Thursday, March 30, 2006

MISCELLANEOUS...***&&&!!!!

Fuiyooo........ Fuiyoo... cepat cepat. Aku nak citer sat. Korang semua nak tau tak?

Nak tau ke tak nak nie...?? Cepat ler...

Hee..hee.. sebenarnya aku tak der benda sangat nak distorykan. MUAAHAAHAAHAA...

Sekarang ni aku dah dipindahkan sementara ke Lvl 21 dari Lvl 32. Next week pulak baru ler betul betul pindah ke building baru. Tapi half of the kotak kotak dah dihantar ke building baru. So aku rasa hidup aku kacau bilau sangat nie. Semua barang barang dalam kotak. Everytime nak buat kerja kena bukak kotak. Then tetiba pulak tengok file dah termasuk ke dalam kotak yang DAH dihantar ke building baru. Tak ke haru dibuatnya?

Semalam aku ke building baru untuk monitor movers tu antar kotak. Itu kagi satu hal. Movers tu semua orang NE**L yang tak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris. Pas tu kotak dia orang main letak suka hati mak bapak derang jer. Aku geram betol lah tengok kotak kotak tu pecah pecah bila diangkat. Aku nak instruct pun susah. Bukan nya derang paham pun. Lepas tu baunya.. fuh! harum semerbak kalah bau Christian Dior punya perfume. Naik fening aku! Nasib baik ler aku ni tak mengandung...

Satu kerja dah settle.. pas tu next week pulak nak kena unpack. Buat filing semula. Angkat kotak lagi. Aku nak mintak permission nak datang kerja pakai jeans. Senang aku nak bergerak!

____________________________________________________________________________________

Erm.. ni lagi satu berita. Korang ingat tak dulu aku pernah tulis pasal aku boring sekarang ni. Susah nak bergerak sebab dah duduk jauh & kereta cuma satu jer. Hee..hee.. aku semalam dah kompom beli khete. Tapi khete second hand jer lah. Budget ciput kan... So nanti kalo khete tu dah jadi hak milik kekal aku, aku akn amek gambar & download. TUNNNGGGGGGUUUUUUUUUU!!

Friday, March 24, 2006

SIBUKSSSSSS..

NI MAI NAK HABAQ KAT KENGKAWAN.. AKU DOK SIBUK SEMINGGU NI.

Dua hari ni tak der kat ofis coz kena buat road show for one company yang nak listing - TH Pla**tations - memang penat kalo buat roadshow ni. Muka kena senyum.. mulut kena ramah. Tak leh malu malu.

Then next Monday most probably kena pindah opis pulak. So kalo jadik pindah maknanya aku tak bleh nak update or nak melawat blog kengkawan.

But then ... stay tune! Kalo ada masa aku tetap akan menulis!

Monday, March 20, 2006

Day in and day out our daily routine is the same. Sometimes I do get bored.. dont you guys think so? So agak agak nya lah kan.. ada tak sesaper yang boleh suggest kat I, what should I do to excite my life a little bit?

I don't deny that I have a very lovely and understanding husband. Even my little sikenit would normally lightens & brightens our day. Cumanya semenjak berpindah ni, aku rasa my life is very fixed & rigid.

My normal routine kalau waktu kerja:-

5:20am - get up. kalau sikenit meragam terpaksalah stay in bed melayan dia lama sikit. then terus mandi and bersiap. kadang kadang aku akan masak untuk sikenit. tapi nowadays dia memang tak nak makan. so he will just nibble some biscuit or roti.
every two or three days aku akan basuh baju.

6:20am - dah siap. main main ngan sikenit.

6:35am - kuwar rumah.

7:15am - sampai ofis. carik geng gi breakfast. or else tu breakfast ngan hubby.

8:30am - start kerja.... sampai ler pukul 5:30pm. hubby datang amek kat opis.

petang pulak kalo jalan ok, pukul 6:45pm sampai lah umah. kalau tak pas pukul 7:00pm baru ler nampak muka anak. dan sebagai isteri mithali..semestinya lah aku akan masak untuk suami tersayang. yealah org kata lah kan.. orang kata , bukan aku kata.. bagus kalo dapat hidang suami ngan air tangan sendiri nie. supaya dia selalu teringat ingatkan kita walaupun kita tak der kat depan mata dia.. betol tak...???

weekend pulak, kalo tak balik kampung ker..mana ker, we all just kluar gi jalan jalan cuci mata. kalo hubby main golf..ermm.. dok saja lah kat umah!

jadi kan.. cam ni ni haa? dulu waktu kat shah alam. even hubby tak der, aku boleh saja panggil cab n go wherever i want to go. or kengkadang kalo hubby outstation, aku amek jer khete and drive. tapi kat sini semua nya jauh aku rasa. rasa cam terpencil jer.. uhuk.. uhuk.. sedihnya. mungkin aku terasa cenggini sebab aku blom adapt lagi kat tempat baru ni... TOLONG MAK...NYAH!!!!

Thursday, March 16, 2006

Kenangan Lalu (III)

Aku harap hari ni aku boleh citer sampai abis...

But then kan.. do you guys know one thing? Toledo kalau waktu winter suhu nya boleh sampai below 0 degrees. Memang lah sejuk. Aku sempat merasa 3 kali winter kat sana. But guess.. berapa kali I main snow? NEVER!!!

Kalau waktu winter tu, aku cuma akan keluar rumah waktu nak pergi class, pergi kerja or buat groceries. From my window room, I can see people terbaring baring (maklumler student melayu tak pernah jumpa snow sblom ni) dalam snow. They are like so..so..happy! Tapi aku sugguhpun orang upah masuk snow.. ampun aku tak nak! I never like cold weather. And i never like snow.

The season that i love most is summer. Waaaau!! It's a heaven for me. kalau boleh sepanjang hari & malam aku nak melepak kat luar rumah. Biarlah hitam.. biarlah gelap. Aku tak kisah semua tu. Aku memang bahagia bila tiba musim panas...

Another thing that I love most kalo duduk oversea is that we all students selalu sangat bertukar tukar kereta. Macam orang kaya pulak rasanya. Sepanjang 3 tahun aku kat sana, aku & BF empat kali bertukar kereta. Our first car is a honda lama. We bought that for ~$600. Then we changed to Honda Prelude merah. Itu tak lama sangat. After merah we go for a newer version of the Honda Prelude..but now warna biru pulak. The last car which is Ford Probe was the one we love the most. We sold that to a Mak Itam. Siap dapat buat untung lagi! Those were the days...

Aku and BF balik ke Malaysia for good Fall 96. Dah dekat 10 tahun dah. But then the memories are still in my heart.

I got engaged with hubby after 4 months balik ke Malaysia. tapi macam kata pepatah orang tua tua waktu bertunang ni memang banyak dugaanya. Memang perit aku nak melalui semua itu. Tapi disebabkan jodoh aku and hubby kuat, akhirnya pada 4 July 1998 kami disatukan.

Dari kasih sayang kami berdua, lahirlah sikenit aku tu pada 28 October 2004.. after so many of ikhtiar & operations that I have to go thru. Alhamdulillah.. semuanya selamat.

Wednesday, March 15, 2006

Kenangan Lalu (II)



......sambungan dari 'Kenangan Lalu'....

Walaupun aku duduk berjauhan dari ibu bapa, tapi aku tak terasa sangat kesunyian itu. Bukannya sebab BF ada bersama, tapi sebab aku memang dah biasa berjauhan dengan family. After Std 6 ajer, aku telah menjadi penghuni Sek Men Sains T Intan. Habis Form 5 aku diterima masuk ke ITM Shah Alam and right after Diploma (tak sempat pun nak naik pentas untuk konvo), aku diterbangkan ke sini, Toledo. Jadi masa untuk bersama keluarga memang terlalu terhad.

OK berbalik pada cerita aku di Toledo.Di sini lah aku mula mengenali bermacam macam perangai dan kerenah manusia. Ada yang baik dan ada yang tak baik. Ada yang sombong, ada yang peramah. Pergaulan lelaki & perempuan memang terlampau bebas. Yang tinggal serumah, seapartment tanpa ikatan pun ada. Ada juga yang mengambil keputusan untuk berkahwin saja disana demi mengelakkan perkara yang tak di ingini berlaku. Aku hampir hampir ditunangkan oleh ibu bapa ku kerana risau akan keadaan aku di sana. Tapi...Fuh! Lega! Nasib baik tak jadi.. Kalao tak...alahai.. mudanya aku dah jadi tunangan orang. Waktu di Toledo jugaklah mak aku kata ada sorang ustaz kat kampung ni bertanyakan aku untuk anak dia yg waktu itu seorang polis. Hee.. hee.. pun mak aku tolak sebab dia kata aku sedang belajr. Kalo tak aku sekarang ni dah jadi menantu ustaz.. and bini seorang polis! kahh..kah..kah! Tak dapat aku nak membayangkan macamana keadaan aku sekarang. Mungkin hidup aku akan jadi jauh berbeza. Itulah yang dikatakan jodoh...

Waktu tu student Melayu kat sana ada lebih kurang dalam 20 orang. Toeldo is a town just nice for study. Not too big of a town nor too small sampai boleh membuatkan kita boring. There's a few shopping malls i.e. Franklin Park, Southwyck Mall, JC Penney..etc. tapi sepanjang aku duduk kat sana perkara yang paling aku tak boleh lupakan ialah night groceries (sebab its a 24 hours store) kat Meijer and Cub Food, then tengok wayang seringgit... and lagi satu makan buffet kat Old Country Buffet for just $7.99. Alamaaakk.. bestnya! Since student Melayu tak ramai so we were very close altogether. Selalu buat gathering and keluar ramai ramai gi picnic. Rumah aku jadi port bebudak bujang (termasuk BF) sebab aku and housemate (now dah jadi Datin muda) memang rajin memasak. Speciality aku ialah teh tarik! So sesaper nak try bleh lah contact aku K.

Dalam banyak banyak kenangan manis aku kat sana tak ketinggalan jugak terselit cerita cerita pahit. Tapi aku tak nak mengenagkan cerita pahit yang dah lepas. Pedih kalau ingat...

Sepanjang aku di sana.. tak banyak sangat tempat yang aku travel sebab our class schedule is very tight. Tempat yang paling selalu aku pergi ialah Ypsilanti, Chicago and Detroit. Then waktu parents aku datang.. aku bawak lah travel jauh sikit. Aku & BF sewa kereta ke Canada. kami drive sampai ke Quebec. Weather there is very cold..brrrr... So on the way bak kami singgah di New York, Syracuse and Niagara Falls. We travelled for about a week. Sengkek gak jadinya aku masa tu. Duit untuk travel aku simpan sepanjang aku kerja part time di University. Aku buat part time in between classes kat University dining hall & juga Pizza Hut. Yang bestnya bila kerja kat tempat makan ialah sebab dapat makan free. Gaji time tu about $4.25 per hour. Banyak tu pun aku dah rasa besar sangat valuenya tau...

Alaa... dah panjang ler. Aku sambung next episode ok!

Monday, March 13, 2006

Hutang Blom Dibayar..I Just Can't Do It Now..

Aku tahu aku masih berhutang cerita ceriti aku waktu di Medan dengan you all semua.

It's just that I do not have the mood and the urge to write about it at the moment. I am going thru some rocky moments in my life. It's just something that have hit me before. I gave him the chance to proof that he has change. YES.. he did. But just for a while. And now he has done that again.

I feel that I need to speak to somebody, but I can't. I need to resolve this as soon as possible or else my entire life will be upside down.

I wish that you guys can give me courage and pray for me eventhough we only know each other in this cyber world.

Till then when I feel I can write again, I will.

Wednesday, March 08, 2006

Back From Medan

I was back from Medan on Sunday morning. Tak sempat nak bercerita panjang coz teramat bz to pindah ofis at the moment. Try to upload some pictures here of Medan & Lake Toba tapi tak boleh pulak dah. Those yg nak tengok pictures can log in to http://marlinabaharom.fotopages.com.

I will write on my visit shortly when I have the time. But overall it was a very great and enjoyable trip. BEST.. Nak Pergi Lagi!