Wednesday, March 15, 2006

Kenangan Lalu (II)



......sambungan dari 'Kenangan Lalu'....

Walaupun aku duduk berjauhan dari ibu bapa, tapi aku tak terasa sangat kesunyian itu. Bukannya sebab BF ada bersama, tapi sebab aku memang dah biasa berjauhan dengan family. After Std 6 ajer, aku telah menjadi penghuni Sek Men Sains T Intan. Habis Form 5 aku diterima masuk ke ITM Shah Alam and right after Diploma (tak sempat pun nak naik pentas untuk konvo), aku diterbangkan ke sini, Toledo. Jadi masa untuk bersama keluarga memang terlalu terhad.

OK berbalik pada cerita aku di Toledo.Di sini lah aku mula mengenali bermacam macam perangai dan kerenah manusia. Ada yang baik dan ada yang tak baik. Ada yang sombong, ada yang peramah. Pergaulan lelaki & perempuan memang terlampau bebas. Yang tinggal serumah, seapartment tanpa ikatan pun ada. Ada juga yang mengambil keputusan untuk berkahwin saja disana demi mengelakkan perkara yang tak di ingini berlaku. Aku hampir hampir ditunangkan oleh ibu bapa ku kerana risau akan keadaan aku di sana. Tapi...Fuh! Lega! Nasib baik tak jadi.. Kalao tak...alahai.. mudanya aku dah jadi tunangan orang. Waktu di Toledo jugaklah mak aku kata ada sorang ustaz kat kampung ni bertanyakan aku untuk anak dia yg waktu itu seorang polis. Hee.. hee.. pun mak aku tolak sebab dia kata aku sedang belajr. Kalo tak aku sekarang ni dah jadi menantu ustaz.. and bini seorang polis! kahh..kah..kah! Tak dapat aku nak membayangkan macamana keadaan aku sekarang. Mungkin hidup aku akan jadi jauh berbeza. Itulah yang dikatakan jodoh...

Waktu tu student Melayu kat sana ada lebih kurang dalam 20 orang. Toeldo is a town just nice for study. Not too big of a town nor too small sampai boleh membuatkan kita boring. There's a few shopping malls i.e. Franklin Park, Southwyck Mall, JC Penney..etc. tapi sepanjang aku duduk kat sana perkara yang paling aku tak boleh lupakan ialah night groceries (sebab its a 24 hours store) kat Meijer and Cub Food, then tengok wayang seringgit... and lagi satu makan buffet kat Old Country Buffet for just $7.99. Alamaaakk.. bestnya! Since student Melayu tak ramai so we were very close altogether. Selalu buat gathering and keluar ramai ramai gi picnic. Rumah aku jadi port bebudak bujang (termasuk BF) sebab aku and housemate (now dah jadi Datin muda) memang rajin memasak. Speciality aku ialah teh tarik! So sesaper nak try bleh lah contact aku K.

Dalam banyak banyak kenangan manis aku kat sana tak ketinggalan jugak terselit cerita cerita pahit. Tapi aku tak nak mengenagkan cerita pahit yang dah lepas. Pedih kalau ingat...

Sepanjang aku di sana.. tak banyak sangat tempat yang aku travel sebab our class schedule is very tight. Tempat yang paling selalu aku pergi ialah Ypsilanti, Chicago and Detroit. Then waktu parents aku datang.. aku bawak lah travel jauh sikit. Aku & BF sewa kereta ke Canada. kami drive sampai ke Quebec. Weather there is very cold..brrrr... So on the way bak kami singgah di New York, Syracuse and Niagara Falls. We travelled for about a week. Sengkek gak jadinya aku masa tu. Duit untuk travel aku simpan sepanjang aku kerja part time di University. Aku buat part time in between classes kat University dining hall & juga Pizza Hut. Yang bestnya bila kerja kat tempat makan ialah sebab dapat makan free. Gaji time tu about $4.25 per hour. Banyak tu pun aku dah rasa besar sangat valuenya tau...

Alaa... dah panjang ler. Aku sambung next episode ok!

4 comments:

NONIE AZIZ said...

Bestnyerkan..pei tempat org mesti banyak pengalaman...jgn lupa sambung!!

Kaklong Syikin said...

MB..tak teringin ke nak kesana semula..nak tgk kot2 ada pembaharuan pembangunan..

Mummy Rizq said...

MR-memang dapat pengalaman yg tak ternilai rasanyaaa..

Syikin-teringin sesangat. tapi mungkin sekarang keadaannya berbeza. after sept 11 pandangan masyarakat sana terhadap muslim dah berubah. waktu dulu memang tak ada perbezaan!

Kaklong Syikin said...

Saya rasa rugilah, dulu, masa lps SPM tak tergerak pun hati nak further study oversea, yelah tak dpt info menyeluruh pun ya..suami pun penah tanya nape saya tak apply belajar oversea dulu? sbb dia belajar oversea...saya kata, entah..tak terfikir pun nak belajar oversea..

MB..citer tau,jgan tak citer continuationnya..seronok baca pengalaman org..