Thursday, September 21, 2006

Not Well

The whole family have been down with fever since Tuesday. It started with hubby (kena antar tido bawah.. tak leh tido dengan me & Rizq). Even dah tido bawah pun still berjangkit dekat Rizq. Then mummy pulak.

Rizq paling kesian coz member jadi lembik tak larat nak buat apa dah. Nak amek cuti tapi kerja banyak. What I can do is just to apply untuk balik awal jer. Nasib baik boss ok. Sampai jer rumah that Tuesday, terus dukung Rizq. Senyap semacam.. he's not my original Rizq. Pelik pulak tengok dia diam. Kesian sangat.. muka layu... mata merah. Tapi malam tu sampai pukul 3 pagi baru dia tido. He's cranky... asyik nak breasfeed jer tak moh lepas. Pinggang and badan aku pun dah rasa semacam. Lenguh, sakit, semua ada... Nak marah and mengamuk pun ada jugak!

So the next day... I got the fever & flu. Lembik rasa badan tapi gagahkan jugak nak ke ofis. Ada kerja nak disiapkan... Tepat jer 5:30ptg, pack everything and cabbuuutttt....

Sampai rumah dalam pukul 7:00p.m. Lauk basah & sayur pulak dah habis. Singgah rumah kejap, amek Rizq then ke pasar malam.

Pagi ni bangun, Rizq dah back to normal. Dah start melompat dan menjerit kesana sini. Lega... mummy & daddy. But as for me & hubby still blom sembuh betul. Still batuk & sakit kepala.

Tapi hari ni boss tak masuk! Paham pahamlah yeaa.....

18 comments:

alinlai said...

boss pi mana tu? ooo tido ye...bangun bangun ...

marlinabaharom said...

boss ada site visit ke Johor.. yipee yeay yeay!!!

Sherin Almashor said...

la..... sama la MB. Rissa sakit dulu then me then Em! Tapi alhamdulillah they are much better now. Maybe it's the weather. Panas semacam le.

Take care of ur family and yourself sekali.

Anonymous said...

kakak kalo demam dia asyik merengek jer, pas tu jadi bebal semacam..dalam pada tu still bley sepahkan satu rumah..

semoga cepat sihat kembali..

marlinabaharom said...

sherin-u and yr kids also take care ok.. me getting better!

mamasinga-budak budak kalau x sihat memang kesian kan..

Hot Mama said...

ala kesiannya the whole family kena... esp baby coz baby yg paling kesian...
Tuu yg i takut kalau org demam visit baby Aidan..

MamaRisyia said...

hehehehe...tikus kalau kucing tak de memang dia gumbira ajer....

Syikin said...

salam,

MB, samalah ngan saya n anak2..dah masing2 start batuk berkahak tu. demam aje belum.harap2 janganlah.

skrg ni, cuaca sejuk semacam kat area rmh saya, kipas pasang 1, tapi sejuknya mcm pasang 5. tak taulah sbb rumah saya ngadap bukitkan, lain kot aura sejuknya..

marlinabaharom said...

HM-i memang pantang ler kalo anak kecik, then ada org yang tak sihat datang kiss kiss.. they shud know that they can't kiss baby with they themself having a flu kan...

MR-uisshh.. tikus ni siap boleh kuwar soping kat jalan TAR. Balik opis dekat pukul 3 tu!

syikin-now everyday hujan... rumah memang sejuk. BTW syikin tinggal kat mana erk??

Syikin said...

salam,

selamat berpuasa ya..

Wan Faziatul Amira said...

betul laa MB, dah jadik mak ni, kalau anak sakit, mencabar keimanan pun, dah laa si emir ni nak tidur susah, bile demam jadi double pulak.. :D anyway u dah sihat?

simah said...

salam ramadhan utk awak sekeluarga...

kesiannya satu family tak sihat...hope u all will get well soon...

kasutVINCCI said...

kalau kita demam ok lagi. Tp kalau anak demam mmg mati kutu di buatnya. Kesian sgt2. Moga rizq cepat sembuh!

ibuVouge said...

salam
girl, iv kat kl ni..muah
selamt posa, mg ramadhna ini makin bermakna

.:HalogamoRa:. said...

BOS X masuk memang SYIOOOOK banget ha ha.

MR & family:selamat berpuasa n cepat la sihat.

ontahsapo said...

aku dgn orang rumah dah seminggu batuk2, nasib baik anak bujang tu ok...

Aku Bukan Bidadari said...

Bestnya bos tak dak di bulan poser.. hehehe makan ubat tau..nanti demam tak leh raya (ececechh)

marlinabaharom said...

syikin-selamat berpuasa tok awak sekeluarga jugaaa..

mira-tu laa.. susah hati kalau anak tak sihat. now rizq's fever dah ok, cuma batuk

simah-me myself dah ok, hubby n rizq masih batuk

KV-tima kacih...

IV-woit! suka ko yer dapat dtg kl...

halogamora-yeeehhuuu... boss tak der lagi ari ni! selamat tok awak jugak!

OS-nampaknya ketahanan anak lg jitu dr awak & mem erk..!

ABB-naseb dah sihat.. so boleh lah raya!