Thursday, February 28, 2008

Cerita Hari Minggu

Satu hari di hari minggu..

Citer ni terjadi last week. Waktu tu aku dengan Tina tengah masak dekat dapur. Hubby plak tengah baca Sunday newspaper kat living hall. Rizq?? Dia pun kat dapur jugak, tapi bahagian luar sebab dia tengah main spray pokok guna spray yg selalu kita sembur kat baju kalo nak iron tu...

Tengah aku syiok syiok menumis tulang masak asam tetiba jer....

"Mummy!!!!!... Tolong.... Huaarrgghhh.......!!!!!" Rizq menjerit.

Punya lah aku terperanjat.

Sambil rush nak keluar aku pun tanya "Kenapa Rizq???"

Nak tau apa dia jawab??

"Ni haa... ada lalat satu!!!"

Memang membazir karan lah budak bertuah sorang niee.....

Monday, February 25, 2008

Like Father Like Son

Peribahasa Like Father Like Son tu memang la betul.....

Bila bercakap dengan Rizq

Mommy: Rizq cepat. Jom mandi..

Rizq: Dizq tak nak mandi..

Mommy: Kenapa pulak Rizq tak nak mandi?

Rizq: Dizq tak nak mandi sebab Dizq dah mandi, mommy...

Mommy: Bila Rizq mandi?

Rizq: Dah mandi dah.. temalam... tadi..... temua dah mandi...

Bila bercakap dengan Daddy

Mommy: Yang, sekarang nyamuk banyak. You tolong spray kan Ridsect

Daddy: Eh.. dah la. I dah sembur dah..

Mommy: Bila?

Daddy: 3 ari lepas...

Pirraahhhhh... nyampah betul bila bercakap ngan derang nie...

Thursday, February 21, 2008

Nak Sambung Ke Tidak??

Errrmm.. have been palnning lately to further my studies. Aku rasa untuk aku pergi ke tempat yang lebih tinggi aku kena ada sesuatu yang lebih dari sekarang. Yang lebih dari apa yang orang lain ada... betul tak?

So I've been scouting for universities yang ada buat on-line study. Found a few. But after reviewing the structure, courses, timing.. I think O*M is the most suitable for me.

But before deciding on wheteher I can really devoted my time..there's a few things that I need to consider:-

1. Tuition fees - mano mak nak carik around 22K for the fees? EPF is one solution lah.. Tapi kalau boleh tak nak kacau duit *Untuk Simpanan Di Hari Tua* iteww...

2. Time for anak - Rizq needs a lot of attention from me. Tapi kalau masa banyak nak dihabiskan mengadap buku and pergi kelas, macam mana dengan Rizq nanti?

3. Can I juggle between work yang dah terlampau banyak dengan study??

4. Nanti hubby gi holiday tak dapat ikutttt...huarrgghh!!!!!!!

Itu adalah diantara sebab sebab yang masih membuatkan aku belum meneruskan niat murni aku tu.

But I still have the time. The next intake for this year is May & September. So kalau jadi, maybe aku nak register for September classes. Pray hard for me guys!!!

Wednesday, February 13, 2008

LUNCH TODAY

This is my lunch for today.....

Sedap tak??? Heee...

Sambil tu sila perhatikan 2 bekas biskut tart kat belakang tu.. Itu pun yummy!!!



Wednesday, February 06, 2008

CERITA MINGGU LEPAS.. DAH TERLAMBAT DAAA....

Yeay.. yeay.. hubby dah balik. Maka tidaklah sunyi malam malam ku lagi.. haa.. haa.. haa.. mengada betul Marlina nie!



Ni gambar sebahagian dr brg yg hubby belikan. Tak begitu clear coz malam.. and si kecik tu asyik nak inter-frame jer...


Big Barney untuk budak bujang sorang nie....


5 helai baju untuk mummy


Baju baju untuk Rizq and sesikit barang lain tak dapat nak amek gambar... Asek muka si kecik tu jer yang masuk!

Tapi bulan March ni dia akan sibuk kembali. Banyak kena gi outstation.. Aku pun akan susun plan aku baik baik laa... Nak kena senarai kan shopping complex mana yg aku harus lawati setiap hujung minggu.. Isshh.. isshh.. Bestnyaa....

Ni Rizq waktu tengah gunting rambut.. punyalah susah nak memujuk dia. Last last ok jugak setelah aku kata amoy tu akan bagi dia cokelat banyak banyak...

Monday, February 04, 2008

Wiken Yang Boring

After 3 days of leave.. aku masih penat & tak ada mood nak buat kerja.

Hubby tak ada dirumah since last Friday.. dia ke Jakarta & Bandung, kerja sambil jalan & soping moping... Aku?? Hanya melepak & melepek kat rumah.

Saturday, bawak Rizq ke Shah Alam. Do some groceries shopping @ Tesco Extra sambil Rizq and Tina aku hantar ke Playland. Boleh lah aku membrowse barang dengan tenang. First time ke situ, dulunya Makro, but now Tesco dah take over. Not bad... Aku suka ke sana.

Habis membeli barang, aku bawak Rizq ke Shah ALam Mall pulak. Feveret spot Rizq sebab dia suka ke video game arcade yang ada kat sebelh Reject Shop tu. Aku pun apa lagi, membawa diri ke Reject Shop lah pulak.. Got a few baju for Rizq. Hubby memang dah pesan, jgn membeli belah lagi sebab dia akan shopping di Bandung. But being a woman I cant help myself by tengok tengok barang sahaja, without membeli.. Harusss aku TERbeli jugak akhirnya.

Habis segalanya, perut pun dah terasa lapar. Tanya Rizq nak makan apa.. dia kata Kay Ef Yee.. So off we go ke KFC pulak. Tengah makan makan, my sis in law call from Bangi kata nak datang rumah. Aku OK ajer, so at least tak lah sunyi sangat sementara hubby tak ada kat rumah.

Petang Sabtu & Ahad just duduk duduk kat rumah jer. Ingat nak bawak Rizq pergi club, swimming.. but then hujan pulak. So stuck kat rumah akhirnya..

Habis lah satu wiken yang memboringkan...