Tuesday, August 29, 2006

Geli Aku!

First and foremost.. nak jawab soalan Pn Syikin. Saya masih disini.. alhamdulillah, sihat walafiat. Tak busy cuma buat buat busy..hee..hee..

OK lah. Back to my story.

Semalam hubby tak dapat nak amek aku kat ofis. So macam biasa, aku terpaksa amek monorail kat Bkt Bintang. Menapak dari ofis ke stesyen dalam 15 minutes. Penat jugak la kan. Tiba kat stesyen, beli tiket.. dan tak lama lepas tu, tren pun sampai. Orang ramai.. so aku sedaya upaya cuba memasukkan diri aku kat celah celah orang gitu. Aku berjaya!!

Sampai kat Stesyen Hang Tuah.. ramai yang turun. So aku pun dapat lah tempat duduk. Kat sebelah aku Ah Soh C***. Aku pun buat biasa la.

Pas tu si Ah Soh ni start korek hidung dia. Memula ngan jari kelingking tangan belah kanan. Pas tu tukar pulak jari telunjuk tangan belah kanan. Pas tu tak cukup dengan itu... siap tukar tangan belah kiri. Guna jari kelingking. Then tukar pulak jari telunjuk. Then siap cam selet selet lagi...

Eeee.. aku dah tak boleh tahan! Aku takut tahi hidung dia terpelanting kena kat aku. Si Ah Soh ni keep doing that tukar tukar tangan kiri kanan kiri kanan sampai ler ke Stesyen Tun Sambanthan.

Isshhhhhhh...........Geli Geleman Tekak Aku!

17 comments:

kasutVINCCI said...

yark...eii!!

Syikin said...

ya ALlah, gelinya....kembang tekak.

marlinabaharom said...

KV-berat mata memandang.. berat lagi bahu memikul..hee..hee..

syikin-yea lah syikin. derang ni tak prihatin kat jiran sebelah. buat lah kat tempat tertutup kan!

ontahsapo said...

hahahhahah, kau kena balik dan cuci semua yg ada potensi terkena percikan tahik hidung ah so tuuu... hahhahaha kau kena samak ni....

simah said...

lain kali kalu u ada wt tissue dlm beg..offer ja kat si eeeeeee geli tu...*u nak guna wet tissue ni utk bersihkan jari u?* dengan selambanya..

eeeeeeee memang geli..

marlinabaharom said...

OS-aku kena samak satu badan!!

simah-ee.. nak tengok dia pun i dah tak lalu.. apatah lagi nak berkata kata... lepas i bangun tak der siapa berani duduk kat tmpt tu.

Zakiah said...

erk...kalau saya harus tukar tempat duduk tak pun muntah kat situ jugak.

Sherin Almashor said...

heeeee.. gelinye. Kesian u dapat duduk sebelah dia tu. Patut u offer tisu kat dia supaya dia tahu perbuatan dia tu heeeeee..geli le.. i terbayang-bayang la, MB.

jamri said...

Penerangan yang amat terperinci sekali....

awat tak join korek idung sekali pas tu baling kat dia plak

hahahaha....

alinlai said...

erk...geli geleman, apa kes la ah soh tu, tadak tempat lain ka nak melombong ke ke ke tapi awat Achik pi tengok dia melombong plak?

ibuVouge said...

bleh lak MB tahan dok sebelah dia...

lawala MB dlm gambar dinner tu..nampak slim gitu

marlinabaharom said...

zakiah-memang pun tukar tempat.. saya cuma jd pemerhati je. tu yg tau dia tukar2 tangan tu...hee..hee..

sherin-tak terbukak mulut i naf offer tisu ke dia...

jamri-ada ka patut..nak join dia skali??

lyn-bukan sengaja tengok.. TERtengok..

IV-memang pun

mb tukar tempat.. kurus?? camera trick kut..

PuteriSatu said...

eii geli geleman aku baca.....nak muntah aku.....citer lain aar weh..citer lain...

marlinabaharom said...

PS-next week lar aaa aku citer yang lebih menarik! Buat masa ni itu ajer yg aku sempat..layaannn...

mira said...

hampeh laa MB, describe detail giler.. boleh jadi penglipur lara.. errrrrr uwek!!

Idham said...

:) ...what life is made of in KL...full of funny, hilarious, geli2 incidences.


idham

marlinabaharom said...

mira-*wink* just telling the truth..

idham-true enuff. anything can happen ere..