Tuesday, February 28, 2006

30 sen does matter!

Aku tengah GERAM..GERAM..dan GERAM.. tapi aku tak tau nak marah kat saper.

Naper lah minyak ni naik sampai 30sen sekali gus?? Derang (entah saper) tak tahu ker yang rakyat ni tak berduit nak bayar duit minyak banyak banyak? Dah minyak naik, barang barang lain pun naik jugak ler! Abis tu camana aku nak simpan duit? Camner pulak aku nak jadi kaya?

Isshh.. malas dah aku pikir. So kengkawan yang mengunjungi blog aku.. I will be missing U guys for a few days. Flying off to Medan tmrw. Will upload more Medan pictures next week.

Till then. Adios!

Gambar Baru

I've updated my fotopages. So to those yang nak tengok gambar terbaru we all (dengan aku yang dah semakin mengembang ketepi) sila sila kan lah ke http://marlinabaharom.fotopages.com

Monday, February 27, 2006

Weekend Hap*pening*

Wuishhh.. sesungguhnya aku memang sibuk dua tiga ari yang lepas.

Friday, 24 Feb 06

Aku amek annual leave ari ni. Pepagi lagi aku ke Subang Airport. Gi amek paspot Rizq yang dah siap 2 minggu yang lepas. Tak ada masa. Kalo tak amek alamat bye bye Rizq lah Wednesday ni. Mummy & Daddy nak gi Medan.. Muahaahaa.. tak sampai ati nak tinggal anak. Ada brani kaaa???

Pas tu gi Astro pulak. Amek voucher La Bodega yang aku menang last month. Tak sangka pulak nak amek benda free ni pun kena beratur! Nasib baik free..Hee..hee..

Petang baru sampai umah. Tak boleh nak rest jugak sebab esok MIL nak pindah umah. So kena help out mem pack barang barang...

Saturday, 25 Feb 06

Ari ni MIL akan pindah. So appointment ngan lori pukul 1:00 petang. Aku dah cakap ngan hubby tak yah keje coz mak dia nak pindah umah. Tapi dia slumber derk pegi keje cam biasa. Pas tu dia suruh aku gi opis dia kat Bangsar untuk lunch lagi sebab pukul 2:00 ptg ada appointment ngan lawyer nak sign S&P agreement.
Aku amek komuter dr Rawang. First time aku amek komuter dari Rawang. Aduss.. berpuluh kali aku tersengguk tapi blom sampai sampai jugak ke Mid Valley. Dekat pukul 12:00 baru sampai. Round MV sekejap..pekena dua tiga barang. Pukul 1 lebih hubby sampai. Then after that gi straight to Shah Alam. Sign agreement. So dapat lah aku 10% deposit money.. muahaahaahaa.. pokcik kayo!
Settled everything, we all bertolak balik ke Bkt Beruntung. Nasib lori blom sampai. Kalo tak mesti aku rasa bersalah. Nak tawu pukul brapa lori kap lam ya nga tu sampai? Pukul 8 malam. We all dah rasa nak mengamuk dah!

Sunday, 26 Feb 06

Ingat nak bangun lambat sket, tapi si kecik tu pukul 6 pagi dah turun katil Terpaksa lah aku ikut. Kemas rumah apa yang patut, then pukul 9:00 (puas hubby tido) baru kluar breakfast. After breakfast singgah kedai perabot. Aku beli dressing table untuk bilik aku dengan cermin BESAR tok letak kat dining hall. Tak lama pas tu member aku sefamily datang nak tolong cat rumah. Seumur hidup aku ni lah first time umah aku ada feature wall. Konon konon nak tiru Eric leong lah nie...

SO... today dah Monday. Masuk opis muka blurr jer.

Nak kuwar lunch dah. Ari ni nak blanja member nyer birthday kat Shakeys Pizza... Anyway my feveret food is Pizza. How about kengkawan yang lain????

Thursday, February 23, 2006

Cilok Sekejap

Sempat masuk opis sebelum ke Concorde pagi nie. Sesajer cek email & update blog sesikit. Sempat jugak jenguk perkembangan blog kengkawan yang lain.

Biasa nya radio apa yang you all dengar pepagi?? Ada tak sesaper yang dengar Mix.fm pagi nie? Kepada yang dengar, korang dengar tak game show perfect match? Kalau korang nak tahu, yang pagi tadi tu aku ler ngan hubby. We all dapat voucher Giant RM250.. Selamat groceries aku bulan depan. Hee..hee...

Aku ni memang suka masuk game show. Yang paling banyak aku dapat dari Mix.fm ler. Last month dapat voucher makan La Bodega. Then dulu aku pernah dapat pizza voucher, goody bag..etc. Seronok tau masuk benda benda macam nie. Fast & easy money. Kalau tak menag pun tak per. Mesti dapat sagu hati kan!

Pas tu. game show TV pun aku pernah masuk. Dulu waktu Celebrity Square tu memula kuwar kat NTV7, aku salah sorang pesertanya. Peserta yang ketiga masuk TV kok tak silap. Dapat gak close to 10K. Pas tu. Kunci Khazanh musim baru pun aku dapat. Tapi aku tak gi sebab time tu ada hal. tak per lah. Tak der rezeki. Ni aku dah register untuk Roda Impian tapi blom dapat kena panggil lagi.

Aku pun tak tahu camana aku boleh ter ekstreme kat benda benda cam ni. Tapi aku bukannya menyusahkan orang kan. So tak salah, betul tak???

Tuesday, February 21, 2006

Macam Ni Pun Ader Ker..???

Le..E..Leh... Ada ker patut? Tapi memang patut pun. Sepatutnya aku kena attend course from 20 - 22 Feb ni. So semalam OK.. pergi course cam biasa. Pagi ni pun ingat nak gi lah. Tetiba office mate aku yg dah sampai awal ke Concorde tu, tepon. Dia kata trainer tu nak postpone today's course ke Thrusday. Reason being..?? Dia purging! Kih kih kih.. aku cukup happy. Memang happy. Nak tau kenaper? Sebab ari ni ada metro jaya preview sale!! Hee..hee...

Agaknya ada tak sesaper yang kat luar sana yang SALEs maniac cam aku nie? Semestinya ramai kan.. terutamanya kaum HAWA. Kepada yang sudah bersuami.. pastikan suami anda faham akan tabiat anda itu seblom berkahwin. Kalo tak mau pengsan kejang dibuatnya coz kat Malay ni abis satu sale, timbul satu sale yang lain. Hubby aku dah paham sesangat ngan perangai aku ni. Dia tak heran sebab.. kalo aku nak soping gunalah duwet aku sendiri! Apsal pulak dia yang nak tanggung betul tak? Cuma paling aku suka kalo akhir tahun, time time dia dapat bonus tu. Memang aku akan tersenyum sampai ke telinga coz dia amatlah pemurah. Banyak duwet yang dia akan sedekahkan kat aku. Alhamdulillah. Semoga rezeki laki aku akan semakin murah.. AMIN....

Kena Berenti Sekejap...

Attending a 3-day seminar kat Concorde. Will be back soon. Rindu nak menulis... tapi SABAR....

Friday, February 17, 2006

Kenangan Lalu (Part II)



......sambungan dari 'Kenangan Lalu'....

Walaupun aku duduk berjauhan dari ibu bapa, tapi aku tak terasa sangat kesunyian itu. Bukannya sebab BF ada bersama, tapi sebab aku memang dah biasa berjauhan dengan family. After Std 6 ajer, aku telah menjadi penghuni Sek Men Sains T Intan. Habis Form 5 aku diterima masuk ke ITM Shah Alam and right after Diploma (tak sempat pun nak naik pentas untuk konvo), aku diterbangkan ke sini, Toledo. Jadi masa untuk bersama keluarga memang terlalu terhad.

OK berbalik pada cerita aku di Toledo.Di sini lah aku mula mengenali bermacam macam perangai dan kerenah manusia. Ada yang baik dan ada yang tak baik. Ada yang sombong, ada yang peramah. Pergaulan lelaki & perempuan memang terlampau bebas. Yang tinggal serumah, seapartment tanpa ikatan pun ada. Ada juga yang mengambil keputusan untuk berkahwin saja disana demi mengelakkan perkara yang tak di ingini berlaku. Aku hampir hampir ditunangkan oleh ibu bapa ku kerana risau akan keadaan aku di sana. Tapi...Fuh! Lega! Nasib baik tak jadi.. Kalao tak...alahai.. mudanya aku dah jadi tunangan orang. Waktu di Toledo jugaklah mak aku kata ada sorang ustaz kat kampung ni bertanyakan aku untuk anak dia yg waktu itu seorang polis. Hee.. hee.. pun mak aku tolak sebab dia kata aku sedang belajr. Kalo tak aku sekarang ni dah jadi menantu ustaz.. and bini seorang polis! kahh..kah..kah! Tak dapat aku nak membayangkan macamana keadaan aku sekarang. Mungkin hidup aku akan jadi jauh berbeza. Itulah yang dikatakan jodoh...

Waktu tu student Melayu kat sana ada lebih kurang dalam 20 orang. Toeldo is a town just nice for study. Not too big of a town nor too small sampai boleh membuatkan kita boring. There's a few shopping malls i.e. Franklin Park, Southwyck Mall, JC Penney..etc. tapi sepanjang aku duduk kat sana perkara yang paling aku tak boleh lupakan ialah night groceries (sebab its a 24 hours store) kat Meijer and Cub Food, then tengok wayang seringgit... and lagi satu makan buffet kat Old Country Buffet for just $7.99. Alamaaakk.. bestnya! Since student Melayu tak ramai so we were very close altogether. Selalu buat gathering and keluar ramai ramai gi picnic. Rumah aku jadi port bebudak bujang (termasuk BF) sebab aku and housemate (now dah jadi Datin muda) memang rajin memasak. Speciality aku ialah teh tarik! So sesaper nak try bleh lah contact aku K.

Dalam banyak banyak kenangan manis aku kat sana tak ketinggalan jugak terselit cerita cerita pahit. Tapi aku tak nak mengenagkan cerita pahit yang dah lepas. Pedih kalau ingat...

Sepanjang aku di sana.. tak banyak sangat tempat yang aku travel sebab our class schedule is very tight. Tempat yang paling selalu aku pergi ialah Ypsilanti, Chicago and Detroit. Then waktu parents aku datang.. aku bawak lah travel jauh sikit. Aku & BF sewa kereta ke Canada. kami drive sampai ke Quebec. Weather there is very cold..brrrr... So on the way bak kami singgah di New York, Syracuse and Niagara Falls. We travelled for about a week. Sengkek gak jadinya aku masa tu. Duit untuk travel aku simpan sepanjang aku kerja part time di University. Aku buat part time in between classes kat University dining hall & juga Pizza Hut. Yang bestnya bila kerja kat tempat makan ialah sebab dapat makan free. Gaji time tu about $4.25 per hour. Banyak tu pun aku dah rasa besar sangat valuenya tau...

Alaa... dah panjang ler. Aku sambung next episode ok!

Thursday, February 16, 2006

Kenangan Lalu


Tadi terdengar lagu Melissa Ethridge kat radio. Serta merta aku teringat waktu lagu tu tengah popular, aku sedang study kat University of Toledo, Ohio. Ni gambar apartment yang aku duduk sepanjang about 3 years aku kat sana...

Aku menjejakkan kaki ke Toledo, Fall 94. Waktu tu aku tak kenal sesiapa. Nasib baik lah hubby ku ( waktu tu masih BF) dapat belajar di tempat yang sama. Hubby aku kenal semasa masih belajar di ITM Shah Alam lagi. Dia senior aku. Tapi dah memang rezeki dan mungkin juga jodoh, kami ditempatkan diUniversiti yang sama.

Kami disambut oleh beberapa orang senior student dekat sana yang mana kebanyakannya semua dah berumahtangga dan beranak. Sementara menunngu untuk mendapatkan apartment yang tetap, aku and another fren of mine menumpang di rumah Wira & Zety.. (waktu tu Zety tengah pregnant). Kesian jugak kat derang coz terpaksa melayan we all. sampai saja, aku terus tido sebab terlampau jet lack after 20 hours of flight.

....oopss..terpaksa sambung later. got some work to do...

Wednesday, February 15, 2006

"V" Day..AGAIN...??

Yesterday, 14 February 2006. People around the world celebrated the "V" day. Dolu dolu memang aku ni tak pernah miss untuk sambut bersama sama couple lain di luar sana tu. Mungkin waktu tu aku jahil sikit.

Tapi lama kelamaan melalui pembacaan etc, aku difahamkan dalam Islam memang kita tak patut menyambutnya. Tapi itu terpulang kepada setiap individu itu sendiri. Mereka berhak buat apa yang mereka rasakan betul. Aku tak boleh nak sangkalkan.

Cuma.. kat sini aku nak cerita sikit pasal apa yang terjadi petang semalam on d way back from work. Semenjak dua menjak ni aku jadi pendengar kepada satu stesen radio yang baru..H*T FM. petang semalam sewaktu sesi tepon menepon, ada beberapa pemanggil yang kol. Kebanyakan nya semua berkisar pada Hari "V" ni lah. Ada dua orang pemanggil wanita..yang tengah frust.. siap menangis nangis kat radio. Kesal dengan apa yang berlaku kat diri dia & boipren memasing. Yang kelakar tu, siap derang ni mention nama boipren dalam radio. kalau setakat cakap nama boipren tu Zul ker..Ali ker...man ker.. tak per lah. Ini boleh cakap nama penuh! Contohnya.. Kepada Zulkifli Zakaria b Embong (bukan nama sebenar) yang berada di Shah Alam.. Ayin terlampau sayangkan Zul. kenapa Zul sanggup buat begitu pada Ayin???

Alahai... kalau aku jadi mamat tu, mau aku letupkan radio tu. Tobat memang aku tak nak berbaik ngan awek aku balik!!!

Monday, February 13, 2006

Dah Pindah Problem Pulak...

Semenjak berpindah ke rumah baru ni (actually rumah lama...cuma baru berpindah), Rizq asyik buat perangai.

Yang pertama.. asyik merengek and asyik nak berkepit dengan mummy. Sampaikan aku tak boleh nak masak, buat kerja or even makan. Dia asyik tarik tangan aku ajak naik dan turun tangga. Pinggang aku dah rasa macam nak patah. Lutut aku terasa macam nak tercabut. kalau nak buat apa apa kena tunggu dia tidur dulu. Itupun dia cuma akan tidur satu hari sekali saja.

Yang kedua... Susahnya dia nak makan. Selalu tu si kecik memang suka makan. Dia akan habiskan bubur semangkuk penuh (masih makan bubur blender walaupun dah hampir setahun setengah & dah ada 8 batang gigi). But now bila nak kasik makan dia kan menangis nangis & meronta. dah bermacam macam aku try, tapi dia masih tak mahu jugak.

Yang ketiga.. Si kecik asyik tak sihat. Ini dah masuk dua minggu dia selsema & batuk. Ubat dah 2 kali prescription with two different doctors. Tapi batuknya semakin teruk. Suara dah tak keluar. badan sikecik pun dah semakin kurus. Sedih lah aku tengok keadaan dia.

Bila dah jadi macam nie, aku asyik nak marah jer rasanya. Tapi aku tak tau nak marah siapa. Aku kesian dengan si kecik, tapi bila dia start buat perangai tu aku tak tahan. Arrrgggggggghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!

Friday, February 10, 2006

Tak Sabar Dah.....



In less than 3 weeks, we'll be flying to Medan. Pictures shown is me & hubby during our last trip to Bangkok. But this time around everything is gonna be different coz our baby will be joining the trip! Hopefully everything will go smoothly..

Wednesday, February 08, 2006

Bersalahkah Aku???

Aku dah lama ber blog hopping nie. Cuma lately ni aku baru start buat blog aku sendiri.. reason nya?? Aku tak tawu apa nak tulis and apa nak diceritakan...

Aku juga sering meniggalkan komen dalam setiap blog yang aku baca. Baru baru ni aku cam biasa dah meninggalkan komen dalam satu blog nie. Bila dah dipublishkan.. aku baca balik. Rasa macam statement aku tu boleh melukakan hati orang tu. So kepada mereka di luar sana yang terasa akan komen aku... aku minta maaf bebanyak. Tak bermaksud nak melukakan hati sesiapa...

THOUSAND APOLOGIES!!!!

Monday, February 06, 2006

Pening N Penat Yang Blom Abis

Nak tau perkembangan terbaru??? Aku dah berpindah rumah semalam!! Dari Shah Alam, aku kini jadi penduduk Bukit Beruntung.

Ceritanya macamnie.... Plan nak berpindah yang sebenarnya ialah pada 18 Feb ni. So, aku pun tak der lah start packing apa apa. Hari Khamis lepas ada la satu couple mat salleh tua ni datang tengok apartment. Derang ni nak migrate ke Malaysia.. so for the time being dok kat hotel. Disebabkan nak bayar kat hotel tu mahal, derang nak cepat cepat carik umah sewa & pindah. Bila tengok saja apartment we all, terus terberkenan & bersetuju nak sewa. The next day, we sign agreement and they wanted to move in on Monday.. that is today. Nak tak nak, kena lah we all kuwar dari umah tu as soon as possible. Bayangkan lah betapa kelam kabut nya hidup ni last week end.

Itu habis satu cerita. Now bila berpindah ke Bukit Beruntung pulak.. Barang baarang my inlaw still ada dalam rumah. Derang blom totally pindah. Tapi dah pack jugak lah sikit-sikit. Can you imagine macam mana kedaan rumah tu? Bagaikan tongkang pecah... Barang we all yang dalam kotak, dalam plastik sampah..& dalam beg beg yang entah apa - apa. Ditambah lagi dengan barang in-law...Macam mana tu? Nak carik Sp***er sendiri pun susah... Macam mana tak fening?

Now, today is Monday, masuk kerja pulak. Boss baru balik dari 2 minggu cuti. Banyak barang yang nak diclearkan. Penatnyaaa..........

Nanti sambung lagi bila dah habis pening....