Monday, February 06, 2006

Pening N Penat Yang Blom Abis

Nak tau perkembangan terbaru??? Aku dah berpindah rumah semalam!! Dari Shah Alam, aku kini jadi penduduk Bukit Beruntung.

Ceritanya macamnie.... Plan nak berpindah yang sebenarnya ialah pada 18 Feb ni. So, aku pun tak der lah start packing apa apa. Hari Khamis lepas ada la satu couple mat salleh tua ni datang tengok apartment. Derang ni nak migrate ke Malaysia.. so for the time being dok kat hotel. Disebabkan nak bayar kat hotel tu mahal, derang nak cepat cepat carik umah sewa & pindah. Bila tengok saja apartment we all, terus terberkenan & bersetuju nak sewa. The next day, we sign agreement and they wanted to move in on Monday.. that is today. Nak tak nak, kena lah we all kuwar dari umah tu as soon as possible. Bayangkan lah betapa kelam kabut nya hidup ni last week end.

Itu habis satu cerita. Now bila berpindah ke Bukit Beruntung pulak.. Barang baarang my inlaw still ada dalam rumah. Derang blom totally pindah. Tapi dah pack jugak lah sikit-sikit. Can you imagine macam mana kedaan rumah tu? Bagaikan tongkang pecah... Barang we all yang dalam kotak, dalam plastik sampah..& dalam beg beg yang entah apa - apa. Ditambah lagi dengan barang in-law...Macam mana tu? Nak carik Sp***er sendiri pun susah... Macam mana tak fening?

Now, today is Monday, masuk kerja pulak. Boss baru balik dari 2 minggu cuti. Banyak barang yang nak diclearkan. Penatnyaaa..........

Nanti sambung lagi bila dah habis pening....

4 comments:

Anonymous said...

Achik,
Sabaq je la...selamat menjadi warga bukit beruntong...mudah-mudahan makin 'ong' :)

-lyn-

Arena said...

Sis, huhuhu penatnya dengar orang pindah-randah nih.. tapi at least dah tak clash dengan office pindah.. lega sket kot..

marlinabaharom said...

lyn...
memang selalu ong..

arena...
memang tak clash... tapi saper agaknya nak tolong clearkan kat umah tu??? nak mengofferkan diri tak?

Arena said...

sis,
offerr diri??? tidaaaaaaaaaakk.. kekeke last 3 years dah berpindah randah dekat 4 buah rumah.. long story tapi dengar perkataan pindah rumah pun dah tak sanggup rasannya..