak? 7 tahun aku berusaha, baru dapat Rizq tu sorang. Itupun setelah tebuk sana tebuk sini.. baru lah berhasil. Dah mengandung tu satu hal... nak menghabiskan 9 bulan tu macam macam aku kena lalui.. Pas tu nak give birth pulak, pompuan bersabung nyawa nak mengeluarkan baby tu. Tup tup datang orang orang yang tak ada hati perut nie senang senang nak dera lah.. suffocate lah.. baby tu. Eeeeeeee... aku geram nie!

Erm.. pepagi hari aku dah EMO. Mana tak nya.. perut lapar.. haa..haa..haa...

OK lah. Nak gi cool down kan diri. Apa aku nak makan pagi ni erk? Mungkin aku nak gi pelita kat Jalan Ampang pekena mee goreng dia.. MMuuaahhhhhh!!!

10 comments:

alinlai said...

hmmm yang pekup muka dengan bantal tu geram sangat, muka yg kena reman tu macam muka penagih je kan... eiii memang geram. Perghhh ndapnya mee goreng mamak...nak join la breakfast...tunggu aaa...ke ke ke

marlinabaharom said...

erm... kat sini kalo brekfes memang besar besaran.. kalo setakat roti canai sekeping tak cukup.. hee..hee.. tu yang badan pun menggebu tu..

simah said...

hangpa ni la.. sikit sikit makan..aku pun tensen.. wei nak join jugak heheh

memang betul.. otak bengong betul sesapa yg boleh sampai bunuh budak.. ni mesti jenis tak sabar..senang kena hasut dengan bapak setan.. ..

aku pun pagi tadi terbuat sardin roll..makan sorang sorang hehehe and i was supposed to be on diet.. diet tong sampah heheh

ibuVouge said...

yaALLAH kejam kan org tu, bodoh tul akai tadak tul
sian kat mak budak tu..mcm mar ckpla betapa susahnya nak dapat senang saja dia
tapi think the other side..sekurang kurangnya, ibu budak tersebut dah di janjikan tempat DSANA

blackpurple said...

Binatang pun sayang anak....

yus said...

betul tu, tak tahu mana pergi perikemanusiaa diorang ni. Tapi yang yus lebih tak faham, bila ada kes ibu sendiri dok buang anak dia...tak sakit ker masa melahirkan tu, sampai sanggup buang anak sendiri??

Kaklong said...

salam,

mmg jahatlahkan, na'udzubillah. kalau tak de hati nak jaga anak orang, jgnlah jaga, sbb tak sepenuh hati dan ikhlas, tu yg bila anak2 kcil ni ada ragam, tak de kesabaran langsung, tu yg sampai jadi kes bunuh tu.

mee goreng mamak?? aduh, buat org terliur ajelah ..hehe

happyirfa said...

mb..
geram mmg geram.org kata kalau dah ajal itu semua dalah penyebab shj.tp rasa macam tak patut pun ada..elok tekup balik org yg buat tu biar dia rasa..bygkan mak budak tu yg bekerja mcm kita nih pegi bg balik dah petang ..harap ank dia dijaga dgn elok..dah pikir balik ni nak tenguk senyum anak.tup2 alin yg jadi.entahlah.

.:HalogamoRa:. said...

depa ni kadang2 masalah apa pun x tau la...senang senang nk cekup anak org bagi mati...

marlinabaharom said...

simah-sardin roll? menarik tu! aku tak pernah try buat lagi..

IV-aku sensitip kalo part budak budak nie

BP-yea..BETOOOLLL!

yus-yang part mak sendiri buang anak tu, memang bukan manusia laaaa

kak long-orang yang tak sabar melayan kerenah bebudak memang susah kan

irfa-tu ler.. kita ni kengkadang bekerja bersusah payah nak membesarkan anak yea...

halo-kita cekup derang balik...