Monday, June 05, 2006

Boss tarak!

Isnin datang lagi.... arrgghh.. malasnya! Penat semalam tak abis lagi.

Jumaat malam balik Melaka. dari KL pukul 6:30ptg. Tapi u all tau pukul berapa baru sampai Melaka? Dekat kul 10 malam. jalan jem and ramai oreang balik kampung coz cuti sekolah. Plus ari Sabtu tu cuti umum Keputeraan Agung! Tensi wa cakap lu...

So semalam we all pun awal awal dah bersiap untuk balik KL balik. Tak sanggup nak mengharung jem lagi. Sodalam pukul 12 tengahari dah sampai ke Bukit Beruntung. Sampai jer, unpack & terus buat laundry. Balik kampung 2 hari jer, tapi baju kotor berbakul bakul. Nasib weather pun ok. So kering lah jugak even dah tengahari baru basuh baju.

Sekarang ni every weekend tak rehat rasanya. Next week pulak aku & hubby nak masuk Explore PJ Race sempena sambutan PJ nak jadi bandaraya. Saja gatal. Actually aku tak tahu apa pun pasal PJ. Tak pernah duduk kat PJ atau pun kerja kat PJ. Naper aku masuk?? Sebab nak tunjuk terer.. muahaahhaaa.. walaupun diri ni tak terer! So kalo aku dapat hadiah, aku akan war warkan. Kalau aku senyap jer tu, maksudnya aku tak dapat hadiah ler. Dapat penat jer!

Actually aku ni tak tau nak buat apa. Boss aku coti seminggu. Buat MR: Muaahaahaa... marilah beronggeng bersama sama. Ada tak sesaper yg keje kat KL ni? Meh ler lunch ngan aku. Boring gilos nie. Datang keje untuk makan & surf internet jer.

16 comments:

Hot Mama said...

Apa PJ race tuuu? Macam tressure hunt ker?

Wah relax laa hari nie yer boss takdak.. hehhe

marlinabaharom said...

hot mama- ni macam treasure hunt la. then, bukan setakat ari ni.. ari ni & ari seterusnya sampai lah next monday!

Ajzie said...

Wahhh seronok yea. Boss tak de ..Kucing tak de. tikus pun menari2 lah yea..hihihi. Kg kat Melaka yea? Dimana? Nenek saya di Melaka gak.. Di Merlimau, Simpang Pantai. Rindu nak nak gie Serkam..makan ikan bakar ngan nasik lemak bungkus..huhuhu

marlinabaharom said...

WA-kg hubby kat melaka. kat air keroh tak jauh dr seri negeri. ikan bakar?? alaaa.. melelh air liur. naseb tak peknen.. hee..hee..

alinlai said...

best tu boss tadak...tapi dok depan Internet ni pun kdg2 boring gak ... pi la buat lawatan kat Lot10 ka Sg Wang ka...sure best kwang kwang kwang

MAMARISYIA said...

muahahha...semuga ko berjaya Mar. Mar!mar! insaflah ko mar...jangan le boss tak de ko pun nak mengulor...muahahahha lariiiii

MAMARISYIA said...

muahahha...semuga ko berjaya Mar. Mar!mar! insaflah ko mar...jangan le boss tak de ko pun nak mengulor...muahahahha lariiiii

marlinabaharom said...

lyn-boss besaq yang tak dak. boss kecik ada. so lawatan cuma boleh dilakukan waktu lunch saja...

MR-aku baru ingat nak insaf, boss aku cuti, nak insaf lagi.. dia cuti lagi! abih camno???

Ajzie said...

Soga ada sale tak? Tak sabar nak shopping2 Msia nih? Bulan 8 nih ada carnival sale tak? Bila yea?

Moon® said...

Mar, amboi goyang kaki nampak.. enjoy sementara boss tak de ni.

Moga dapat hadiah pertama? melancong ke bali lagi kot.. hehehe

marlinabaharom said...

WA-ada.. ada.. Sogo sale skang. Mega sale bulan Ogos normallyu. Bleh la soping raya.. hee..hee.. nak balik malaysia dah ker? ada masa contact lah k!

moon-muaahaa.. bukan setakat goyang kaki. bah kan goyang seluruh badan. bak kata MR goyang INUL lagi..

Kak Lady said...

Syioknya boss tarak...dulu kak lady masa keje kat pertanian...boss pegi seminar ke kursus ke...kak lady bukan main syiok lagik..sebab surat2 tak leh keluar kalau boss tak sain...so bila boss takde...kak lady bertukar jadi 'JURUKAIT' selalunya jadi 'JURUTAIP' heheheh....

Syikin said...

OK..go go chaiyyo MB.

eh, kalau kalah tu war2kan gaklah.takde nak malu2,adat pertandingan kan:)

Anonymous said...

dah ready ka nak ber 'treasure hunt'? Jangan dok pi bershopping kat mana2 plak kwang kwang kwang... silap route

~lyn of KK~

Ayu said...

selamat maju jata MB.. :)

marlinabaharom said...

kak lady-ok gak juru kait.. yg saya ni jurumakan merangkap jurutidur!

syikin-alaa... kalo kalah tak ada apa yg nak distorykan lah..he..hee...

lyn-harus tu lyn!

ayu-thanx!