Friday, April 27, 2007

Minggu Sibukssss

Huisshhhh.. minggu ni memang tak sempat nak update. Cuti la, course la... memacam lah pulak...

Tadi pun half day tak ada kat ofis. Ke Alamanda Putrajaya.

Our ofis nak buat gym. So quotation dah dapat, approval from management pun dah dapat. Jadinya tadi aku ke Fitness Concept nak mengconfirmkan order.

Budget from Company is RM30k plus. So dapat lah treadmill, bicycle, abworkd, multi gym, bench, etc etc....

Aku tersangat hepi.. aku tersangat seronok. Sebab apa???

Sebab lepas ni aku ke opis TANPA mandi pagi.

Datang opis, exercise, mandi, amek light breakfast and start kerja.

Aku malas nak ke gym waktu lunch coz mesti ramai orang then macam leceh nak kena salin baju & bersiap.

Pagi aku memang sampai around 7:20 ke opis. So dari aku gi melepak kedai mamak, baik aku berexercise kan....

LEGA.........

Monday, April 23, 2007

Terima Kasih

Thank you for all the Birthday wishes.. Sorry tak sempat nak jawab satu persatu...

Ada pertanyaan "menyongkets" tu apa??? Mengikut terjemahan dictionary aku... "menyongkets" tu maknanya "berjalan tergedik gedik tanpa arah tujuan". Haa.. haa.. haa.. itu lah aku!

Hari Sabtu aku & hubby balik ke Melaka sekali lagi. Dulu kan aku pernah citer yg hubby dah jual Perdana dia. So khete baru dia dapat hari Sabtu tu.. kat Melaka. So.. kiranya hubby bg aku present khete lah sempena birthday. How I wish!

Sampai Melaka pun dah time lunch. MIL dah siap masak daging rusa masak lemak. Tp malangnya aku masih dalam pantang diet aku nie. Tak dapek lah nak merasa. Makan ler sup sayur jer. After lunch, aku tidokan Rizq and we all kuwar gi pick up khete kat Semabok. Lepas semua settle, hubby bawak aku gi jenjalan kat Dataran Pahlawan pulak. On the way, we all singgah kat Hujung Pasir gi beli kueh kueh sket kat situ. Sedap sangat dia punya popia goreng & basah... alaaaa.. yang kat depan penjara tu. Ni Kak Lady and Kak Sya sure tau rasanyaaa... Tapi sekarang kueh dia dah tak sebanyak dulu. Tapi still lazat laa..

Malam pulak, hubby open table kat Klasik tomyam. Tempat tu besar sangat. Bersih, environment ok.. banyak choice of food. Aku order satay jer coz itu yang boleh makan. Terliur gak tengok derang makan semua best best...

OK lah. Itu jer yang sempat update pagi nie. See U ols later!!!!

Thursday, April 19, 2007

Semakin Dewasa

Esok aku akan bercuti. Nak menyongkets dengan hubby.


Mungkin tengok wayang and bersoping sikit sikit kat Mid Valley.




Hari Sabtu....

Umur Bertambah Setahun lagi


Betambah Setahun Bukan Beerti Tua

Tua Bukan Beerti Kedut


Tua Tua Keladi

Walaupun Tua Masih Boleh Maintain Vogue Lagi....


ERRMMMMMM........ APA APA LAH!


SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA. MUUAAAHHHHHH.......


Wednesday, April 18, 2007

Blunder!!

Isshh... semalam hari yang tak dapat dilupakan...

Time:8:30p.m.

Place: Mahboob Restaurant, Bangsar

Phone ringing.. (lagu Siti Nurhaliza 'Pastikan' berkumandang)


Kakak aku: Na! Abang Ajis dah meninggal lepas maghrib tadi...

Aku: Innalillah.. (Abg Ajis is kawan baik aku punya abah)

Kakak aku: So kak long tengah bersiap nak balik ni. Esok pepagi subuh akak balik la KL balik..

Aku: Ok lah. Thanks eee....

So aku pun cepat cepat hantar SMS kat kawan baik aku nie. Tak kan nak kol pulak sebab abah dia baru jer meninggal.

SMS aku berbunyi begini..
"Heard that abah meninggal. Takziah from Ina & keluarga. Sorry tak dapat balik. Bawa banyak banyak bersabar"

Seminit lepas tu fon aku berbunyi.. ada SMS masuk.

"Abah belum meninggal. On support machine. Tak per".

Apa korang akan buat kalau situasi diatas ni terjadi kat diri korang?

Untuk aku, aku dengan rasa bersalah, reply the SMS. "Laa.. salah info. Sori erk!"

Monday, April 16, 2007

Update

Ok hari ni aku nak ceritakan serba sedikit pasal program yg aku enrol tu.

Aku amek a 10-session programme. Tak mahal sangat. RM1k over. Kengkadang tu banyak kita nampak dalam newspaper RM488, RM688, RM888.. tapi jangan tertipu. Coz that's only a basic treatment. Bila dah gi sana kena tambah itu, tambah ini... so better be careful.

Last week I attended 2 sessions. Per session is around 1.5 hours. So per session tu aku boleh loose around 1/2 or 1 kg. But makan kena discipline. Kena ikut betul betul menu dia. Bagi aku kengkadang tu ada jugak terlajak. Tapi thanks to hubby because he really monitors my food intake. Aku nak celok sikit pun susah. Kengkadang tu pi dapur senyap senyap, curi curi makan biskut sekeping sebab dah tak tahan sangat. Hee.. hee.. harap harapnya tak rosakkan diet aku.

So kat bawah ni menu yang derang kasik for 2 weeks. 2 minggu aku kena makan ikut rutin bawah nie. Bye bye nasi lemak.... bye bye nasi beriyani....


Breakfast

One cup of skim milk OR
Low fat milk
1 OR 2 hard boiled egg OR
Scramble egg OR
Sausages

Lunch

Any amount of vegetables
Salad with no dressing OR
Yong tow foo OR
Steam chicken without skin OR
Fish ball soup

Dinner

No limit of vegetables (Stir fry is ok)
Steam beancurd with chicken OR
Grill fish or lean meat
Vegetable soup

To Avoid

Sugar (ie cakes, kueh, soft drinks, fruits)
Oily or deep fried
Carbohydrates (rice, noodles, biscuit, bread)

Water satu hari kena minum 3 liter..ok!

Thursday, April 12, 2007

Aku Cuti Semalam

Semalam aku amek cuti sehari. Ada beberapa perkara aku kena selesaikan...


Pagi

Pagi ni aku ada meeting dengan developer umah aku yang terbengkalai tu. Aku beli rumah dekat Puncak Jalil about 4 years ago from Maxisegar. Rumah tu actually dah 100% completed, just left the infrastructure yang blom betul siap. Tetiba plak Maxisegar ni bankrap. And after a while IJMC took over the project.

But then we have not been issued a CF on the house. Dah lama terbengkalai. Supposedly we are now eligible to claim late delivery charges from the developer. Tapi Maxisegar has got a court order.. ada scheme baru yang derang proposed. That is, we will not claim any late delivery charges, and in return IJMC will complete our house in 9 months. What a bulls**t kan!

We have been paying the progress payment since 2 years back. Monthly dekat RM1k but for nothing! Frust rasanya. So semalam punya meeting is between all purchasers dgn developer. Derang suruh vote whether we are agreeable to the scheme or against it...


Tengahari

Jumpa my bro & sis dekat Maluri. Amek road tax khete ynag abang aku dah tolong renewkan. Pas tu jalan ke kedai fon, aku sudah berkenan satu fon ni. Erm.. aku ni jenis org yang kalau nak sesuatu, aku akan nak jugak (itu kata hubby ler)... So kat bawah ni gambar fon yang aku dah TERbeli semalam....


Back view
Front view
Petang
Aku ke Bukit Bintang Plaza. Semalam is my first session of the slimming programme (akhirnya!) Aku attached dengan SlimWorl*. Per session is around 2 hours. So derang dah kasik aku diet for 2 weeks.. Memang aku kena ikut the strict diet lah nampaknya. Yang menjadi persoalannya ialah boleh kah aku bertahan? Aku ni kaki makan... pantang nampak makanan.
Harap harapnya aku boleh bersabar...
Will let u know the results after one month ok!




Monday, April 09, 2007

Dua Persimpangan

What's up..! What's up!! Yoooo!!!

Alaa.. sekejap sungguh rasanya hari Sabtu & Ahad.. and now it's Monday again! Tak puas rasanya nak berlama lamaan dengan anak.. nak berlama-lamaan atas katil.. today, pukul 5:30 dah kena bangun. Terpisat pisat mata aku rasanya....

Actually aku ni dalam dilema.. Tapi member member aku kata aku ni mengada ngada jer lebih.. hee.. hee..

Aku rasa semenjak aku lahirkan Rizq badan aku ni susah sangat nak turun. Dah lama aku simpan hasrat nak gi ke slimming programme..i.e. Slim World ker, Esthetika ke, Leonard Drake etc.. Tapi hasrat aku asyik tertangguh sebab aku kan tengah cuba nak dapatkan anak lagi sorang.

Dari sebulan ke sebulan, aku mencuba... masih blom ada rezeki lagi. So semalam aku ke Leonard Drake sebab derang tengah ada promotion. Dah selidik itu ini, aku rasa dia punya programme sesuai dengan kehendak aku.

Tapi pagi ni bila aku datang ofis, member aku bagi pendapat derang yang berbeza:-

1. Tak guna gi amek slimming programme sebab aku merancang nak mengandung. So derang kata nanti jadi satu pembaziran; dan

2. Better gi kuruskan badan dulu sebelum mengandung sebab nanti after that lagi senang nak turunkan berat badan tu. If not lagi bertambah tambah lah berat yang ada. Dan akan bertambah tambah lah lemak lemak tepu yang terkumpul.

So aku ada sampai this wiken nak fikir (promotion ends 15 April ni).

Kalau kengkawan semua rasa rasanya which choice yang akan dipilih??

Thursday, April 05, 2007

Syiok Half Way

Semalam hubby ke Muar plak ada meeting. Seperti biasa aku tepaksa menunggu dia untuk sampai ke KL balik. Untuk membuang masa aku decide untuk melepak lepak kat Mid Valley.

Sampai ke Mid Valley, waktu baru pukul 6:00 petang. Apa aku nak buat sampai pukul 10 malam nie? Ada 4 jam lagi... Jadi baik aku tengok wayang.

Yang ada dalam kepala otak aku is citer Mr Bean's Holiday or Mukhsin. Tapi dua dua showtime tak kena. Nak tengok citer omputih pun tak der.. Last last aku tengok satu film entitled WATER. Start pukul 6:30pm. Masuk masuk panggung dalam tu semua kap lam ya nga sebab WATER is a hindustany movie. Hee.. hee.. belasah jer lah!


Kat bawah ni synopsis WATER:


The story is a moving tale about the abusive treatment of widows in Colonial India. The tale is around three women: eight-year old Chuyia (Sarala), the extraordinarily beautiful Kalyani (Lisa Ray), and the devout, middle-aged Shakuntala (Seema Biswas).Widows in 1930's India had three options: throwing themselves on the funeral pyre with their husband, living a life of poverty and chastity, or (if available) marrying the dead husband's brother. In WATER, fourteen Hindi widows live in a dilapidated two-story complex with a courtyard. The arrival of the child widow Chuyia disrupts an environment of accepted misery. The same is true for Kaliyana, played by the almost impossibly gorgeous Lisa Ray, who was also widowed during her childhood and was forced into prostitution to support the ashram.

The hero & heroin.. memang gorgeous!

Tapi aku tengok citer ni half-way ajer because I can't accept the facts of life that the widow has to face. Dan aku rasa bulu roma aku berdiri tengok derang dok sebut "ram..ram..." seru nama tuhan derang sambil sembahyang. Eee.... seram!

Dalam pukul 7:45pm aku pun kuwar panggung. Gi cuci cuci mata plak kat kedai kedai. After that masuk Carrefour beli barang sket untuk Tina & Rizq. So dapat lah sehelai legging untuk Tina & makanan Rizq. Carrefour kan ke tengah sale. So barang barang dia quite cheap. Drypers and susu Enfagrow pun tengah mughah.. (promote plak dah....)

OK lah. Until then.

Enjoy the rest of your day...

Tuesday, April 03, 2007

!+**&%&*$$

Semalam aku datang ofis seharian aku dok blog hopping. Boss tak der lah katakan. So aku buat kerja pun slow slow... boring jugak kalau hari hari cenggini!

Last Friday I took leave to settle a few things with bank and JPJ. Husband sold his car and planned to get a new one. So this Canadian mat salleh beli our Perdana. And at the moment we are left with one car only. Uhuk.. uhuk... payah gak sebab dah terbiasa ada dua khete. Tapi tak per la. Just make do with what we have kan...

Semalam hubby outstation and will only be coming back tonite. Mungkin pukul 10 or 11 baru sampai. So I'll have to wait for him... pick him dekat ofis di Bangsar and then baru balik rumah. Mungkin dalam pukul 11:00 pm lebih baru sampai rumah... definitely anak sorang tu dah tido.. Kesian sangat kat dia kalo we all balik lambat and tak sempat nak jumpa & main dengan dia..

Tak ada benda sangat nak distorykan actually. Plan this wiken nak balik kampung aku kat Teluk Intan. Tengoklah kalau hubby tak penat & dia ok... Rasa macam dah lama sangat tak menjenguk orang tua kat kampung. Bapak tu bukannya sihat sangat. Yea lah after 3 times kena stroke, he is not too well. Tapi alhamdulillah masih boleh berjalan, makan, mandi & solat sendiri. Dan alhamdulillah juga sebab mak masih kuat & sihat untuk menjaga bapak. Semoga mereka sentiasa sihat dan panjang umur... AMIN.....