Friday, October 19, 2007

8 Days After Hari Raya

Tengah tensi ni.. Dari pagi try upload gambar, tapi asyik error saja.

So nak bercerita pasal raya pun tak ada mood sebab tak ada gambar nak diceriterakan.

But overall it was a joyful raya.

Kat kg aku, Teluk Intan semua adik beradik balik hari Khamis tu. So dapat lah 2 malam berbuka bersama. Sehari sebelum raya, aku, hubby & Rizq balik ke kg makcik aku di Sg Air Tawar. Separuh hari jer. Petang tu dah ke Teluk Intan balik. Tapi sekarang ni hari hari asyik hujan saja... Tak apa lah. Hujan rahmat tuuuuu....

Pagi raya, after sembahyang & bermaaf maafan, balik ke Melaka pulak. Tapi traffic teruk dari Bangi ke R&R Seremban. So dah nak pukul 3 baru sampai ke Melaka.

Tahun ni kat Melaka tak henti henti orang datang. Aku sampai dah terror goreng mee kuning tu. Sebut jer.. nak mee goreng mamak ke mee goreng basah ke.. sap sap sui! Semua SIAPPPP!!

Hee.. hee... Sambil sambil tu, setiap hari aku kuwar ke Tesco lah. Jusco lah... merayap merata rata...

Rabu pagi after breakfast, aku bertolak balik ke Bukit Beruntung dah...

Habis lah percutian raya aku selama seminggu...

Aku akan cuba try test untuk update gambar raya minggu depan!

2 comments:

Cat Cat said...

Amboi, sempat merayau time raya... Banyak membeli-belah??

simah said...

tak sabaq nak tunggu gambaq tu.... memang ari tu blogger ada problem utk upload gambar...depa dah settle dah...cuba la hang try balik...

*mee goreng mamak satu!* :0)