Wednesday, April 26, 2006

Cara-Cara Nak Cover Malu..

1. Kalo tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..

2. Kalo terjatuh beskal: cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak...

3. Kalo terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...

4. Kalo terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....

5. Kalo jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....

6. Kalo terjatuh di dpn bus stop: terus buat2 pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....

7. Kalo jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

___________________________________________________________________________________

Minggu ni aku kena balik Melaka coz in-law buat open house. Aku rasa mesti aku akan penat sebab ramai orang nie. Tak per laa.. bukan selalu.

Sambil tu aku & hubby dah buat rancangan. Sabtu malam we all nak ronda bandar Melaka.. pas tu nak tengok wayang kalo berkesempatan. Then pagi Ahad pulak nak bawak si kecik buah hati pengarang jantung tu gi zoo melaka. Sian kat dia dah setahun setengah blom pernah gi zoo lagi.

Apa plan korang hujung minggu yang panjang ni?

9 comments:

alinlai said...

ok jom cuti2 M'sia, I am going to “The Tip of Borneo", Kudat... besttttt...

Syikin said...

yg hat no. 6 tu..doa2lah tak kena gelek ngan bas..hahaha

mmg lawaklah sumernya :D

weekend ni saya p mana ya??? tak tau lagi..mmg tak penah plan2..kalau plan2 senang tak jd..

marlinabaharom said...

lyn-ada apa kat kudat??

syikin-cam my huby plak. dia selalu buat benda unplanned.. kenkononnya SURPRISEEEE!!!

MAMARISYIA said...

muahahaha..siut jer...aku selalu guna teknik ni...tapi teknik jatuh dari bas tu tak penah jatuh lagilah...Aku pun nak balik Muar hujung minggu ni..ingat nak bawa sikenit aku ni pi Zoo jugak...

Hot Mama said...

Bagus jugak tips nie semua apabila jatuh, tapi hopefully tak jatuh langsung.. next tips cara-cara tak nak jatuh.. ahaks!!!!

So amcam open house inlaw.. Best?

marlinabaharom said...

MR-Muar kat mana? Aku pun umah nenk in law kat sana. Sering jugak lah balik...

hotmama- ni mesti termiss baca. open house this coming weekend. harap harapnya tak jadi org gaji ler..uhuk..penat!

Kak Lady said...

mar...akak dulu kerja pertanian satu opis lelaki...jalan punya jalan tak perasan ade meja...terlanggar le bucu meja...betul2 kat tempat yang tak sepatutnya...pstt...*kat situ*...tapi buat2 gosok kat peha...adoiiii!!...lalu terus berjalan pegi toilet...sampai je toilet....ADOIIIII!!!!!!....hahahha

Ayu said...

hahahaha kak lady hahahha
aku penah je tergelincir jatuh kat jejambat hahaha tp aku baut muka bodo sbb kwn aku pesan suh ckp mcm ni dlm hati "bukannya aku akan jumpa lg dgn dorang nih" hahahahah

alinlai said...

achik,
ada bengkel, then ambik peluang cuti ler, kudat tu hujung pulau borneo...memang cantik tempat tu...tapi panasss...