Thursday, June 22, 2006

Pencopet a.k.a. Pencelok Duwet

Aku baca NST hari ni. Front page "DON'T DO IT! COPS WARN PUBLIC NOT TO TAKE THE LAW INTO THIER OWN HANDS".

Polis dah warn to the public supaya any burglars, snatch thief (dan kawasan yang sewaktu dengannya) tidak dipukul public kalo ditangkap. Leave it to the police to settle them.

Bila terbaca berita ni aku teringat peristiwa yang terjadi kat aku and a colleague two years ago.

Waktu tu petang baru abis kerja. So we all ni gatal lah nak menyongket ke KLCC. Turun dari opis, jalan sikit kat depan.. and berdiri lah we all berdua menunggu cab kat tepi jalan. Dia (L) berdiri di sebelah kanan aku sambil cuba untuk menahan teksi. We all berdiri betul betul atas curb jalan coz taxi stand kat depan opis we all ni memang dipenuhi ngan kereta kereta awam menunggu bini masing masing balik kijer..so teksi memang tak leh nak masuk. Menyusahkan orang jer...

Sedang syiok syiok berborak, aku seakan rasa macam dalam mimpi. Tetiba kawan aku tu menjerit sambil melayang kat udara. It happened in a split second. The next thing I know is that dia dah terbaring kat tepi jalan menangis... nampak darah.. org kecoh kecoh.. aku terus panik.

Tetiba aku nampak ada brader sorang ni tengah heret sorang budak IN**A. Ada motor dah terjatuh kat tepi jalan tu. Apa lagi.. staff we all yang sememangnya waktu tu semua tengah nak balik keje belasah budak IN**A ni. Aku terus telefon L's husband. Citer serba sedikit apa yang dah berlaku. Menggeletar sungguh aku waktu tu.

Tak lama lepas tu L's husband pun sampai. Budak IN**A tu kena belasah lagi. Melutut mintak ampun. The driver dah cabut lari. Nasib baik beg L tak sempat dibawa lari bersama. Tapi bila diperiksa dalam poket budak IN**A tu, berkepul kepul duwet RM50. Mesti duwet curi gak tu.

Tak lama lepas tu polis pun sampai. Kes tu dibawak masuk court. Tapi budak IN**A tu dijamin somebody (mesti dia punya tokei). Member aku pulak patah beberapa batang gigi, bibir pecah etc. Sampai sekarang dia masih fobia lagi bila ingat kisah tu.

Aku ni pun sampai la ni, kata orang Penang, masih fobia jugak...

15 comments:

Alinlai said...

isk isk isk memang lah dasar pencopet, ehhh sungguhkah orang Penang kata fobia??? bukan ketaq lutut ka...ghaplah jingga ka...trauma ka...bla bla bla...(ke ke ke...merapu sikit...jangan mareee)

Mummy Rizq said...

lyn-now org penang dah advance... FOBIA tu bahasa harian jer bg depa..hee..hee...

Arena said...

Mb,
babe, kalau aku pon sah2 ketor lutut gitu..

Kaklong Syikin said...

huhu..nak copek ni. tunjuk muka jer.

moga2 kita semua tak kena ragut.

NONIE AZIZ said...

husihhh..takutnya macam tu...mintalah kita semua tak alami benda2 macam tu!!!

Mummy Rizq said...

arena-sekarang ni kalo jalan, aku sikit punya kepit ker handbag kat bawah ketiak...

syikin-eh! sempat menyinggah yer! dah dah.. shooo.. go and do your thesis. good luck!

Mummy Rizq said...

MR-harus berhati hati sentiasa... ko tu.. jangan nak menyongket jer tau!

Ayu Mohamad said...

arghhh takut seh! aku takmo kene bende2 mcm nih..and kalo bleh takmo lihat jugak.arituh depan umah aku(aku dlm umah sib baik)..waktu org tgh ramai selambe je moto tuh nak ragut notebook sorang minah nih. hubby aku nak baling dah kayu yg dia pegang kat moto peragut tuh tapi tak sempat sbb dia dpt lari.notebook selamat.. berdarah pompuan tu kene heret dgn motor peragut yg jahat tu

Sherin de Souza said...

Takut la.. mmg banyak betul cerita-cerita ttg pencopet, kecurian, penculikan yg kita dengar sekarang,kan? Yg Allah tolonglah kami semua, lindungi lah kami semua.

Nasib baik MB ok ye? Kawan tu macam mana? Luka teruk tak?

atehlaila said...

Kalau nak ambik..ambik jer lah..jgn lah sampai cedera2..sampai berdarah2..ngeri betul.

aNIe said...

Isk...kesiannya L...ilang duit takpelah jugak...ilang gigi saper nak ganti...takutt....

Mummy Rizq said...

ayu-peragut sekarang ni memang kamikaze. berani mati!

sherin-member tu gigi kena buat crowning, bibir kena jahit, kaki tercedera.. yealah. terseret kat jalan raya. it was bad of them tau..

ateh-derang ni memang KUREEENNGGG...

kaklady-tu ler kak lady. satu gigi patah separu, satu lagi abis terus. bibir kena jahit.. isshh..

Hot Mama said...

Memamg betul, public tak patut belasah pencuri tuu. biarlah tangkap dia dan biarlah polis menguruskannya.

Kesian kawan u tuu, kalau i pun, sure smapai skrangpun fobia!

kasutVINCCI said...

mar, kv pernah beberapa kali tgk org kena ragut. Ada yg sempat dikejar tu sampai terkoyak kulit muka kena pukul ngan suami yg diragut tu. Mmg takut tgk. Ada sekali tu budak peragut tu ngan motor. Dia meragut dlm kereta tgh jem. Langsung org tak dpt kejar. Bila tgk kejadian mmg geram sgt. Tapi bila tgk peragut kena hentam ngan org ramia, mmg kesian pulak. Ada sampai sorang makcik tu mennagis nangis merayu agar org ramai tak pukul peragut tu, bagi kat polis jer. Kesian sgt tgk cam kain buruk kena tibai. Tapi mmg peragut tak pernah serik.

simah said...

memang la ni ramai dah jadi pencopet la.. easy money la katakan..yg manga tu yg kesian phobia seumur idup