Friday, April 07, 2006

Kenapa Update?

Ada dua sebab kenapa alu update ari ni.

First reason ialah.. sebab aku dah lebih seminggu tak menulis. Niat tu ada. Cuma masa yang kurang mengizinkan.

Second reason.. ialah....sebabnya aku dah tak ada keje & dah tak boleh buat keje. Semua barang dah diangkut ke opis baru. Yang ada kat depan aku sekarang cuma PC & tepon. So dah boring bergayut, aku menulis lah pulak dah. Boss pun tak der. So ape lagi..hee..hee..

Kejap lagi movers akan datang untuk dismantle PC. Janji pukul 10. Tapi now dah 12 lebih blom sesampai. Nak kata janji melayu.. ni Ca Ya Nun Alif... Dah berjangkit juga ker? Kita kan rakyat Malaysia...!!

Semalam memo dah keluar dari our MD. Esok semua orang diwajibkan datang opis. Semua kena kerahan tenaga..kemas sampai bersih. Come Monday morning, MD tak mau tengok ada kotak kotak bergelimpangan kat merata rata opis dah. Semua kena neat & tidy! Alemaakk.. malasnya aku nak datang keje ari sabtu nie. Kesian nak kena tinggal anak.

Update pasak khete:

Malangnya aku blom dapat khete aku lagi disebabkan perkara perkara yang tak dapat nak dielakkan. Tengah cuba untuk settle the problem. Hopefully cepat selesai supaya tak payah aku nak pikir banyak banyak benda dah...

Update pasal hubby:

Semalam aku & hubby had a slow talk dari hati ke hati. Tapi aku macam biasa. Aku ni jenis yang susah nak berterus terang. Aku ni pemendam (bukan pendendam) orangnya. Basically aku berpuas hati dengan apa yang dia promise kat aku. SEMOGA HUBUNGAN KAMI AKAN BERKEKALAN KE ANAK CUCU...AMIN....

8 comments:

atehlaila said...

Slow Talk..hati ke hati??Sabar yea..yg kecik2 tu..telan jer..adat berumah tangga memang ada manis, ada pahitnya..Kalau byk sangat yg pahit, buat jer ubatttt

marlinabaharom said...

ateh-insyaallah semua akan a OK!!..muaahaahaa.. hang bila nak mai umah?

Syikin said...

MB..selamat mengemas ofis

pasal ngan hubby tu, nape tak tulis surat cinta ngan dia? maksud saya, luah betul2 apa yg MB rasa dlm surat tu..bkn dengan bahasa kasar, tapi lemah lembut hinggakan buat suami rasa terharu n syahdu n rasa bersalah sbb melukakan hati MB.biasalah, kalau berdepan ngan org, kita mcm tak leh nak luahkan betul..ngan surat, or email ..kita blh luahkan terus sbb dia tak de depan mata kita.

MB berapa tahun kawin dah? kalau bawah 5 thn, menurut pakar perkahwinan, 5 thn pertama perkahwinan itu adalah tempoh perkenalan suami isteri.waktu nilah nak deal ngan segala kerenah pasangan masing2..mana yg nak dibaiki dan ditinggalkan perangai buruk tu.nanti, lps 5 thn, ujian dlm bentuk lain pulak.

Doa isteri penyayang tu makbul, berdoalah ngan seikhlas hati minta Allah sentiasa beri petunjuk pada MB utk jadi isteri solehah n minta Allah gerakkan hati suami MB utk jadi suami soleh sepanjang hayat.

BIasalah, kalau berumahtangga ni, cinta semata tak cukup, nak kena support ngan benda lain mcm tolerance, give n take, sabar menyabar, nasihat menasihati, tolong menolong, doa mendoakan yg baik2 antara satu sama lain.baru cinta tu akan fresh memanjang

nak dptkan keluarga bahagia ni kena usaha hari2..kalau dah bahagia tu kena maintainkan, berdoa hari2 ngan Allah minta kekalkan kebahagiaan tu.ok.

kalau suami tu suka keluar rmh n balik lambat, jgn fikir negatif, sebaliknya sentiasa berdoa minta Allah pelihara dia drp sbrang fitnah dan kejahatan jin, syaitan dan manusia, lelaki n perempuan..

pendam tu blh..tapi jgn sampai merosakkan..baguslah ada slow talk tu.

saya doakan MB bahagia dngn suami dunia akhirat. nak doa kita sentiasa makbul, jga hub. kita ngan Allah mcm solat 5 waktu tu jaga n sentiasa berzikir tak kira waktu susah n senang ok.

kekadang tu, Allah uji kita sbb nak tgk, kita ni datang tak mengadu ngan Dia,minta tolong ngan Dia...ok.

saya susah hati kalau dgr rmhtangga kawan ada masalah. tu yg sibuk tolong doakan sama MB bahagia ngan suami n anak.

alinlai said...

mak aii syikin punya nasihat dah panjang he he he so tak payah la nak bagi nasihat apa2 lagi... sama la mcm syikin (peace!!) * tak tau nak nasihat sebenarnya *

jaga diri sokmo :)

kasutVINCCI said...

aminnnnn..

MAMARISYIA said...

hehehehe...penat ngemas kotak kat opis tu mar???pasal keta tu cepat le dapat...tak sabo aku nak nengok!! Pasal slow talk tu..aku dulu macam ko jugak susah nak luahkan perasaan tak puas hati banyak pendam perasaan...Tapi bila dah tak tahan lagi nak pendam..terus meletup...so..baba nasihatkan aku apa yang aku tak puas hati luahkan..jgn simpan..kdg2 dia ingat sesuatu perkara tu tak menda bagi dia.....Aku nasihatkan ko..jgn selalu pendamkan perasaan tu..tak baik utk diri kita tak baik utk org sekeliling kita jugak!! Bila ko luahkan apa yg terpendam sekurang2nya fikiran kita akan jadi positif!! Apa2 sis...slow talk dari hati ke hari mmg antara jln terbaik utk suami isteri!!Semoga ko ngan hubby tertambah bahagia..

Arena said...

MB,
sis.. aku pun penat mindah randah.. skang ni tengah pening kepala sebab makan kek manis sangat..muakakkakak..

anyway, pasal heart to heart talk tu baguslah.. kena cuba cakap.. kalau aku payah sikit nak heart to heart talk dengan Ed, pasal kami suka sangat misinterprate the others punya maksud..tiap kali heart 2 heart talk mesti jadik bergaduh..boring aku dibuatnya.. oklah..aku doakan semoga korang takde masalah.. take care..

marlinabaharom said...

syikin-thanks for all the nasihat. aku akan cuba "buat yang terbaik" (set set AF ler...)
ari ni dah settle down sket. tu yg ada masa nak melawat blog nie...

Lyn-**PEACE** forever...

KV-terima kasih sebab mendoakan...

MR-ko tak yah tanya penat ke tak..muaahaahaa.. kurus aku dibuatnya bila terpaksa mengangkat kotak kotak nie.
sekali sekala memang perlu heart to heart talk nie.. aku sekarang tengah bertambah bahagia.

arena-mana ko dapat kek???
walaupun kengkadang tu aku tak berterus terang ngan laki aku, tapi dia sentiasa dpt baca hati aku. BORING!