Thursday, March 30, 2006

MISCELLANEOUS...***&&&!!!!

Fuiyooo........ Fuiyoo... cepat cepat. Aku nak citer sat. Korang semua nak tau tak?

Nak tau ke tak nak nie...?? Cepat ler...

Hee..hee.. sebenarnya aku tak der benda sangat nak distorykan. MUAAHAAHAAHAA...

Sekarang ni aku dah dipindahkan sementara ke Lvl 21 dari Lvl 32. Next week pulak baru ler betul betul pindah ke building baru. Tapi half of the kotak kotak dah dihantar ke building baru. So aku rasa hidup aku kacau bilau sangat nie. Semua barang barang dalam kotak. Everytime nak buat kerja kena bukak kotak. Then tetiba pulak tengok file dah termasuk ke dalam kotak yang DAH dihantar ke building baru. Tak ke haru dibuatnya?

Semalam aku ke building baru untuk monitor movers tu antar kotak. Itu kagi satu hal. Movers tu semua orang NE**L yang tak tahu berbahasa Melayu atau Inggeris. Pas tu kotak dia orang main letak suka hati mak bapak derang jer. Aku geram betol lah tengok kotak kotak tu pecah pecah bila diangkat. Aku nak instruct pun susah. Bukan nya derang paham pun. Lepas tu baunya.. fuh! harum semerbak kalah bau Christian Dior punya perfume. Naik fening aku! Nasib baik ler aku ni tak mengandung...

Satu kerja dah settle.. pas tu next week pulak nak kena unpack. Buat filing semula. Angkat kotak lagi. Aku nak mintak permission nak datang kerja pakai jeans. Senang aku nak bergerak!

____________________________________________________________________________________

Erm.. ni lagi satu berita. Korang ingat tak dulu aku pernah tulis pasal aku boring sekarang ni. Susah nak bergerak sebab dah duduk jauh & kereta cuma satu jer. Hee..hee.. aku semalam dah kompom beli khete. Tapi khete second hand jer lah. Budget ciput kan... So nanti kalo khete tu dah jadi hak milik kekal aku, aku akn amek gambar & download. TUNNNGGGGGGUUUUUUUUUU!!

13 comments:

Syikin said...

dengar citer mb ni pun saya tumpang pening kepala sama, naknya nak deal ngan movers tu..

tak per MB, second tak second, yg penting ada kenderaan nak bergerakkan.

Ayu said...

MB,
ko kene bertenang hehehe.. silap2 ko plak yg kene darah tinggi nanti.. apapun..aku tau ko mesti pening pala sbb bab pindah ni mmg le memenatkan :)

marlinabaharom said...

syikin-jgn ler tumpang fening. amek jer lah fening saya semua nie.. hee..hee

ayu-memang lah ayu. blom abis penat pindah umah, now sambung penat pindah ofis pulak.

Anonymous said...

Adat berpindah...selamat memunggah kotak2 :)

-lyn-

MAMARISYIA said...

huhuhu...ngeri plak...mcmana bila nanti opis aku pindah pi Subang!!mau pening kepala aku..

huhhuhu...janji ko boleh jln rata2 tak kiralah second tak second!!

Syikin said...

mb..dah ronda mana ngan keta baru ni?

kasutVINCCI said...

waaa...jelesnya.MB dah ada keto!! Hik hik..nanti boleh gi giant or tesco sendiri.Ye dak?

marlinabaharom said...

lyn- tulunnnnn.. meh balik mesia tolong achik pindah!

MR-bila ko kena pindah subang? isshh.. memang memenatkanlah MR. tensi aku!

syikin- khete minggu ni baru dapek ler. nak kena urus road tax n insurance nie... fulus lagi tuh.

KV- yea betul! senang nak gerak. dtg KL meh le contact..

Anonymous said...

Alah achik jgn la kata balik Mesia rasa mcm duduk obersea plak he he he Sabah pun Mesia juga le. Bleh tulun...tapi tulun kesian jer la :)

-lyn-

Syikin said...

nanti masukkan gambor keta tu tau..esp. no plat, kot kot terserempak keta mb kat mana2,taulah blh jumpa MB kat situ

alinlai said...

Achik, nanti masukkan gambaq keta + plat #, ...kot2 nampak kat KL bleh lambai2, tumpang pun bleh kot he he he

-lyn-

Kak Lady said...

Peningkan berpindah randah ni...tu belum unpack lagi...bila dah unpack...lagi bertimbun kerja kan?

Kopi Suam said...

MB,
Firstly tahniah sebab nak beli kjete satu lagi....secondly hmm berapa harga syer TH plantation tu seunit ekk....sham baru mcm menarik aje bunyiknyer