Thursday, October 25, 2007

So..So.. Sad

Erm.. Tak tau nak cakap apa........

Semalam aku ke Ipoh, melawat salah sorang staff we all meninggal dunia. On the way from Ipoh, singgah pulak ke Cenderong Balai melawat sorang lagi staff punya in-law meninggal.

Sampai ke Bukit Beruntung dah pukul 7 malam. Terus mandi sebelum main dengan Rizq. Kata orang kalau balik dari rumah orang meninggal jangan main dengan anak, jangan pegang anak.. tak baik.

Lepas mandi, aku terus pulak masak untuk dinner. Badan dah penat, so aku cuma masak nasi, kobis masak lemak & daging goreng sambal.

Settle makan, tengok TV sekejap then terus naik ke bilik.

tetiba kat atas katil.. tit..tit..tit.. SMS masuk.

"Hayat just passed away".

Aku macam tak percaya. Betul ke nie? Terus kol si penghantar SMS.

So, memang confirm. Sorang lagi staff we all meninggal waktu tengah main futsal. Sedih. Dia ni ahli sukan, tak merokok, sihat tubuh badan.. tapi tup tup.. dipanggil Tuhan. Umur baru 33 tahun, anak umur 8 tahun & 6 bulan..

So kat ofis ni kebanyakan orang tengah bersedih. Aku pun tengah sibuk menjawab panggilan panggilan orang. Maybe nanti nak melawat pulak. Dah terbengkalai keje kat opis lagi nie...

Apa apa pun tolonglah sedekahkan Al-fatihah untuk sahabat aku nie...

9 comments:

~LoVeLyZz CoRnErZz~ said...

innalillahh

Anonymous said...

Al fatihah kepada semua yg dah pergi tu...semoga Allah memcucuri rahmatnya ke atas ruh diaorang... Amin... u take care yea ina... ? hugs*

pB said...

Salam MR,

pB ada call MR masa MR keluar melawat tu ....

No Shah ALam ...

Cat Cat said...

My condolences to the family of the loved ones...

May their souls rest in peace.

Alinlai said...

:( sedihnya...sebab banyak sangat berita sedih... al-fatihah kepada semua yang telah kembali kepadaNya

Qaseh Bidadari said...

maknanye,mereka di kasihi allah..

cikdinz said...

ajal tu di tangan tuhan..
dia yg menentukan..

Mak Su said...

sekali ramai-ramai....

Wanpetunjuk said...

Salam ziarah blog...dari kak SitiLina (yang baru sahaja dapat baby 'Hafiy'), gambar Hafiy berusia 15 hari dan 17 hari ada dipamerkan di dalam blog Chronicle, demi memenuhi permintaan Kak SitiLina...check it out!!!